?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Belajarlah sesuatu dari 'juara'

Semua ahli sukan yang hebat mempunyai ciri tertentu yang sama. Malah, bintang handalan dalam mana bidang atau disiplin mempunyai penetapan rangkaian standard yang tinggi, komitmen untuk kecemerlangan, dedikasi, etika kerja yang teguh,  rintangan dan kesukaran dalam laluan kerjaya mereka.  Namun mereka tetap mengatasi kesukaran dan terus menghadapi cabaran.

Dalam mana keadaan sekali pun kebanyakan juara atau pasukan juara akan kekal tenang, menyerap dan mengimbangi tekanan walau dibawah tekanan atau kesukaran  yang melampau.  Mereka tidak panik, kekal memberi tumpuan, dan tetap unggul. Mereka kekal positif dan bertindak dengan yakin untuk menangani tekanan.



Sumber: Berita Harian Ultras Sekilas Pandang 13 November 2016 Muka Surat 14

Ahli sukan yang unggul percaya dan yakin dengan kebolehan, keupayaan dan kemampuan mereka sendiri. Mereka terus mengekalkan keyakinan walau dibawah tekanan atau ketika aksi mereka tidak menjadi. Mereka mengingatkan diri mereka bahawa mereka pernah mengalami perlawanan yang lebih teruk dari apa yang sedang mereka hadapi kini.


Ahli sukan yang bergelar juara akan berjuang habis-habisan dan tidak akan menyerah kalah. Secara berterusan mereka akan mencari cara dan kaedah untuk memenangi dan akan mencuba beberapa taktik yang akan memihak kepada mereka. Mereka akan terus percaya tentunya ada cara untuk memenangi perlawanan dan mereka hanya perlu mencuba menemukannya.


Ahli sukan yang hebat mempunyai kemahiran dan kemampuan mengawal, mengatur dan menyusun tempo perlawanan. Mereka tahu bila untuk memperlahankan atau mematikan perlawanan. Kemampuan untuk mengawal rentak untuk membolehkan mereka berihat dari meletihkan diri adalah satu aset. Pengalaman membolehkan mereka meneruskan dan merencanakan setiap perlawanan.


Ahli sukan yang bijak mempunyai kesedaran dan kemampuan mengawal keadaan, apa yang mereka boleh tentukan dan apa yang di luar kawalan mereka. Mereka memberi tumpuan hanya pada perkara dalam kawalan atau pengaruh mereka dan melepaskan yang lain


Ahli sukan yang peka mengenali diri mereka dengan baik. Mereka memahami apa yang mereka perlu lakukan untuk prestasi yang baik. Mereka tahu detik yang sesuai untuk bertindak dan membuat pelarasan yang diperlukan. Mereka tahu mengawal diri, fikiran dan emosi mereka.


Ahli sukan yang berkebolehan mampu menyerap pengalaman dengan pantas. Mereka bersedia belajar dari setiap pengalaman, baik atau buruk. Mereka mendapatkan maklum balas daripada orang lain dan akan cuba untuk menyemai teknik dan kaedah baru ke dalam permainan mereka. Mereka melihat apa yang perlu ditingkatkan untuk menang.


Ahli sukan yang bersemangat akan mendapatkan bantuan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Mereka membentuk perkongsian usaha sama dengan orang yang boleh membantu mereka. Mereka menghargai seni dan sains kejurulatihan dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada program latihan mereka.


Ahli sukan yang beretika  tahu bahawa bekerja dan berusaha keras membawa kepada keyakinan dan kepercayaan bahawa mereka layak untuk menang kerana mereka telah berusaha. Mereka tahu bahawa kerja dan usaha keras melenyapkan keraguan diri dan kekurangan tindakan. Mereka tahu berlatih tidak semestinya  sempurna namun amalan akan membuatnya kekal. Hanya amalan yang sesuai akan menjadikannya sempurna .


Ahli sukan yang ingin menjuarai pertandingan perlu impian yang tinggi dan mereka menyemainya dalam diri sendiri untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka perlu berada di landasan yang betul walaupun sukar. Mereka terus mengingatkan diri mereka akan matlamat mereka dan menyesuaikan matlamat unyuk dipenuhi. Mereka membuat komitmen untuk berlatih walaupun apa yang berlaku.


Seorang juara mempunyai kawalan ke atas diri sendiri namun belum tentu boleh mengawal aspek tertentu persembahan mereka. Mereka tahu faktor apa diluar kawalan mereka dan tahu apa yang perlu ditinggalkan. Mereka tentuya telah mengamalkan penambahbaikan yang berterusan lama sebelum ia menjadi topik yang hangat diperkatakan.


Mereka belajar dengan baik dari diri mereka sendiri, dari orang di sekeliling mereka dan dari persekitaran mereka. Mereka meraih kemenangan, persaingan dan mencapai potensi mereka sebagai atlet dan sebagai seorang insan. Kita boleh belajar daripada mereka.

Berita-Harian-logo-Vector-720x340.jpg
Azizi Ahmad Berita Harian Ultras Sekilas Pandang 13 Nov 2016

Tags:

Posts from This Journal by “sukan” Tag

  • Haruskah jurulatih bola pergi?

    15 NOVEMBER — “Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan…

  • Gimnas penyumbang utama emas

    MALAYSIA menamatkan te­masya 2005 dengan meraih 61 emas untuk menduduki tempat keempat ke­seluruhan yang merupakan pencapaian terbaik di…

  • Nazmizan tamatkan penantian

    SELEPAS kali terakhir G. Rajalingam membolot emas 100 dan 200 meter dalam Sukan SEAP Bangkok 1967, kejayaan itu diulangi oleh pelari tinggi lampai…

Latest Month

November 2017
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow