?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Berita Harian Interaktif E-mel Pembaca Ms 34 Rabu, 27 Julai 2014 oleh Azizi Ahmad

Masyarakat sentiasa memberi penekanan kepada keperluan untuk membantu sesama sendiri. Kita tidak akan teragak untuk membantu dimana perlu. Kita diberitahu akan keperluan membantu tanpa syarat maupun tanpa disedari.


Tiada sesiapa pun yang bersalah dalam hal ini. Melakukan kebaikan boleh mengubah hidup seseorang. Namun, pada setiap tindakan ada baik dan kekurangannya; dan adalah penting untuk tidak menyerlahkan kekurangan yang terdapat.


Bukan semuanya adalah buruk, sama seperti, tidak semuanya adalah baik. Ada yang baik dalam buruk. Dan ada yang buruk dalam yang baik. Ia tidak semestinya idea yang paling teruk untuk melakukan kebaikan dan tidaklah menjadi kesalahan jika tidak membantu.

Ia bukanlah perkara yang mudah dilakukan kerana kita diajar untuk membantu kerana ia adalah satu perkara yang betul dilakukan. Kita harus belajar meninggalkan kepercayaan ini.

“Bila anda meningkat usia, anda akan sedar bahawa anda hanya mempunyai dua belah tangan, satu untuk membantu diri sendiri, satu untuk membantu orang lain.” ~ Sam Levenson

Rakan atau kawan anda biasanya akan mendapatkan pandangan dan nasihat untuk memulakan sesuatu tugasan, dan bukan lah mudah untuk berfikir dan menyalurkan buah fikiran anda untuk membantu kejayaan mereka.

Ramai yang menganggap masa kita boleh diberikan kepada mereka dan tidak peduli akan kekurangan yang kita harus hadapi dan jika mereka tidak sedia menghargai masa dan tenaga kita, haruskah kita memberi masa kepada mereka.

Jika mereka tidak mengambil kisah mengenai anda mengapa anda harus membantu mereka. Mereka tidak layak menerima bantuan anda.
Peraturan pertama, jangan tawarkan bantuan anda dengan percuma; peraturan kedua, jangan lupa peraturan pertama.

Jika anda di minta untuk membantu dalam tugasan mereka, janganlah ianya secara percuma; ramai yang akan menggunakan anda jika anda membenarkan anda dipergunakan. Anda tidak mempunyai masa untuk membantu mereka, bantu mereka yang memang memerlukan bantuan anda.

Ingatlah, orang pertama yang memerlukan bantuan adalah anda sendiri. Jika membantu orang lain tidak mengembirakan anda, jangan lakukannya. Mudahkan.

Kadang-kadang anda perlu mementingkan diri sendiri dan meletakkan diri anda sebelum orang lain. Abaikan apa yang masyarakat mahu anda lakukan untuk mereka.

Kelemahan kita adalah kita suka membantu orang lain; kita membantu tanpa di minta. Namun, anda mungkin lupa bahawa falsafah tersebut akan memakan diri anda. Kita mungkin terlalu baik sehingga kita membantu tanpa diminta atau disuruh; kita dengan rela hati ‘termaklum’ akan kekurangan yang terdapat dan apa yang mereka tidak mahu dengar. Hasilnya, kita membuat mereka tidak menyukai kita dengan pandangan profesional yang diberikan.

Kita akan membuat seorang rakan menjadi musuh dengan pandangan yang diberi. Apabila kita menawarkan bantuan kita jujur dengan bantuan tersebut, namun kerapkali bantuan kita diketepikan.

Semua ini mengambil masa untuk berubah dan bukan semua yang sanggup menerimanya, Kita tidak harus menawarkan khidmat nasihat apabila mereka tidak bersedia melayannya atau mungkin mereka akan datang kembali untuk menyalahkan kita jika tugasan tersebut tidak berjaya dilaksanakan.

Hentikan membantu kepada orang yang tak sudi, kuranglah drama, lebih masa untuk kita.

Hentikan membantu rakan anda jika anda tidak boleh memberi sepenuh hati dan jiwa anda. Isu ini memang kritikal. Menawarkan bantuan apabila anda tidak bersedia sepenuhnya bukanlah bantuan bermakna.

Memberi bantuan kepada orang lain tanpa anda mempunyai kemahiran atau cukup masa untuk membantu akan lebih merosakkan keadaan. Jika anda tidak berupaya memberi bantuan yang terbaik hentikan apa yang anda ingin lakukan. Ianya seolah-olah seperti anda melukis dengan mata tertutup. Anda akan membuat orang yang dibantu rugi kerana mereka boleh beralih kepada orang lain. Kebaikan anda akan membuat mereka kecewa dengan sesuatu yang anda tawarkan tanpa dapat melakukanya dengan baik.

Sesuatu itu akhirnya mungkin menjadi baik atau buruk, kita perlu mencari keseimbangan dalam hal ini. Fikirlah sebaik-baiknya sebelum membantu orang lain, ia berpotensi merugikan masa, tenaga, wang dan hubungan anda secara personal atau profesional.

Kebaikan yang cuba diberi boleh merubah kehidupan orang lain. Jika membantu orang yang salah anda akan terlepas membantu orang yeng memerlukan. Berfikir sebelum bertindak.   Tajuk asal: Membantu: Berfikir sebelum bertindak

Tags:

Posts from This Journal by “jiwa” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow