?

Log in

Previous Entry | Next Entry

GPS Bestari Artikel Rencana 22 Ogos 2016  |  AZIZI AHMAD

Teori komuniti pengamal pembelajaran merupakan kesinambungan kepada teori pembelajaran situasi (situated learning).

Komuniti pengamal pembelajaran boleh dikategorikan sebagai satu bentuk sistem pembelajaran sosial (Wenger,2006).

Konsep komuniti pengamal pembelajaran memerlukan penyediaan satu medium atau komuniti yang sangat berguna untuk tujuan ‘mengetahui’ dan ‘mempelajari’.

Tujuan ‘mengetahui’ dalam pendekatan komuniti pengamal pembelajaran bermaksud; akan ada satu kumpulan yang menyertai satu komuniti untuk tujuan mendapatkan pengetahuan atau amalan baharu.

ilmu


Berbanding dengan satu lagi kumpulan yang akan sentiasa aktif dalam komuniti mereka kerana sentiasa ingin mempelajari dan memperbaiki amalan mereka.

Secara umumnya, komuniti pengamal pembelajaran bermaksud suatu komuniti manusia yang memiliki keinginan dan minat yang sama serta berkongsi semangat untuk sesuatu yang diketahui, seterusnya sentiasa berinteraksi untuk tujuan mempelajari bagaimana memperbaiki amalan menjadi lebih bermakna (Wenger 1998, 2006).

Terdapat tiga elemen penting dalam teori komuniti pengamal ini (Cox 2004; Wenger 2006).

Yang pertama ialah domain iaitu komuniti tersebut terbentuk atas faktor mempunyai ahli komuniti yang berkompetensi untuk berkongsi minat yang sama serta saling mempelajari.

Kedua, komuniti ini memerlukan setiap ahli saling berhubung untuk berbincang, melakukan aktiviti, saling membantu, serta berkongsi informasi.

Hal ini bertujuan untuk setiap ahli dalam komuniti itu membina hubungan untu saling mempelajari pengetahuan.


Ketiga, setiap ahli komuniti adalah pengamal kepada pengetahuan dan amalan yang dipelajari. Mereka akan saling mengumpul sumber, pengalaman, cerita, peralatan, dan juga jawapan dalam amalan mereka.

Selain itu, komuniti pengamal adalah suatu bentuk sistem sosial yang berstruktur dan mempunyai tiga kumpulan asas dalam suatu komuniti yang terbina (Skalicky & West 2011; Wenger 2006).

Kumpulan pertama adalah terdiri daripada ahli yang pakar dalam bidang tersebut. Mereka bertindak sebagai fasilitator dan tulang belakang bagi suatu komuniti.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada ahli komuniti yang aktif melibatkan diri dalam proses pembelajaran memperbaiki amalan. Mereka bertindak sebagai ahli yang sentiasa memberi sumbangan dalam komuniti walaupun bukanlah terdiri daripada golongan yang pakar (expert).

Seterusnya kumpulan ketiga dalam komuniti adalah merupakan kumpulan yang meminati ilmu yang dikongsikan dalam komuniti. Walaupun mungkin tidak menyumbang, tetapi ahli daripada kumpulan ketiga ini sentiasa mengambil tahu mengenai perkembangan pengetahuan yang dikongsi dalam kalangan komuniti.

Kepada individu-individu yang telah menggunakannya, Cops dan PLC mungkin seperti berkaitan. Dalam penelitian penulisan, tidak syak lagi Amalan Komuniti Pembelajaran (Cops) tertumpu kepada kumpulan murid dan pelajar sementara. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC),  berpusat kepada kumpulan pakar, atau mereka yang melaksanakan pengajaran.


Azizi Ahmad adalah seorang pendidik.

Posts from This Journal by “learning” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow