?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kedudukan, pangkat bukanlah segalanya

22 Februari 2016 6:12 PM

SAUDARA PENGARANG,

SESEORANG yang dilantik atau dipilih untuk memegang sesuatu jawatan atau kedudukan di dalam sesebuah organisasi tentunya akan berasa gembira dan bangga dengan berita tersebut. Sama ada lantikan atau pemilihan yang dibuat itu benar atau tidak beretika, tidak menjadi isu kepada orang yang telah dipilih.

Dengan lantikan dan pemilihan dibuat, individu berkenaan memegang gelaran Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Unit atau sebarang gelaran yang menunjukkan mereka kini memegang sesuatu jawatan atau kedudukan yang akan mengetuai sesuatu jabatan, unit dan sekumpulan kakitangan lain.

Di awal pelantikan, individu terpilih ‘berikrar’ akan sedaya upaya menjalankan amanah dan tanggungjawab, dan memohon kerjasama kakitangan dan rakan setugas untuk menjayakan program atau projek sepanjang kepimpinannya. “Bekerjalah bersama saya, berdampinglah dengan saya” dan “pintu saya sentiasa terbuka”, itu ayat lazim mereka.

Kenyataan retorik itu biasanya mampu bertahan dua atau tiga minggu sebelum individu berkenaan berubah sikap dan tingkah laku. Mereka tidak menghayati hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.” - (Riwayat Muslim)

Senario hari ini memperlihatkan ramai yang gila kuasa sehingga mendorong perbuatan ‘memburu jawatan’. Tugas memimpin bukanlah perkara mudah, justeru kita tidak boleh melobi untuk diangkat menjadi ketua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Abdul Rahman Ibnu Samurah, yang bermaksud: “Janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Iktibar daripada hadis itu dapat kita lihat pada hari ini apabila orang yang ghairah memburu jawatan dan kedudukan belum tentu dapat melaksanakan tugas dengan baik berikutan mendapat bantahan dan tentangan daripada kakitangan.

Sebaliknya, jika jawatan diterima berdasarkan kelayakan, insya-Allah bebanan tanggungjawab dipikul seberat mana pun akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokong di belakang ketua atau pemimpin dilantik sebulat suara dan dipersetujui.

Hal itu ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu.” - (Riwayat Muslim)

Begitupun, Islam melarang umatnya menentang ketua sekalipun ketua itu melakukan kesilapan selagi mana dia mendirikan solat sebagai bukti dia masih lagi Islam. Salah satu tanda keadilan pemimpin ialah wujudnya ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara ketua dan rakan sekerja.
Hakikatnya, jawatan dan kedudukan melalaikan manusia yang berasakan diri adalah terbaik, sekali gus membuatkan mereka lupa diri tanpa disedari. Sebaliknya, hasil kerja yang berkat lebih penting daripada gelaran dan anugerah.

AZIZI AHMAD
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/kedudukan-pangkat-bukanlah-segalanya-1.193095#sthash.ZRV03qzW.dpuf

Tags:

Posts from This Journal by “writing” Tag

  • Haruskah jurulatih bola pergi?

    15 NOVEMBER — “Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan…

  • Digital technology in our classroom

    The ‘digital classroom’ is now the talk of our education system but schools with PAK-21 classes were funded with the cooperation of the…

  • Opting for the easy way out

    The writing on ‘Plagiarism and paper chase’ (Nov 7, 2017) is of course of interest to many readers especially the academics. It seemed…

Latest Month

November 2017
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow