?

Log in

Previous Entry | Next Entry

July 5, 2016 Free Malaysia Today Opinion Bahasa oleh Azizi Ahmad

Tidak dinafikan memang ada orang yang mendapatkan kedudukan kuasa dengan melakukan perkara menjijikkan. KOMEN


Oleh Azizi Ahmad

“Kuasa milik mereka yang boleh menggunakannya”. Hak yang berkuasa (authority) dan kuasa (power) adalah dua perkara yang berbeza : kuasa (power) adalah satu daya yang boleh memaksa orang lain untuk taat dan ikut akan arahan dan kehendak kita. Hak yang berkuasa pula adalah hak mengarahkan dan mengeluarkan perintah yang akan didengari atau dipatuhi orang lain. Hak yang berkuasa akan meminta kuasa. Kuasa tanpa hak untuk berkuasa adalah kezaliman. (Jacques Maritain, “The Democratic Charter”, Man and the State)

Bagi mereka yang menjalankan kajian mengenai perihal memegang ‘kuasa’, mereka akan memberitahu kita ia bukanlah perkara yang statik, sentiasa dan masih boleh diperbincangkan dan dirunding, dan kini terlalu ramai orang membenarkan kuasa mengawal dan menguasai diri mereka sehinggakan orang lain tidak boleh menghalang mereka menggunakan kuasa dan untuk kuasa dinikmati bersama.

Bagi mengelak daripada menangani ketiadaan kuasa dalam kehidupan kita, ramai di antara kita menjadi kejam disebabkan perolehan kuasa yang dibangunkan oleh mereka yang inginkan kuasa. Mereka yang berkuasa juga sering bersifat merendahkan taraf orang lain dan sanggup menjatuhkan sesiapa saja yang berada di laluan mereka untuk berada di atas.

Tidak dinafikan memang ada orang yang mendapatkan kedudukan kuasa dengan melakukan perkara menjijikkan itu. Sebaliknya, memang ada lagi cara yang lain, secara berperingkat untuk meningkatkan kuasa, wujud yang tidak ada kena mengena dengan menjadi orang lain mangsa atau menjual hati dan jiwa kita.

Kita sering bermain dengan kuasa dalam kehidupan seharian kita, kita sering menggunakan kuasa, sebahagian besarnya tanpa notis, hanya melalui perbincangan. Bagaimana kita menguruskan perbincangan itu mempengaruhi jumlah kuasa yang kita peroleh lebih daripada kehidupan kita sendiri. Seperti yang diterangkan Profesor Klaus Krippendorff dari Sekolah Komunikasi Annenberg, kuasa muncul atau hampir lenyap berdasarkan daripada bagaimana kita membawa diri kita sendiri (atau gagal berbuat demikian) apabila kita berinteraksi dengan orang lain.

Kita juga sering dengan sengaja mengurangkan kuasa terhadap orang lain. Keburukannya adalah dengan tabiat yang sering dilakukan, daripada masa ke masa tabiat ini boleh menjadi sukar dikawal. Kebaikannya pula adalah jika anda mengenali dan mengubah tabiat anda, kuasa yang orang lain kenakan terhadap anda boleh dikurangkan.

Mari kita pertimbangkan perbualan ringkas ini:

Mamat : Boleh kita berjumpa awal minggu depan?

Minah : Adakah ia tidak mengganggu kerja anda?

Tidak ada yang salah dengan perbualan ringkas ini melainkan ia merupakan tindak balas biasa Minah memenuhi jemputan. Minah menggunakan kuasa beliau untuk menjadualkan pertemuan pada masa yang paling sesuai untuk beliau. Malah, dia memberi peluang kepada Mamat menyesuaikan masa pertemuan mereka, walaupun hanya beliau tahu apa yang terbaik dan tersirat melalui kenyataannya.

Daripada perbualan tadi, Minah mungkin orang yang sangat sopan, atau dia mungkin biasa dengan membiarkan dan membenarkan orang lain, mungkin terutamanya lelaki, membuat keputusan untuknya. Dalam mana-mana kes, dia benar-benar memberikan kuasa dan seolah-olah menunjukkan beliau sebagai bersedia untuk mengikuti perbincangan bersama Mamat. Dan Mamat akan menganggap dia boleh membuat semua keputusan dan ketidakseimbangan kuasa akan mula berlaku.

Mari kita cuba membuat andaian daripada contoh ini kepada perbualan yang berlaku sepanjang hari. Salah satu cara untuk menentukan jika anda berkongsi dan memberikan kuasa, walaupun dalam interaksi yang seolah-olah tidak penting (dengan kesan terkumpul), adalah untuk berfikir daripada segi perbincangan dan komen positif atau pun komen negatif.

Jika kebanyakan perbincangan adalah daripada pihak anda, terutama di tempat kerja, cenderung untuk menjadi arahan atau akuan, anda seolah-olah membocorkan kuasa seperti penapis air. Akhirnya mungkin anda melakukan perkara yang anda tidak suka, menyatakan perkara yang anda tidak ingin katakan, dan secara amnya membiarkan orang lain menetapkan arah hidup anda.

Isu pengurangan kuasa boleh dihentikan. Kadang-kadang apa yang diperlukan untuk anda mula mengubah ketidakseimbangan kuasa dalam hubungan anda adalah untuk menggantikan beberapa komen atau kenyataan yang lebih tegas. Ia langkah pertama yang baik .

Sekiranya anda berkira-kira untuk menyerahkan atau memberi peluang kepada orang lain berkuasa, menyerahkan atau membenarkan orang lain dengan keinginan mereka melebihi diri anda sendiri, memberikan pemilikan keputusan kerana ia seolah-olah seperti perkara yang sopan dan baik untuk di lakukan maka bertegaslah dengan diri sendiri.

Buatlah pilihan dan tetapkan keputusan terhadap apa yang anda ingin lakukan dan kemudian menyatakannya. Tidak ada keperluan yang mendadak (walaupun yang pasti hanyalah degupan untuk sentiasa akur), hanya memerlukan sedikit ketegasan.

Jika kita memberi terlalu banyak kuasa kepada orang yang salah : “Anda akan dipermainkan. Itu pilihan anda.”

Ia juga merupakan pilihan yang anda boleh mula tetapkan. Jadi, “jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, perlukah anda ikut mereka?“

fmt-logo-xparent-100.jpgAzizi Ahmad ialah seorang pendidik. Dari tajuk asal Jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, perlukah anda ikut mereka?

Posts from This Journal by “kuasa” Tag

  • Pembuli mahu tunjuk kuasa tekan pekerja

    Artikel ini di siarkan di Berita Harian Nasional Selasa 12 April 2016 Tajuk Asal: Pembuli di tempat kerja oleh Azizi Ahmad Isu membuli tidak…

  • Keghairahan memegang jawatan – Azizi Ahmad

    Artikel ini disiarkan di The Malaysian Insider Rencana 7 February 2016 12:29 AM Sesetengah orang amat gembira dan bangga jika mereka diberi atau…

  • Bicara tanpa fakta

    PROJEK ternakan lembu di bawah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menjadi isu hangat ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada hujung tahun…

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow