?

Log in

Previous Entry | Next Entry

25 SEPT — Sikap pilih kasih di tempat kerja secara umumnya dilihat sebagai satu perkara yang negatif.  Sikap pilih kasih mempunyai kesan toksik terhadap budaya tempat kerja.

Ia bermula sebagai sesuatu yang tidak berbahaya tetapi berkembang menjadi persekitaran permusuhan untuk orang lain.

Tetapi pilih kasih di tempat kerja tidak selalu membawa hasil yang buruk. Ia mungkin menjadikan budaya tempat kerja yang lebih produktif dan lebih baik. Pentadbir perlu bijak menggunakan pendekatan dan taktik membangunkan persekitaran positif.

Menurut kajian oleh McDonough, hampir semua pentadbir mengamalkan pilih kasih dan ia  bukanlah sesuatu yang mengalakkan.

Hampir 92 peratus pegawai kanan memperlihatkan amalan pilih kasih dan 25 peratus pegawai atasan mengaku mengamalkan pilih kasih bagi tujuan kenaikan pangkat kakitangan pilihan mereka.

Responden kajian mentakrifkan pilih kasih sebagai memberi kelebihan dan layanan istimewa kepada kakitangan penyeliaan mereka berdasarkan faktor persahabatan dan hubungan dan bukan kerana kelayakan dan prestasi. Di situlah mulanya dan terletaknya masalah.

Memberi keutamaan yang tidak kena pada tempatnya menyebabkan kebanyakan kesan negatif dikaitkan dengan pilih kasih.

Jika faktor tugas hakiki tidak diambil kira tetapi faktor yang tidak berkaitan dengan tugasan kerja pula diberi keutamaan, maka ia adalah cara yang salah dan tidak betul dalam amalan dan etika kerja.

Ungkapan seperti “mengapa anda tidak boleh menjadi seperti  ….?” atau memihak kepada orang tertentu berdasarkan kepada faktor kepentingan bersama atau personaliti yang sama membawa kepada hasil negatif.

Apabila pentadbir mengutamakan perkara yang tidak berkaitan dengan kerja, ia membuatkan tempat kerja berasa seperti pertandingan populariti yang berterusan.

Daripada memberi motivasi kepada rakan sekerja untuk berusaha dengan lebih baik, bersikap pilih kasih boleh membawa kepada iri hati, rasa tidak puas hati, dan suasana kebencian.

Semangat dan motivasi tempat kerja akan menurun sambil merosakkan perpaduan. Ia juga menyebabkan seorang pentadbir terlepas pandang peluang pertumbuhan dan set kemahiran yang unik yang ditawarkan oleh orang lain yang bukan “pilihan”.

Adalah lebih baik bersikap telus, berhati-hati, dan selektif tentang kaedah dan untuk menjelmakan kegunaan pilih kasih atas perkara yang betul dan menumpukan kepada prestasi kerja dan tingkah laku.Ia boleh membuat pekerja berasa lebih bersemangat dan teruja.

Biasanya kakitangan yang menjadi pilihan atau digemari pentadbir akan mengalami kesan peningkatan harga diri dan lebih cenderung untuk mengikuti norma kerja dan melaksanakan tugas yang memberi manfaat kepada kumpulan.

Pekerja digemari juga telah dilihat lebih sosial dan lebih produktif berbanding  rakan sekerja.

“Terdapat risiko dalam memberi layanan yang tidak sama rata, yang penting adalah kesimbangan yang betul dan melayan semua orang dengan baik,” kata profesor Karl Aquino.

Eloklah pentadbir jangan hanya memihak kepada kakitangan yang digemari sahaja dan jangan lupa mereka yang setia bekerja selama ini.

Elakkan memihak kepada mereka yang mempunyai pertalian persahabatan dan minat dan usahlah kerap membuat perbandingan terhadap pasukan kerja.

Mengamalkan pilih kasih di tempat kerja adalah satu kurniaan yang bukan berdasarkan prestasi tetapi pilihan yang tidak dinyatakan yang boleh merosakkan moral kerja dan produktiviti.

Mengamalkan pilih kasih di tempat kerja boleh menjadi satu perkara yang baik jika anda  menunjukkan layanan istimewa berdasarkan prestasi dengan adil dan saksama.

Mereka akan merasa dihargai dan akan cenderung untuk menyumbang dengan lebih baik dan anda akan dianggap sebagai seorang  pemimpin yang berkesan.

Posts from This Journal by “writing” Tag

  • Get creative with STEM education

    I read with interest on ‘Ministry: STEM transformation plan to be completed soon. ‘(6 July 2017) The article also stated that ‘a…

  • Bullying bosses belittle staff

    THERE is a lot of discussion about bullying, therefore, we should also highlight workplace bullying. In education, workplace bullying centres around…

  • Teaching, learning tool

    Tutorial is an important teaching-learning tool. It helps learners enhance their intellectual, communication and social skills. In higher…

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow