?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Oleh: Azizi Ahmad GPS Bestari Artikel Rencana 19 Ogos 2016


Kita sering mendengar dan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh negara Amerika Syarikat akan dianggap kreatif dan inovatif.

Apabila sesuatu amalan “baru” muncul, semua orang akan bersedia untuk menggunakannya.

Bagaimanapun, dengan kajian yang tidak mencukupi terhadap inovasi, kita seakan melaksanakan variasi tidak tepat atau tidak lengkap.

Malah di Amerika Syarikat sendiri, masih banyak pihak menghadapi masalah dan masa yang mencukupi untuk mengenal pasti dengan jelas dan memahami apa maksud inovasi, termasuk apakah komuniti pembelajaran profesional (profesional learning community) dan peranannya keatas sekolah atau komuniti.

Namun, kita harus percaya dan menyokong bahawasanya komuniti pembelajaran profesional adalah struktur yang paling berpengaruh dan merupakan strategi untuk meningkatkan keberkesanan pendidik dan meningkatan pembelajaran pelajar.

Sesuatu ‘peningkatan’ memerlukan suatu perubahan terhadap sesuatu yang tidak berkesan tetapi berpotensi untuk ‘berubah’ dan untuk menukarkannya memerlukan kita mempelajari  perubahan dan bagaimana untuk menggunakannya.

Pendekatan untuk melaksanakan pembelajaran dan peningkatan kerja ini dipanggil  komuniti pembelajaran profesional. Tetapi apa yang membezakan komuniti pembelajaran profesional sahih daripada yang lain? Bukankah ianya seperti sebuah ‘tapak forum’ (forum board) ? Apakah sifat atau ciri penyelidikan rapi yang telah dikongsikan atau diberikan ?

Masa untuk sesuatu komuniti bertemu setiap hari atau mingguan sekurang-kurangnya  tanpa gangguan dalam ruang yang selesa adalah struktur keperluan asas. Pengunaan kertas, media elektronik, dan sumber manusia serta data mengikut pecahan dari pelbagai sumber dan format yang mudah untuk difahami mesti ada .

Ahli komuniti perlu menghormati antara satu sama lain termasuk dalam perbincangan dan interaksi, dan bagaimana mereka menghadapi konflik, menyumbang kepada mempercayai antara satu sama lain bagi ianya berfungsi lancar.

Perbincangan dan tindakan yang dipersetujui bersama adalah berasaskan wawasan dan visi yang  diperlukan dan sejajar dengan strategi mental dan proses baru yang dikehendaki dan menetapkan kaedah dilaksanakan dengan efektif.

Matlamat komuniti pembelajaran profesional adalah pembelajaran berterusan untuk pendidik . Penetapan apa yang akan pendidik pelajari dan bagaimana mereka akan pelajari adalah berasaskan dari keperluan pembelajaran pelajar mereka.

Sokongan dari rakan juga adalah penting. Ahli komuniti akan menjemput rakan ke tempat mereka memerhatikan sebuah sekolah atau amalan bilik darjah yang dikenal pasti. Pengunjung akan memerhati, mengambil nota, dan menjalankan sesi perkongsian dan perbincangan dengan ahli tuan rumah. Lawatan dari rakan merupakan satu sokongan serta bantuan kepada yang lain untuk pengoperasian.

Berkongsi dan  sokongan kepimpinan juga merupakan keperluan. Pengetua, dan ahli komuniti pembelajaran profesional akan mewujudkan peluang untuk guru-guru untuk mengambil alih peranan kepimpinan dan harus menyokong pendidik  dalam membangunkan pengetahuan dan kemahiran untuk berbuat demikian.

Kuasa dan membuat keputusan dikongsi bersama , pendidik diberi peluang bersuara dan membuat pilihan. Membangunkan kemahiran dan tabiat minda yang baru menggalakkan perasaan dihargai dan keberkesanan ahli komuniti pembelajaran profesional . Kecekapan dan keyakinan akan meningkat dan akan membangunkan kepercayaan antara satu sama lain untuk menjadi profesional yang sebenar.

Berasaskan ciri kajian diatas yang mana satukah boleh dikatakan komuniti pembelajaran profesional yang berkesan ? Buat refleksi tentang komuniti pembelajaran profesional anda sendiri atau keperluan anda dalam mewujudkan satu komuniti. Kenal pasti satu atau dua daripada enam ciri-ciri diatas.

Ciri yang manakan yang boleh dilaksanakan dalam komuniti pembelajaran profesional anda?  Apakah sumber-sumber yang diperlukan? Siapakah yang perlu terlibat ? Siapakah yang boleh membantu untuk membangunkan ciri ini ? Apakah faktor-faktor lain yang perlu anda ditangani ?

Sudah tentu, melaksanakan satu atau dua daripada ciri-ciri init tidak akan membuat komuniti pembelajaran profesional yang berjaya, tetapi ia adalah langkah pertama untuk memulakannya.

Posts from This Journal by “bestari” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow