?

Log in

Previous Entry | Next Entry

"Ia berlaku kepada semua orang dalam sesuatu masa yang tidak dijangkakan. Anda akan tiba-tiba tidak mampu untuk berfikir dengan bernas."

Jika sebelum ini anda sentiasa mempunyai sesuatu untuk di lakukan, anda sentiasa mempunyai idea untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat akan tiba masanya anda tiba-tiba buntu untuk bertindak positif. Ia berlaku kepada semua orang dalam sesuatu masa yang tidak dijangkakan. Anda akan tiba-tiba tidak mampu untuk berfikir dengan bernas, anda tiba-tiba menjadi ‘kematu’. Kebiasaannya anda akan sentiasa mampu menghasilkan dan berfikiran kreatif , namun tiba-tiba, anda kehabisan idea.

Anda terjebak . Anda cuba mencari punca untuk berinspirasi. Anda melihat kembali kepada kerja anda sebelum ini, mencari idea masa lalu anda , cuba mencari sesuatu untuk mencetuskan letupan kreatif. Tetapi itu semua sia-sia. Pemikiran anda tersekat.




Oleh Azizi Ahmad

Tidak kira dalam apa bidang kerjaya anda berkecimpung, keperluan kreativiti amatlah diperlukan. Mungkin ianya diperlukan dalam bagaimana anda mempersembahkan barangan perkhidmatan anda kepada bakal pelanggan anda, atau mungkin bahan atau barangan itu sendiri. Dalam apa hal sekali pun, anda memerlukan bantuan untuk berfikiran kreatif.

Namun, ketahuilah bahawa anda sebenarnya tidak kekurangan buah fikiran atau idea. Kadang-kadang apabila fikiran kita menjadi buntu, kita akan merasa risau dan beranggapan ianya akan menjadi buntu selamanya. Apa yang kita perlu kita sedar adalah otak adalah merupakan sumber dan penjana buah fikiran yang tidak pernah kekurangan idea. Anda sebenarnya sedang memberi maklumat kepada otak anda dengan menyalurkan maklumat dan rangsangan berterusan. Anda secara praktikalnya tidak boleh menghalang proses ini berlaku. Jadi anda boleh menarik nafas lega dan usah bimbang kerana kekurangan ini hanyalah sementara.

Tekanan atau ‘stress’ dan keletihan biasanya mempengaruhi aras kreativiti anda. Apabila anda menjadi terlalu tertekan, anda tentunya tidak mampu berfikir untuk menghasilkan idea yang baharu dan ini menyebabkan halangan untuk berfikir menjadi lebih sukar. Inilah masanya untuk anda bertenang dan mengurangkan tekanan keatas diri anda. Bertafakur atau beriadah boleh mengurangkan tekanan yang melanda anda, lakukan perkara lain yang anda suka untuk mengembalikan daya kreativiti anda semula.

Kadang-kadang anda juga perlu melepaskan sahaja atau tinggalkan sahaja apa yang anda tidak boleh lakukan. Memerah otak dan akal fikiran sehingga terjejas kesihatan anda tentunya tidak akan membantu, bahkan biasanya ianya akan lebih menyelamatkan diri kita dari menanggung ketidaktentuan dan kecelaruan dalam diri kita. Luangkan masa dan nikmatilah kehidupan anda dengan cara yang menyeronokkan.

Cuba dapatkan pengalaman baru seperti berjumpa rakan baru agar dapat menyemarakkan semangat anda dan menyalurkan semula aliran kreativiti anda. Anda mungkin memperolehi idea yang baru dan terkini bagi meneruskan kehidupan anda.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan aliran kreativiti anda terus berjalan lancar adalah dengan memberi input yang terbaik dan mantap. Anda mungkin perlu beralih kepada membaca bahan bacaan yang hebat , mendengar muzik, berkebun, atau menghayati alam semula jadi seperti menukar hobi kebiasaan anda. Atau lakukan sesuatu perkara yang pelik atau ganjil bagi merangsang pemikiran anda. Hasilnya mungkin tidak sama bagi setiap orang, tetapi yang penting adalah untuk membekalkan otak pemikiran anda dengan maklumat hebat sebanyak mungkin.

Kita juga perlu melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam industri yang kita ceburi, jika kita agak ketinggalan mengenai apa yang sedang berlaku, mungkin kini adalah masanya kita cuba mengambil tahu dengan membuat sedikit bacaan tentang apa yang sedang berlaku dalam industri kita. Apakah yang sedang di bincangkan dengan hangatnya, topik apakah yang menjadi perbualan? Mengetahui mengenai isu-isu terkini mungkin dapat merangsangkan semula daya pemikiran anda.

Dalam masa kita cuba mencari ilham yang baru, bukanlah bermakna kita mengelak atau meninggalkan langsung bidang yang kita ceburi. Ketahuilah akan apa saingan anda sedang lakukan, apakah bahan atau perkhidmatan yang kini mereka sediakan. Cuba cari kaedah pembaharuan dan buat penganalisaan dan perbandingan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan contohi kaedah dan strategi yang diperkenalkan oleh saingan anda.

Kebiasaanya juga pihak industri tidak berkongsi pencapaian mereka dengan pihak lain. Apabila ini berlaku , idea-idea dalam industri itu sendiri dapat diperbaharui , kitar semula , dan menjalankannya semula berulang-ulang kali. Inovasi yang terbaik biasanya dihasilkan apabila pihak industri mencantumkan idea mereka dengan pihak lain. Kita hanya perlu meninjau atau melakukan proses penanda aras terhadap pihak lain agar apa yang pihak lain lakukan secara berlainan dan di guna pakai dalam operasi yang kita sedang jalankan.

Idea boleh datang pada bila-bila masa atau pun muncul di mana sahaja. Anda juga tidak tahu bila anda akan memperolehi idea yang hebat dan anda tentunya tidak mahu melupakan sesuatu yang hebat dan menakjubkan. Membuat nota catatan mudah dengan menggunakan talipon pintar anda boleh membantu kita untuk mengingati idea yang tersirat. Kreativiti akan muncul dalam keadaan yang tidak di sangka dan anda haruslah sentiasa bersedia.

Kita tentu akan mengalami gangguan ketidakmampuan untuk berfikir, dan apabila itu berlaku kita tidak perlu tergamam atau menjadi panik. Halangan untuk berfikir pada otak pemikiran anda perlulah di buang atau mungkin hanya memerlukan sedikit input maklumat yang baru. Bertenanglah, dan ingatlah ada banyak cara untuk merangsangkan ‘neuron’ dan mulakanlah sekarang.

fmt-logo-xparent-100.jpgAzizi Ahmad adalah seorang pendidik.

Posts from This Journal by “stress” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow