?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Arikel ini di siarkan di The Malaysian Insider Rencana 10 March 2016 12:04 PM

Ada satu teka-teki yang berbunyi “jika sebatang pokok tumbang dalam hutan, dan tiada sesiapa pun berada di sekelilingnya, adakah ia masih mengeluarkan bunyi?”

Kata kunci persoalan di sini adalah bagaimana kita mentafsirkan maksud “bunyi”.

Jika kita maksudkannya sebagai “getaran frekuensi tertentu yang dihasilkan di udara”, mungkin jawapannya adalah “ya”.
tmi-logo-print.jpgDan jika kita maksudkannya sebagai “getaran yang merangsang sistem organisma bunyian’, jawapannya adalah “tidak”.

Lebih mencabar, adalah teka-teki yang kadang-kadang dikaitkan dengan pendidik yang gagal: “Saya mengajar pengajaran yang baik tetapi pelajar tidak belajar”.

Sekali lagi, semuanya bergantung pada”‘kenyataan yang dimaksudkan”. Jika pengajaran difahami sebagai aktiviti interaktif,  yang memudahkan proses pembelajaran, maka kenyataan tersebut adalah tidak masuk akal.

Begitu juga dengan kenyataan seperti “saya dijamukan dengan makanan hebat dan menyelerakan walaupun saya tidak makan satu apa pun.”

Bagaimana pula jika pengajaran didefinisikan dengan apa yang guru ajar dan buat ketika di dalam kelas? Dalam kes itu, kenyataan itu tidak bermakna.

Persoalan ini sesungguhnya berlaku kepada pendidik yang menganggap pembelajaran, berbanding dengan hanya mengajar – sesuatu mereka lakukan sebagai pekerjaan.

Secara umum, mereka tidak perlu peduli apa yang dilakukan dan anak-anak tidak perlu tahu.

Cuba kita renungi apa pula yang berlaku di antara anak-anak dengan ibu bapa mereka. Apabila setiap individu diminta menerangkan beberapa aspek kehidupan mereka, jawapan menarik yang diperoleh adalah berbeza.

Sebagai contoh, satu kajian yang dijalankan tentang sama ada anak-anak dilibatkan dalam membuat keputusan bersama dalam hal keluarga pastinya menghasilkan respons berbeza bergantung kepada soalan yang ditujukan kepada ibu bapa atau anak-anak.

Persoalan penting adalah bukan siapa yang betul atau siapa yang salah; tetapi ia lebih kepada perspektif yang memberikan pelbagai hasilan dan jawapan.

Tidak kiralah apa bentuk pengajaran yang cuba diterapkan ibu bapa mendidik. Jika anak-anak menerimanya sebagai didikan berunsur kasih sayang, maka itulah yang akan menentukan kesannya.

Ibu bapa juga boleh memberi pujian dengan harapan memberikan dorongan, tetapi anak-anak boleh bertindak balas terhadap penghakiman yang tersirat walaupun dimaklumkan mereka melakukan "kerja yang baik" atau mereka mungkin bertindak menyenangkan hati orang yang dianggap berkuasa.

Daripada pengajaran hukuman dan ganjaran, anak-anak boleh mendapat pengajaran “bersyarat” : Saya akan disukai dan disayangi – hanya apabila saya melakukan apa yang diberitahu.

Sudah tentu, kebanyakan ibu bapa akan menyatakan mereka tetap menyayangi anak-anak tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Tetapi, satu kumpulan penyelidik mengenai gaya kawalan keibubapaan mendapati, “pengalaman kanak-kanak dan tingkah laku inilah yang mungkin memberi kesan besar dalam perkembangan kanak-kanak selanjutnya”.

Ia adalah mengenai kesan yang diterima dan bukan apa yang orang dewasa fikir mereka sampaikan yang diambil kira.”

Situasi yang sama berlaku di sekolah di mana pendidik menggunakan kaedah sama terhadap anak murid.

Kita mungkin berfikir kita menekankan kepentingan menepati masa dengan mendenda mereka kerana lewat, atau membuat satu kenyataan mengenai keperluan saling menghormati apabila menggantung pelajar kerana bersikap biadab, atau menyokong nilai kelakuan tertentu apabila kita menawarkan ganjaran kepada berkelakuan baik.

Tetapi bagaimana jika pelajar yang sedang dihukum atau diberi ganjaran tidak melihat cara itu?

Bagaimana jika jawapan beliau adalah: "tidak adil!" atau "lain kali saya tidak akan ambil" atau "saya rasa apabila anda mempunyai kuasa lebih, anda boleh membuat orang lain menderita jika mereka tidak melakukan apa yang anda mahu" atau "jika mereka memberi ganjaran kepada saya untuk x, maka x mestilah sesuatu yang saya tidak akan mahu lakukan.”

Kita tentunya menganggap pelajar mungkin tersalah anggap atau tidak memahami tindakan diambil – adil dan wajar – dan sistem ganjaran diperkenalkan adalah masuk akal dan sempurna . Tetapi sekiranya pelajar tidak berkongsi pandangan kita, maka apa yang kita lakukan tidak mungkin mempunyai kesan dimaksudkan . Keputusan bukanlah hasilan tingkah laku tetapi daripada makna yang dikaitkan dengan tingkah laku.

Perkara sama adalah benar bagi guru penggred yang tegas. Niat mereka – untuk "mengekalkan piawai tinggi" atau “memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik" – adalah tidak relevan jika gred rendah dilihat berbeza oleh pelajar yang menerimanya.

Begitu juga, jika pelajar melihat kerja rumah sebagai sesuatu yang mereka tidak sabar untuk diselesaikan, walaupun reka bentuk tugasan direka dengan baik atau bernilai pada fikiran kita. Kemungkinan ia akan membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, apatah lagi menjadi teruja mengenai topik ini, adalah sangat rendah.

Jika guru hanya melakukan perkara mereka sepatutnya lakukan dan menyerahkannya kepada setiap pelajar memahaminya, "supaya mereka sendiri merasainya seperti mana dihasratkan, terpulanglah sama ada mereka faham atau tidak”, maka pembelajaran bermakna tidak akan wujud di dalam bilik darjah.

Mari kita hadapinya secara terbuka; adalah lebih baik memberi tumpuan kepada pengajaran daripada pembelajaran, dan adalah mudah menyalahkan orang lain selain diri sendiri.

Keadaan menjadi teruja, apabila beberapa jenis penilaian dijalankan ke atas murid; dan untuk menganggap keputusan pencapaian terutamanya mendedahkan berapa banyak kemajuan dilaksanakan tanpa menyedari kualiti pengajaran juga sedang dinilai.

“Saya mengajar sesuatu yang baik...” mungkin memberi gambaran  pembelajaran dilihat sebagai satu proses menyerap maklumat, yang seterusnya pengajaran bermaksud menyampaikan maklumat tersebut.

Pendekatan ini adalah biasa dijalankan di kalangan guru sekolah menengah dan pengajar kolej, yang digalakkan menganggap diri mereka sebagai “pakar” dalam bidang seperti kesusasteraan, sains, sejarah daripada bidang “pedagogi”.

Masalah ini mungkin bermula di institusi pendidikan, di mana guru pelatih menumpukan masa pembelajaran yang sedikit tentang pembelajaran, berbanding dengan masa dikhaskan untuk kandungan mata pelajaran teras.

Lebih memburukkan keadaan, apabila guru kini diminta berfikir tentang pembelajaran, ia boleh ditafsirkan dari sudut tingkah laku, dengan penekanan diskret serta kemahiran yang boleh diukur. Isunya bukan untuk memperdalam pemahaman (dan semangat) tetapi semata-mata meningkatkan skor ujian.

Hakikatnya adalah pembelajaran sebenar sering tidak boleh diukur dan keasyikan gaya korporat dengan "data" menukarkan persekolahan menjadi sesuatu yang cetek dan tidak bermaya.

Sebaik-baiknya, perhatian kepada pembelajaran melambangkan usaha bagaimana setiap pelajar mampu menguasai pembelajaran, dan mereka boleh berpijak di bumi yang nyata.

“Pengajaran” sebenarnya mengingatkan kita, “untuk mendengar”. Pelajarlah seharusnya “memaklumkan” kepada pengajar sejauh manakah mereka berupaya berdepan dengan kurikulum yang menarik .

Bayangkan apakah yang akan berlaku jika kita benar-benar mengaplikasikan “kebijaksanaan” ke dalam tindakan.

Kita tidak boleh sekadar mengambil mudah dalam hal ini tetapi kesediaan kita untuk menerima pandangan pelajar. Bagaimanakah perasaan anda jika diminta menulis satu esei atau menyelesaikan masalah yang tertakluk kepada penilaian berterusan?

Pendidik juga harus mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka sendiri, sesuatu yang mereka perlu berjuang untuk menguasai, untuk menghargai apa yang pelajar-pelajar mereka tempuhi setiap hari.

Akhir sekali, sebagaimana guru kepada pelajar, begitulah pentadbir kepada guru-guru. Kejayaan kepimpinan sekolah tidak hanya bergantung kepada apa yang pengetua dan pentadbir lakukan, tetapi bagaimana pelaksanaan dan tindakan mereka terhadap guru-guru. Mereka yang menerima mungkin akan terkesan, tetapi moral adalah sama iaitu adalah wajar melihat apa yang kita lakukan melalui pandangan orang lain. – 10 Mac, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/rencana/article/bukan-apa-yang-diajar-tetapi-apa-dipelajari-azizi-ahmad#sthash.ZlLdHUtc.dpuf

Posts from This Journal by “teaching” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow