?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

9 OKTOBER — Alangkah bagus dan bahagianya jika kita mengharungi kehidupan kita tanpa diganggu.

Sudah tentu, hidup ini memerlukan kita berusaha dan berjuang  untuk kita mencapai sesuatu yang kita inginkan dan hasratkan. Dan bukan mudah untuk mencapai apa yang di inginkan kerana hidup ini penuh dengan ranjau.

Halangan dan ranjau kehidupan ada hikmahnya kerana ia membolehkan kita membuat pertimbangan yang wajar dan membuat keputusan terhadap  tindakan kita.

Pekerja Malaysia dikatakan sangat cenderung secara membuta tuli menerima susunan hierarki dan tidak mempersoalkan siapakah yang berada di kedudukan atas.

Bagi pekerja Malaysia, siapa saja yang menjadi ketua, asalkan dia ideal dan baik hati, kakitangan bawahan akan melakukan apa yang diarahkan. Ia adalah satu fenomena budaya yang tidak syak lagi akan berubah seiring dengan perubahan global.

Dalam pada itu, prestasi pemimpin dan organisasi Malaysia dikatakan terjejas oleh budaya “pak angguk dan pak turut” ini.

Kate Sweetman, perunding kepimpinan menyatakan, “Di Asia, jurang kuasa telah menguasai  sentimen: “Apakah kesannya  jurang kuasa terhadap fungsi sesebuah organisasi?

Contohnya, pihak atasan tidak menerima sebarang maklumat dan percaya bahawa tidak perlu melakukan sebarang perubahan dan pihak pertengahan pula tidak menyumbang fikiran untuk penambahbaikan.

Adalah sukar untuk membuat pembaharuan atau inovasi dalam keadaan ini. Walaupun ini adalah generalisasi.

Dalam setiap budaya  masyarakat, terdapat personaliti, latar belakang, dan pengalaman yang berbeza. Dan setiap kali ditanya samada jurang kuasa berlaku di dalam sesebuah organisasi, saya sentiasa mendapat jawapan “ya”.

Jika sebuah organisasi telah disemai budaya “pak angguk, pak turut”, secara tidak langsung organisasi telah mencipta masyarakat yang takut atau malas untuk bersuara atau hanya berdiam dan mengumpul cek gaji mereka.

Persekitaran tempat kerja dan pemimpin yang tidak bersedia menerima bantahan, kritikan, bangkangan dan kolaborasi kerjasama, akan terperangkap dalam risiko penuh azab.

Barry Rand dari Xerox berkata, “Jika anda mempunyai ‘pak angguk dan pak turut’ yang bekerja untuk anda, salah seorang daripada anda adalah luwah atau tidak diperlukan.” Kepimpinan yang baik menggalakkan evolusi dan pembangunan untuk semua .

Jadi jika anda berasa seperti banyak perkara yang terlalu mudah di tempat kerja atau anda sentiasa mendapat apa yang anda mahu dengan seberapa segera seperti yang anda inginkan.

Tentunya tiada persoalan, namun ia adalah masa untuk mula memikirkan: adakah organisasi anda memang benar berjalan lancar atau anda dikelilingi dengan pak angguk, pak turut?

Bukti sudah tentu pada apakah dalam visi pemikiran kakitangan anda terhadap kepimpinan anda dan prestasi pencapaian organisasi anda.

Adakah anda pernah menyumbat pakaian anda di dalam almari anda kerana ibu bapa anda berkata, “Bersihkan bilik anda?”

Anda seperti mengikuti arahan tetapi tidak sebenarnya. Bilik anda kelihatan bersih tetapi anda telah menimbun sampah tersembunyi di suatu tempat. Senario di tempat kerja juga sama dan sering kali membebalkan.

Penyelidik di University College London dan Université libre de Bruxelles di Belgium percaya adalah lebih mudah untuk menurut arahan, kerana seseorang itu akan kurang kebimbangannya akibat daripada tindakan mereka.

Pak angguk pak turut biasanya terlepas daripada tindakan apabila mereka diarah, walaupun mereka adalah orang yang sepatutnya menjalankan tugas.

Penyelidik mendapati bahawa orang akan menjadi lebih pasif apabila diarah. Mereka hanya akan melakukan kerja  mengikut apa yang diarah sahaja.

Ini tidak menjadikan sesiapa sahaja tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka namun sebagai manusia dan mengetahui apa yang kita tahu, adalah menjadi keperluan agar seorang  pemimpin sedar akan pengaruh mereka dan berasa bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang mencabar.

Bukan demi perbezaan pendapat, tetapi untuk mendapatkan hasil idea dan visi dan membawa pengikut dan organisasi anda bersama-sama untuk perkara yang lebih besar.

*Azizi Ahmad adalah seorang pendidik. The Malaymail Online Projek MMO Pendapat Sunday October 9, 2016 4:33 PM GMT+8

Posts from This Journal by “yes-man” Tag

  • Hentikan Budaya “Ya Tuan, Ya Puan”

    Dimana saja anda bekerja atau berkhidmat, anda pasti akan bertemu, berjumpa dan mungkin bekerja dengan sebilangan rakan sekerja yang bersikap ‘…

  • Being yes-men is a no-no

    IN my experience working in the human resources field with local as well as multinational organisations, I am always astonished each time I see…

  • It doesn't pay to be a 'yes' man

    It’s the squeaky wheel that gets the oil... and a fatter pay cheque, especially in today’s work environment, learns AUDREY VIJAINDREN…

Latest Month

October 2017
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow