?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Jangan takut untuk sekat

Artikel ini disiarkan di SInar Harian Terabiz 8 23.03.2015

Kerap juga saya terbaca di paparan (wall) rakan-rakan Facebook  dan laman rakan sembang yang lain kenyataan   ‘kita berkongsi macam nak ghok, soghang pun tak respon’ atau ‘helllooo, masa untuk mencuciiiiii, bagi yang dicuci jangan marehhhh”. Kenyataan ini mungkin membawa maksud seseorang itu memutuskan untuk mengurangkan senarai rakan Facebook atau rakan laman sembang mereka.

Namun kita juga tidak bijak apabila bersetuju untuk  meluluskan hampir semua permintaan rakan yang datang kepada kita tanpa apa-apa jenis proses penapisan. Eloknya, kita maklumkan sahaja kepada rakan yang ingin menjadi ‘rakan sembang’ kita supaya memperkenalkan diri  mereka dengan menulis nama penuh atau nama sebenar mereka dan tidak meletakkan imej ‘pasu pokok bunga, kucing-kucing comel dan gebu, artis atau pelakon popular’ dan sebagainya sebagai ganti diri mereka.

Mungkin selepas kita sudah pasti akan permintaan rakan tersebut baru lah kita bersedia menerima mereka sebagai ‘rakan sembang’.

Namun adalah agak keterlaluan dan salah untuk mengatakan bahawa menyekat atau menghalang  seseorang di media sosial merupakan penafian kebebasan seseorang bercakap dan bersuara.



Dalam usaha untuk mengurangkan kemungkinan kejadian itu biasanya kita  mengambil keputusan untuk menyekat atau  ‘unfriend’ mereka yang berniat tidak baik terhadap kita.  Mungkin kaedahnya adalah agak keterlaluan, namun dari kita dimalukan namun pendapat saya ia adalah perlu.

Media sosial telah mengubah kehidupan sosial kita dengan mendadak.  Ia telah, untuk sebahagian besarnya banyak mempengaruhi  kehendak dan kuasa minda rakyat. Ia juga turut  membawa cara-cara baru untuk menyinggung perasaan, menghina, menggusarkan, menyerang, mengganggu dan menyakiti orang lain.

Itulah sebabnya medium media sosial seperti Twitter dan Facebook telah memperkenalkan fungsi-fungsi seperti "Halang atau Sekat (Block)", "Buang Kawan (unfriend)", "Membisu (Mute) " dan sebagainya. Pada asasnya, ia adalah supaya anda boleh mempunyai pengalaman media sosial yang menyeronokkan.

Ramai pengguna media sosial mengadu bahawa sebahagian besar ahli-ahli politik, wakil rakyat, selebriti atau pegawai negeri menghalang mereka di media sosial. Mereka mendakwa bahawa orang-orang ini tidak menghormati kebebasan bercakap,  bersuara dan menulis dengan menyekat pengguna lain dalam media sosial.

Ia adalah salah untuk mengatakan bahawa menyekat seseorang di media sosial merupakan penafian kebebasan orang yang disekat itu bercakap, bersuara atau menyatakan pandangan.

Kebebasan bercakap, bersuara dan menulis adalah hak dan peluang untuk menyatakan pandangan tentang sesuatu. Jika anda dihalang daripada menyatakan sesuatu pendapat atau pandangan, maka anda telah  dinafikan atau disekat  kebebasan untuk  bercakap,  bersuara dan menulis.  Jika anda telah menyatakan sesuatu dan kemudian anda dihukum kerana itu, maka tentunya ia merupakan  sekatan dan halangan ke atas kebebasan anda bercakap dan bersuara atau menyatakan pendapat anda.

Harus ditekankan bahawa  biasanya badan pengurusan dan pentadbiran adalah badan yang bertanggungjawab untuk menegakkan kebebasan bercakap dan bersuara namun merekalah juga yang biasanya punca terbesar menafikannya.

Tetapi sekiranya, sebagai contoh, anda disekat di laman rakan sembang  oleh pengguna lain, ianya  bukanlah  penafian hak-hak anda. Anda masih bebas untuk mengatakan apa sahaja yang anda mahu, walaupun terhadap rakan atau orang yang menyekat anda. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa orang yang menyekat anda tidak dapat melihat coretan anda dan anda tidak boleh melihat coretan orang  yang disekat dan menyekat. Anda juga tidak lagi boleh "menyebut" dia dan begitu juga sebaliknya.

Hak anda untuk kebebasan bersuara dan ekspresi tidak datang dengan hak untuk memaksa orang lain untuk mendengar anda. Jika anda menjerit sesuatu melalui pelaung suara sekali pun, anda tidak boleh mendakwa bahawa hak kebebasan bercakap dan bersuara anda telah dihalang jika orang lain di kawasan itu menutup telinga mereka.

Terdapat beberapa merit dalam hujah bahawa badan pengurusan dan pentadbiran patut menghalang pengguna media sosial dari menyatakan pandangan dan pendapat, kerana mereka memainkan peranan umum dan kita  seharusnya dapat berkomunikasi dengan mereka.

Namun dasar tadbir urus yang baik, adalah  keterbukaan dan ketelusan, bukan kebebasan bercakap dan bersuara.

Namun begitu, pegawai dari badan pengurusan dan pentadbiran juga pada dasarnya, mempunyai  pilihan untuk menyekat beberapa pengguna yang menggunakan bahasa kasar dan kesat yang ditujukan kepada mereka kerana ia tidak  mempunyai apa-apa kaitan dengan kebebasan bercakap dan bersuara.

Aktiviti media sosial anda tidak harus membuka peluang  kepada penyalahgunaan. Aktiviti  media sosial anda tidaklah perlu menyakitkan. Jadi teruskanlah   ‘unfriend’ mereka , halang dan sekatlah mereka  dari sekarang!

Tags:

Posts from This Journal by “writing” Tag

  • Haruskah jurulatih bola pergi?

    15 NOVEMBER — “Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan…

  • Digital technology in our classroom

    The ‘digital classroom’ is now the talk of our education system but schools with PAK-21 classes were funded with the cooperation of the…

  • Opting for the easy way out

    The writing on ‘Plagiarism and paper chase’ (Nov 7, 2017) is of course of interest to many readers especially the academics. It seemed…

Latest Month

November 2017
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow