?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Komunikasi yang bermakna

Azizi Ahmad Malaymail Online Projek MMO Pendapat Wednesday August 24, 2016 3:26 PM GMT+8


24 OGOS — Hampir semua konflik melibatkan permasalahan perhubungan atau komunikasi kerana ia adalah merupakan punca kesan dan penyebab.

Salah faham, akibat daripada komunikasi yang lemah, dengan mudah boleh menyebabkan konflik atau keadaan menjadi bertambah buruk.

Selanjutnya, apabila
konflik telah bermula, masalah komunikasi kerap terjadi kerana mereka yang terlibat dengan konflik tidak berkomunikasi antara satu sama lain sekerap mungkin, secara terbuka, dan secara telus seperti yang mereka lakukan apabila hubungan tidak tegang. Oleh itu komunikasi adalah penting kepada situasi konflik.

Komunikasi melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak, penutur dan pendengar. Kadang-kadang turut ada pihak ketiga: di antara mereka yang membawa mesej dari seorang ke seorang yang lain, atau media, sebagai contoh, yang menyalurkan segala maklumat sebagai matlamat utamanya. Masalah boleh timbul dari ketiga-tiga sumber ini.

Kerapkali juga, penceramah atau mereka yang berucap tidak faham dan jelas dengan apa yang mereka ucapkan. Pengucapan mereka juga dikesan seolah tidak lancar.

Walaupun mereka tahu maksud yang ingin disampaikan, mereka tidak akan menjelaskannya dengan telus dan jujur. Mereka akan menyembunyikan perasaan atau idea sebenar secara sengaja atau tidak sengaja.


Bagi pendengar, mereka akan menjadi keliru dengan mesej yang cuba disampaikan. Ini biasa berlaku apabila manusia dari pelbagai budaya dan kaum cuba untuk berkomunikasi.

Walaupun pengunaan bahasanya adalah sama, kita mungkin menterjemahkan dan melihat dari sudut yang berbeza. Jika budaya masing-masing adalah berbeza, sesuatu ungkapan akan memberi maksud dan makna berbeza kepada seseorang atau satu sama lain. Maka, komunikasi diantara budaya akan terdedah kepada kesilapan.

Pendengar juga merupakan sumber kepada permasalahan komunikasi. Pendengar juga gagal untuk mendengar dengan baik. Mereka akan menggangap mereka sudah tahu dan faham apa yang disampaikan.

Oleh kerana merasakan mereka pernah mendengar pengucapan ini sebelumnya atau mereka menganggap orang yang bercakap tersebut ‘sama sahaja’ seperti pengucap yang lain.


Oleh kerana mereka sedang berada dalam konflik, mereka lebih menumpukan untuk bagaimana untuk memberi respon tindakbalas tentang kenyataan yang dikeluarkan dari memberi perhatian sepenuhnya terhadap butiran yang diberikan. Hasilnya, berlakulah salah faham dan peningkatan konflik yang tidak diperlukan.

Pihak ketiga boleh menjadikan komunikasi menjadi lebih baik atau mungkin menjadi lebih buruk. Kemahiran pihak ketiga boleh membantu menjernihkan kekusutan, menjelaskan dengan lebih baik apa yang diperkatakan dan boleh membantu pendengar mendapatkan dan memahami isu yang dimaksudkan. Mereka boleh menjadi pengantara dengan membawa mesej diantara mereka yang tidak mahu dan tidak boleh bertemu secara bersemuka.

Pihak ketiga yang tidak mahir atau yang membawa agenda yang berlainan mungkin akan menjadikan isu menjadi lebih buruk.

Kebiasaannya media dikatakan tidak membantu menjelaskan isu atau topik yang dikemukakan, tetapi membawa paparan sendiri dan menambahkan kemarahan kepada pembaca atau pendengar demi untuk menambah jualan atau menyokong penerbitan atau atas desakan pihak berwajib.


Azizi Ahmad Malaymail Online Projek MMO Pendapat 24 Ogos 2016

 

Posts from This Journal by “komunikasi” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow