?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Pengajaran adalah satu penghormatan, anugerah dan peluang kerjaya bagi kumpulan pendidik. Ia adalah cara dimana pendidik dapat membuat kebaikan yang berfaedah dan bermakna apatah lagi jika dapat melihat kejayaan anak didik disuatu masa kelak.

Bagi pendidikan gaya Barat, mereka banyak mempelbagaikan kaedah, gaya, cara dan teknik pengajaran . Majoriti pengajaran mereka adalah berbentuk kuliah berstruktur, perbincangan dalam kelas dan analisis kajian  kes.



Turut digunakan adalah merancang aktiviti dalam kelas melalui kumpulan, projek tugasan individu dan kumpulan dalam sesi pengajian , permainan simulasi komputer dan  peperiksaan tradisional.

Dari sudut kesusasteraan psikologi silang budaya, falsafah pendidikan Barat lebih menitik beratkan pemikiran  rasional , dan penekanan terhadap logik, sebab dan akibat.  Sementara falsafah pendidikan Timur lebih berwibawa dan  berkemahiran dalam membuat  penyampaian dan merupakan punca gedung ilmu dan kurang mencabar kewibawaan guru.

Terdapat tiga perbezaan utama antara falsafah Timur dan falsafah Barat: individualisme Barat dan kolektivisme Timur; pemikiran analitikal Barat dan pemikiran  holistik Timur; dan idealisme konflik Barat dan  idealisme keharmonian Timur.

Kedua-dua  pendidikan Timur dan Barat mempunyai kontra yang ketara antara mereka.

Pendidikan barat memberi penekanan kepada pembelajaran aktif yang melibatkan penyertaan aktif pelajar manakala pendidikan timur dikatakan mengamalkan pembelajaran pasif.

Di samping itu, pendidikan Barat pelajar diberi hak untuk mengurus dan mengendalikan pembelajaran mereka sendiri sedangkan pendidikan Timur berpegang kepada konsep pengajaran.

Pendidikan di Malaysia kurang mengamalkan  pembelajaran berpusatkan pelajar , kebanyakan pelajar mendapat pengetahuan melalui ‘suapan’, bukannya penemuan diri.


Sistem pendidikan falsafah Timur menekankan penghafalan berbanding sistem pendidikan falsafah Barat yang memberi penekanan terhadap pemahaman. Pendekatan ini menghadkan ruang untuk pemikiran kreatif dan kritis .

Ini menjadikan pelajar menghafal fakta-fakta dalam buku teks dan bukan memahaminya kerana mereka kekurangan masa.

Pendidik kini mengajar pelajar dengan menggunakan kemahiran pemikiran kritis supaya mereka boleh berfikir dan memahami apa yang telah diajar di dalam kelas dan bukannya menghafal fakta-fakta dalam buku teks.

Pihak  Barat lebih suka memuji kanak-kanak untuk memberi motivasi berbanding budaya Timur yang percaya kepada penurunan  taraf  kanak-kanak untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk berusaha.

Di Malaysia , guru-guru akan memberikan pujian kepada pelajar yang berusaha keras  tetapi turut mengkritik mereka ketika mereka didapati tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Pembelajaran dan proses pengajaran bagi guru dan pelajar tidak bergantung hanya kepada kejayaan akademik berterusan,  tetapi juga pembangunan norma dan nilai-nilai hidup mereka.

Hubungan  diantara guru dan murid dalam  budaya Timur juga bukanlah  hubungan antara rakan atau sama berbanding dengan pendidikan Barat .

Pendidik adalah idola untuk dihormati, seorang individu yang penuh dengan nilai-nilai berbeza, mampu membina hubungan interpersonal yang baik yang akan mempengaruhi hasil dan  meningkatkan kualiti pembelajaran dan  pengajaran mereka.

Pengajaran mempunyai kesan timbal balik: pelajar belajar daripada pendidik dan pendidik belajar daripada mereka. Pokoknya adalah untuk menikmati kebaikan dalam pengajaran.

Gabungan kedua-dua disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan dalam kadar sederhana dan batasan, berdasarkan pelajar dan juga kesesuaian kelas.

Pendidikan  yang terbaik memerlukan gabungan falsafah pendidikan Timur dan Barat.

Azizi Ahmad Berita Harian Interaktif Jumaat, 15 Julai 2016 Ms 41. e-mel: bhforum@bh.com.my

**********************************************************************
Tajuk Asal: Julai 12, 2016 Sukacitalah kiranya jika pihak tuan dapat berkongsi dan menyiarkan artikel penulisan saya berjudul 'Memahami falsafah pendidikan menjadikan pengajaran menarik – Azizi Ahmad' di Berita Harian E-Mel dari Pembaca. Bersama ini disertakan penulisan saya yang dimaksudkan. Perhatian dan pertimbangan pihak tuan amatlah di hargai. Terima kasih.

Posts from This Journal by “falsafah” Tag

  • Contohi La Masia Barcelona

    SAUDARA PENGARANG, UNTUK melahirkan juara bola sepak dunia, ada baiknya kita mencontohi pengurusan akademi La Masia Barcelona. Nama-nama seperti…

  • Machiavelli 
dalam diri kita

    MATLAMAT menghalalkan cara, adalah satu daripada falsafah penting dikemukakan oleh Niccolò Machiavelli, seorang pemikir Itali kurun ke-16.…

  • Kolonialisme baharu, ateis ancam ummah

    MENGENALI punca sebenar sesuatu masalah adalah sebahagian penting penyelesaiannya yang tepat. Jika puncanya masih ragu-ragu, maka jalan…

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow