?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Mereka yang bujang atau masih tidak berkahwin atau ‘membujang kembali’ sering berjenaka bahawa mereka berasa gembira dan bebas daripada drama, hujah agresif maupun pasif yang datangnya dari jalinan hubungan manusia.

Hakikatnya, mereka yang ‘berseorangan’ cuba untuk menutup keresahan diri disebalik kenyataan bahawa walaupun mereka boleh "melakukan apa sahaja”, namun risau dan takut bahawa mereka akan keseorangan dan bersendirian.

Walaupun banyak kajian yang tidak berkesudahan memberitahu kita bahawa berpasangan adalah lebih bahagia daripada membujang namun kajian terkini di New Zealand menunjukkan bukti sebaliknya. Namun hidup membujang memang memberi kesan yang pelbagai.


beritaharian_03902016_bujang_bh 001.jpg


Bagi Bella de Paulo, seorang saintis sosial dari Harvard, beliau telah membuat kajian bagi menangkis anggapan dan diskriminasi terhadap mereka yang membujang. Beliau telah mencipta dua perkataan penting dalam perbincangan ini iaitu ‘singlisma’ dan ‘matrimania’.

‘Singlisma’ merupakan anggapan, penglabelan dan diskriminasi terhadap orang yang tidak berkahwin, manakala ‘matrimania’ merupakan proses keraian, melobi dan majlis perkahwinan yang melebihi kemampuan. Namun semua ini tidak akan memberi kesan kepada anda jika anda membujang.

Membujang adalah satu peringkat kehidupan yang singkat di antara tempoh tamat persekolahan dan berkahwin. Membujang adalah bebas dan berdikari, namun keinginan untuk perhubungan yang intim jangka panjang adalah gerak hati yang hampir universal. Dan kini tempoh yang di maksudkan menjadi semakin lama, berterusan dan kadang-kadang kekal.

Dikatakan juga mereka yang membujang di diskriminasi ditempat kerja kerana kehidupan mereka tidak melibatkan tugasan dan tanggungjawab seperti mereka yang berkahwin dan berkeluarga.

Mereka akan diminta menggantikan dan membantu rakan kerja yang terpaksa pulang awal, bertugas ketika majlis atau perayaan berlangsung bahkan sering pulang lewat kerana mereka tidak ada apa untuk dilakukan jika pulang awal.

Mereka yang bujang juga sering dipandang rendah oleh rakan sekerja kerana mengikut amalan budaya setempat mereka merupakan golongan yang tidak matang, tidak mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga dan hanya mementingkan diri sendiri.

Singlism dan matrimania adalah hasil daripada ketidakyakinan budaya setempat. Mungkin kaunter intuitif. Prasangka terhadap orang bujang dan histeria tentang perkahwinan adalah hasil daripada rasa tidak yakin diri.

Perkahwinan memang dituntut didalam agama. Namun, untuk mengatakan perkahwinan adalah pilihan yang baik bagi mereka yang benar-benar mahu berkahwin adalah satu perkara, dan mempercayai bahawa orang yang berkahwin adalah secara unilateral lebih baik daripada orang bujang adalah perkara lain.

Pada dasarnya tidak ada yang lebih baik atau lebih teruk untuk kebahagiaan. Tidak kiralah samada mereka sudah berkahwin, membujang atau ‘menjadi bujang kembali’. Membujang adalah ketentuan dan hak masing-masing.

Dan jalan untuk aktualisasi dan kesempurnaan diri bukanlah melalui kehidupan yang bebas, tetapi melalui ketidaksempurnaan , kecelaruan, hubungan jangka panjang.

Setiap orang memerlukan orang lain untuk memupuk, untuk melindungi dan mempertahankan, merancang masa depan dan berkongsi kehidupan bersama.

Anda tentunya tidak akan mendapat apa yang anda mahu dan mungkin tidak akan memperolehi apa yang di hasratkan.

Perkara yang indah dan bermanfaat mungkin melebihi kesukaran dan menyusahkan. Anda mungkin akan terperanjat dengan apa yang akan berlaku dalam hidup anda.

Dan anda tidak akan menukarkan kebahagiaan dalam perkahwinan anda dengan apa saja.

Azizi Ahmad, Segambut Luar, Kuala Lumpur Berita Harian Interaktif E-Mel Pembaca Ms 40. Sabtu, 3 September 2016 Tajuk Asal: Singlisme dan matrimania: Satu Entiti

Posts from This Journal by “bujang” Tag

Latest Month

November 2017
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow