?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Autonomi golongan pendidik

IDEA autonomi guru merujuk kepada kebebasan pendidik di sekolah, boleh menyelesaikan dan
menggunakan pengurusan pengajaran mereka sendiri.

Ramai pendidik, kesatuan atau organisasi profesional pendidikan berpandangan bahawa mengehadkan autonomi guru di dalam bilik darjah melemahkan kedudukan dan kebolehan pendidik.

Sistem pembangunan kurikulum Malaysia adalah berpusat. Oleh itu, autonomi profesional pendidik adalah terhad kerana dipantau oleh pihak atasan.

Sistem peperiksaan Malaysia juga ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian berasaskan sekolah, peperiksaan berpusat serta penilaian dalam dan luar negara selari dengan dasar dan kepentingan kerajaan.

Oleh kerana penggunaan ujian piawai masih dikendalikan secara berpusat, dasar yang termasuk pertimbangan markah ujian pelajar dalam penilaian kerja dan prestasi pendidik datang dari pihak atasan.

Oleh itu, apabila sekolah “menyelaraskan” program akademik dan kurikulum dengan matlamat pembelajaran yang dinyatakan dalam piawaian, pendidik akan mempunyai kurang “autonomi” dalam menentukan pengetahuan, kemahiran, dan kandungan pengajaran kepada pelajar.

Sejauh mana piawai pembelajaran mengehadkan autonomi pendidik tetap menjadi subjek perbincangan dan perbahasan yang berterusan tetapi ramai pendidik berhujah bahawa piawaian mengenakan batasan yang ketara pada autonomi profesional pendidik.

Jika proses penilaian, jangkaan, dan keperluan adalah ketat atau membebankan, ia boleh mempengaruhi cara pendidik mengajar pelajar mereka.

Azizi Ahmad Segambut Luar, Kuala Lumpur

Posts from This Journal by “autonomy” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow