?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Relevankah sambut Hari Guru?

Artikel ini disiarkan di Utusan Malaysia Rencana Forum 23 Mei 2016 6:07 PM

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sangat bersetuju bahawa pendidik adalah individu paling penting sebagai pembina negara bangsa, justeru Hari Guru diraikan bagi menghargai jasa mereka. Sebagai pendidik, mereka bertanggungjawab membentuk sahsiah anak-anak, namun bagaimana dengan kalangan guru yang bertindak di ‘luar batasan’ mereka?

Umum tahu terdapat viral kejadian guru menghukum pelajar dengan tindakan tidak sewajarnya dan perkara itu meresahkan masyarakat khususnya ibu bapa yang khuatir perkara itu akan berlaku ke atas anak-anak mereka.

Bagi saya, jika mahu membendung perkara itu dengan baik, pelaksanaan undang-undang mantap perlu diadakan selain keperluan melakukan perubahan sosial. Perubahan sosial perlu dimulakan dengan tidak mengadakan sambutan Hari Guru secara besar-besaran, memadai diganti dengan Hari Pendidik-Pelajar.

Jika direalisasikan, Hari Pendidik-Pelajar akan menjadi hari istimewa untuk guru dan pelajar menghargai dan menyokong hubungan mesra mereka secara terbuka. Saya yakin senario sebegini lebih ceria berbanding sambutan Hari Guru sedia ada.

Pada Hari Guru, murid dilihat bukan sahaja bimbang dan risau tentang kad ucapan yang perlu dibeli, malah kalangan mereka bersaing memberi hadiah terbaik untuk guru. Ini bukan perkembangan yang sihat.

Sebaliknya, Hari Pendidik-Pelajar diadakan kelak lebih praktikal kerana sebahagian pengisian program melibatkan sesi perbincangan dan soal jawab dengan guru-guru diyakini mampu menghasilkan beberapa outcome yang positif termasuk menjadikan sekolah mereka sebagai tempat yang terbaik dan bebas daripada masalah keganasan dan buli. Mungkin penulisan ini berbunyi negatif namun keterbukaan kita untuk melakukan perubahan adalah langkah terbaik.

AZIZI AHMAD Segambut Luar, Kuala Lumpur - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/relevankah-sambut-8232-hari-guru-1.333497#sthash.svelNNTu.dpuf



Artikel Berkaitan" Mungkin kita tidak perlu menyambut Hari Guru Free Malaysia Today 17 Mei 2016 atau http://kheru2006.livejournal.com/1625041.html

Tags:

Posts from This Journal by “guru” Tag

Latest Month

September 2017
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow