?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Juara tidak dicipta di gimnasium

Oleh Azizi Ahmad Free Malaysia Today Opinion Bahasa August 26, 2016

Sukan Olimpik Rio 2016 sudah pun tamat dan kini adalah sejarah. Tumpuan kini terarah kepada persiapan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menteri dan ahli politik yang menerajui kementerian berkenaan kini seolah-olah bersemangat dan teruja dengan pencapaian 4 perak dan 1 gangsa yang diperolehi kontinjen.

malaysia-rioPingat yang dibawa pulang juara kita kini menjadi perbualan tanpa henti dan akan terlipat dalam sejarah sukan Malaysia.

Bagi ahli sukan, mereka meraih lebih daripada apa yang mereka berikan. Tahniah kepada mereka, yang mengharumkan dan mencatatkan nama mereka dalam senarai kejohanan.

Selain pingat, mereka turut diberi insentif yang mereka tidak pernah impikan.

Mereka kebanyakannya menjadi “jutawan” segera dengan hasil keringat mereka. Syabas.


Dan akan bermula episod baru di mana badan dan persatuan perlu mempersiapkan diri untuk kejohanan akan datang. Semua yang terlibat dijangka akan terus kekal dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan sudah tentu mengimpikan gelaran “juara”.

“Juara tidak dicipta di gimnasium. Juara dihasilkan dari keinginan, impian dan wawasan. Mereka perlu mempunyai kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Kemahuan dan keinginan hendaklah mengatasi kemahiran.” Petikan ini datangnya daripada peninju lagenda, Muhammad Ali.

Semua orang termasuk anak sekolah pun tahu, Malaysia sudah pun (sejak era gambar hitam-putih) berada di Sukan Olimpik, namun hanya sejak tahun 90-an Malaysia disenaraikan dalam senarai pemenang pingat (termasuk acara badminton).

Kita tidak perlu mengulangi kata-kata yang kita harus bermula dari sekarang, kita sebenarnya sudah bermula sejak dulu lagi. Kejayaan bermula daripada diri sendiri, dan tentunya mengurangkan kegagalan.

Kita tidak harus berbangga dengan kejayaan kecil, kita harus menerima hakikat dengan rasa rendah diri dan berpijak di bumi nyata. Kita harus menghentikan impian yang mungkin tidak menjadi kenyataan, namun harus berusaha terus mencapai hasrat impian.

Sudah terlalu lama kita memandang remeh keupayaan dan kemungkinan kehidupan adalah sebahagian dari tindak balas impian, apa yang boleh dan yang harus kita lakukan serta perlukan untuk menjadikan impian kita ini suatu kenyataan.

Impian akan membantu kita menjadi juara, jika anda mempercayainya. Ia akan menjadi pembaziran jika anda tidak berusaha dengan serius. Seseorang itu harus mempunyai kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri. Ia menyinari semangat, dan merupakan satu keunikan dan keaslian dalam diri kita.

Walaupun kadang-kadang kita diminta mengenepikan impian atau angan-angan “mat jenin”, namun semua ini adalah untuk mengingatkan dan menghubungkan kita kepada kebenaran, keindahan dan kekayaan impian kita.

Kita sudah pun melihat kejayaan mereka yang berjaya dalam mendapatkan impian mereka, dan kita mengagumi mereka.

Kita melihat perubahan besar yang datang daripada komitmen dan kesungguhan seseorang itu, ketabahan dan kepercayaan dalam impian mereka.

Kita dapat melihat kuasa impian yang ditunjukkan di sekeliling kita, di kawasan kejiranan kita, negara dan dunia.

Sebenarnya, kita harus lebih banyak berangan-angan dan mengimpikan peluang. Kita juga harus menerima kegagalan dan harus menerimanya dengan perasaan yang lapang dan terbuka.

Impian adalah cara kita menentukan apa yang penting kepada kita dan apa yang kita ingin capai dan lakukan.

Ada juga kenyataan berbunyi, seorang juara berlatih tanpa rungutan. Atlet harus bertindak sebagai juara. Atlet harus mengurus diri secara bermaruah. Kekalahan dan tewas dalam perlawanan memanglah sukar ditelan.

Mengakui kekurangan pada diri apabila tewas dalam pertandingan hendaklah dijadikan sebagai sumber motivasi untuk mendapat dan memperolehi yang lebih baik.

Jangan beri alasan apabila tewas dan kalah dalam pertandingan. Jangan salahkan pengadil, orang ramai, keadaan padang, cuaca yang tak mengizinkan, nasib buruk atau kesilapan rakan sepasukan anda. Terimalah dan ambil tanggungjawab terhadap kegagalan.

Juara sejati tidak memberi dan mencipta alasan jika kalah. Mereka tidak merengek dan menyalahkan orang lain. Seorang juara perlu mempunyai matlamat, berdaya tahan, mempunyai integriti dan ketabahan.

Impian boleh menjadi kenyataan dan mungkin hanya “angan-angan”. Tetapi semua impian adalah penting.

Jangan terkejut jika mengetahui ada juga graduan siswazah yang tidak tahu apakah itu “”H2O”? Ini membawa kita kembali di zaman persekolahan kita dahulu dan mengapa kita terpaksa menghadiri alam persekolahan sehingga melebihi 12 tahun.

Jika kita dihantar untuk mengambil program PhD pada usia 6 tahun, pastinya di tahun hadapan kita akan terpaksa kembali ke zaman kanak-kanak semula.

Kita sudah pun diberi matlamat yang boleh dicapai secara sederhana melalui peringkatan mengikut kejayaan sebelumnya.

Berlatih dengan matlamat untuk kejayaan adalah tidak berbeza. Kita tahu keupayaan dan boleh mengukur kemajuan kita. Dan jika ianya telah ditentukan Allah, maka ketentuan itu tetap terjadi.


Azizi Ahmad Free Malaysia Today Opinion Bahasa August 26, 2016
Tajuk asal Impian yang di yakini

Tags:

Posts from This Journal by “sukan” Tag

  • Haruskah jurulatih bola pergi?

    15 NOVEMBER — “Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan…

  • Gimnas penyumbang utama emas

    MALAYSIA menamatkan te­masya 2005 dengan meraih 61 emas untuk menduduki tempat keempat ke­seluruhan yang merupakan pencapaian terbaik di…

  • Nazmizan tamatkan penantian

    SELEPAS kali terakhir G. Rajalingam membolot emas 100 dan 200 meter dalam Sukan SEAP Bangkok 1967, kejayaan itu diulangi oleh pelari tinggi lampai…

Latest Month

November 2017
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow