?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Plagiat: Isu dalam senario akademik

PLAGIARISME berlaku kerana beberapa sebab, salah satu daripadanya adalah kerana sesetengah pelajar tahu dan sedar untuk mendapatkan kredit daripada hasil kerja orang lain. Kebanyakan kejadian plagiarisme bukanlah hasil menipu secara sengaja, tetapi disebabkan oleh kurang kefahaman dalam kemahiran akademik.

Plagiarisme, berasal daripada perkataan Latin ‘plagiarius’ yang bermaksud ‘penculik’ atau ‘perompak’. Ia ditakrifkan sebagai amalan menggunakan idea dan lain-lain teks dan mendakwa diri sebagai pengarang atau penulis asal tanpa memaklumkan sumber tersebut.

Plagiarisme datang dalam pelbagai bentuk. Paling serius adalah “mengaku dan mengemukakan hasil penulisan orang lain sebagai hak penulisan sendiri”.

Lain-lain bentuk plagiarisme termasuklah melakukan ‘salin dan tampal’ (copy and paste) teks tanpa menyatakan pengarang asal, memparafrasa idea asal orang lain tanpa menyatakan sumber rujukan, atau mengaitkan petikan teks kepada seorang pengarang palsu.

Pelajar memplagiat kerja-kerja orang lain sebagai kerja mereka sendiri kerana latar belakang budaya. Sebab-sebab yang paling jelas adalah masalah pengetahuan bahasa dan kandungan yang dihadapi oleh pelajar. Diburukkan lagi dengan masalah lain seperti kekurangan motivasi, keinginan untuk mendapatkan hasil produk yang lebih baik, hasrat untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi, dan lain-lain.

Penciptaan teknologi moden seperti internet telah membuat plagiarisme lebih mudah berbanding sebelum ini. Mengenal pasti plagiarisme dalam kertas kerja akademik adalah tugas yang sangat sukar. Sungguhpun teknologi perisian seperti Copycatch atau Turnitin dihasilkan untuk membanteras plagiat, namun ia tidak boleh dilaksanakan dalam semua konteks, terutamanya di negara-negara membangun di mana masalah-masalah akses kepada kemudahan komputer dan internet,  ditambah pula dengan bilangan pelajar yang ramai.

Bagi mengelak berlaku plagiarisme, pegawai peperiksaan perlu memaklumkan dan menerangkan definisi plagiarisme kepada pelajar anda terutamanya di pusat pengajian tinggi. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menerangkan dasar plagiarisme di tempat anda. Terangkan bahawasanya plagiarisme adalah satu penipuan dan tidak adil kepada pelajar, di samping pelajar tidak akan membina kemahiran menulis lantas akan gagal dalam kerja kursus yang dijalankan.

Memasukkan dasar plagiarisme bersama dalam sukatan pembelajaran kursus juga digalakkan dan maklumkan ketika taklimat kerja kursus dijalankan. Pelajar atau calon hendaklah dimaklumkan tindakan yang akan diambil terhadap plagiarisme.

Pelajar atau calon seharusnya diajar kaedah membuat petikan sebagai pengetahuan untuk menghargai hasil kerja orang lain. Adalah menjadi keperluan melaksanakan keperluan petikan terperinci, termasuk menyatakan nombor halaman dan muka surat.

Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengajar konsep-konsep kepentingan penggunaan petikan kecuali anda sendiri menunjukkannya dengan kepimpinan melalui teladan: Amalkan menggunakan petikan termasuklah dalam semua nota perkongsian anda.

Biarlah pelajar tahu bahawa anda tahu tentang khidmat perkhidmatan menulis dan anda faham dan tahu mengenai internet. Yakinkan mereka bahawa anda tahu tentang khidmat perkhidmatan penulisan dan perkhidmatan lain penyediaan esei penulisan.

Pastikan  pelajar memberi salinan hard-copy dan juga menghantar salinan soft-copy penulisan mereka melalui e-mel. Mendapatkan salinan penulisan dalam bentuk dokumen akan membuat ia lebih mudah bagi anda untuk menjalankan semakan dan pemeriksaan plagiarisme terhadap hasil kerja mereka.

Anda harus dapat menggalakkan pelajar untuk mula dan merancang kerja. Dapatkan draf awal atau draf cadangan perancangan beberapa minggu sebelum tarikh penghantaran akhir dan membina semula penulisan tersendiri.

Jangan benarkan apa-apa perubahan pada saat terakhir terutama mengenai topik atau tajuk penulisan dan jadikan penulisan hasilan calon adalah unik. Berilah penuh galakan kepada pelajar untuk datang, berjumpa dan berbincang dengan anda mengenai soalan-soalan tentang kaedah rujukan.

Pelajar perlu ingat bahawa guru mereka adalah ahli dalam bidang mereka dan mengetahui sumber yang lebih daripada pelajar-pelajar sendiri. Menghukum pelajar kerana melakukan plagiat dalam bidang akademik, adalah tidak produktif.

Guru-guru mesti memaklumkan kepada pelajar bukan dari pendekatan menghukum, tetapi sebaliknya dengan menarik minat mereka kepada penulisan yang baik, membuat rujukan yang betul dan memahirkan membuat petikan. Mereka perlu ingat bahawa mesti ada perbezaan di antara kerja asal dengan karya diciplak yang akan menentukan  pencapaian pelajar.

16 JANUARI 2016 * Penulis dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai, Kuala Lumpur * Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online. http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/plagiat-isu-dalam-senario-akademik-1.473236

Tags:

Posts from This Journal by “plagiarism” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow