?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Tajuk ‘Pelajar IPT rasuah pensyarah untuk naik gred, lulus’ BH, 23 Okt 2016 menarik minat saya menulis tentang perkara ini.

Mana-mana insan yang bergelar pendidik akan berasa gembira apabila digelar sebagai  pendidik berstatus 'A ' yang bermaksud ' tiada siapa diantara pelajarnya  yang gagal dan semua pelajar akan  mendapat skoran 85 atau lebih  ' di dalam kelas beliau’.

Kebanyakan  pendidik akan  meluluskan  pelajarnya dan tentunya tidak mahu dinilai tidak baik dalam  penilaian  prestasi tahunan mereka pada setiap akhir tahun.



Sumber: Berita Harian Interaktif E-Mel Pembaca  27 Oktober 2016

Walau dalam  mana keadaan sekali pun, pendidik dan guru mengakui dan faham  akan  realiti mengenai berkembang  penilaian dan pentaksiran: markah skoran dan gred yang diberikan oleh anda adalah  merupakan maklumat mengenai anda. Mana-mana usaha merubah maklumat, ianya  tidak syak lagi akan mempengaruhi anda dan pelajar anda.

Untuk meluluskan pelajar yang tidak memenuhi keperluan  markah dan gred atau tidak mencapai tahap di dalam  kuiz, ujian , kerja rumah , tugasan , peperiksaan dan sebagainya adalah perkara yang  paling  hebat pendidik  boleh lakukan.

Meluluskan kegagalan adalah perkara yang paling teruk pendidik boleh lakukan.  Menukar atau  merubah markah dan gred adalah komitmen yang paling melemahkan .

Sering juga rakan kumpulan penilai akan berkata “jangan susah-susah, luluskan sahaja mereka, senang dan mudah kerja kita nanti.”

Kita tidak boleh mencadangkan untuk mendakwa dan  mengambil tindakan jenayah terhadap mereka yang ‘sering merubah  gred’.

Alangkah baiknya jika anda yang biasanya menukar dan mengubahkan  gred dan markah pelajar tidak lagi berbuat demikian  kerana ianya akan menyerlahkan pembangunan profesional anda.


Gred dan markah yang anda berikan adalah data maklumat anda. Kebolehan dan kemahiran mengajar yang ada pada anda tidak akan  meningkat tahapnya jika sering di perhatikan dan di ganggu oleh mereka yang asyik mencari kekurangan dan kelemahan anda.

Hanya anda sendiri yang mampu ‘mencipta’ diri anda dan arah tuju anda bergantung kepada tugas dan usaha anda mengekal penilaian yang anda jalankan dan menggunakannya sebagai objektif penanda aras   jangka pendek atau jangka panjang , mengukur dan menganalisa setiap usaha dan mencipta strategi yang bersesuaian.

Anda tidak perlu menukar sebarang keputusan yang telah anda buat atau berikan,

Jika pelajar gagal dalam usaha mereka, gunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk membantu anda mempelbagaikan strategi untuk hasilan pelbagaian. Tiada orang yang lebih tahu mengenai pelajar anda melainkan anda sendiri.

Ketidak jujuran membuat pelaporan mengenai pencapaian pelajar adalah  dikesali memandangkan pelaporan yang ‘tidak benar’ adalah salah dan memberi kesan terhadap pembangunan dan perkembangan profesional pelajar. Jika amalan tidak baik ini tidak dihentikan ianya akan menjadi ‘titik hitam’ dalam senario pendidikan kita.

Ya benar, pelajar dikatakan ‘lulus’ dalam pelajaran  mereka tetapi hakikat sebenarnya mereka gagal dalam pentaksiran berpusat dan juga realiti kehidupan.

Kita sering menghalalkan yang haram tetapi ianya tentu tidak memberi kesan  yang berat kepada yang tidak berkenaan. Tetapi dengan menukar atau mengubah gred pencapaian pelajar agar mereka lulus secara tidak sepatutnya akan menukar senario pendidikan secara keseluruhan. Kita mengubah atau ‘menipu’ tentang gred pencapaian dan bagaimanakah kita dapat mencorakkan  atau menyelesaikan permasalahan sistem pendidikan kita?

Comments

Latest Month

December 2017
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow