?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kenyataan Dr Zuwati Hasim (12 Sep 2016) mengenai  “pelaksanaan PBS ketika ini sudah berada di landasan tepat namun masih memerlukan penambahbaikan serta pemurnian merangkumi pelbagai aspek seperti pengetahuan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan.”  perlu diambil kira.

Beliau juga menyatakan tentang “, pendedahan dan pengetahuan konsep sebenar terhadap penilaian formatif berbanding penilaian sumatif masih kurang dalam kalangan golongan pelaksanaan dan ini perlu diperbaiki.” dan perlunya autonomi dalam pemilihan kaedah penilaian mengikut keperluan pembelajaran.


Sumber: Berita Harian Interaktif E-Mel Pembaca 18 Nov 2016

Saya bersetuju dengan kenyataan beliau, namun sistem pendidikan dan persekolahan Malaysia masih lagi ditakuk perlahan dan lambat berubah.

Sebagai sebahagian daripada model pembelajaran persekolahan terkini, proses pentaksiran oleh guru-guru turut berubah. Murid sentiasa berusaha untuk menguasai hasil pembelajaran.

Setelah murid di dapati mencapai hasil pembelajaran  yang ditetapkan,  guru akan merekodkan pencapaian  dan murid akan meneruskan ke hasil pembelajaran lain.

Pentaksiran di dalam bilik darjah oleh guru melibatkan pemerhatian dan penentuan samada murid boleh menunjukkan dan membuktikan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru juga hanya akan di laksanakan mungkin dalam tahun 2017, walhal ‘pentaksiran’ adalah salah satu matapelajaran penting dalam dunia pendidikan.

Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Aktiviti bilik darjah direka untuk memberikan pelajar  peluang untuk mencapai hasil.

Menjalankan kuiz atau ujian tradisional , pembentangan, perbincangan lisan, projek dan eksperimen adalah beberapa cara lain murid dapat menunjukkan kebolehan mereka.

Guru akan menghabiskan sejumlah besar masa mereka, membina aktiviti dan memerhatikan murid melaksanakan aktiviti yang telah dibina.

Melalui proses pemerhatian,  guru akan dapat menyediakan bukti dan memutuskan samada murid telah mencapai hasil pembelajaran atau tidak.

Pelaporan juga turut berubah,  hanya  laporan hasil yang telah dicapai dan yang perlu dihabiskan akan dimaklumkan.

Murid dan ibu bapa tidak lagi diberi markah namun murid perlu menghasilkan bukti dan menunjukkan prestasi pencaaian dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.

Bilangan  hasil pembelajaran juga berbeza diantara subjek atau topik mata pelajaran dan ada subjek mempunyai lebih hasil pembelajaran daripada yang lain.

Pada setiap laporan murid akan menerima laporan gred,  yang menunjukkan bilangan hasil pembelajaran yang diperolehi dan dicapai berbanding bilangan jangkaan.

Walaupun adanya jangkaan bagi setiap tempoh pelaporan, tahap yang paling penting berhubung  pencapaian murid  dapat dilihat secara keseluruhan  pada hujung tahun apabila pelajar boleh melihat semua hasil yang mereka telah capai.

Dengan pelaporan pencapaian yang berterusan dari tahun ke tahun, murid akan bergerak ke gred selanjutnya bersama kumpulan umur mengikut  tahun pencapaian setiap subjek.

Sesuatu yang pasti, pelaksanaan PBS di sekolah masih lagi perlahan dan perlu diperkemaskan dan dimantapkan.

Pasukan Pembelajaran Sokongan perlulah aktif di semua peringkat sekolah, membantu murid yang ketinggalan mengikut kumpulan umur mereka dari segi pencapaian yang diperolehi.

Namun, para pendidik sendiri masih tidak dapat melaksanakan PBS dengan baik memandangkan kekangan aspek  pengetahuan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan dan tiada kuasa autonomi yang diberikan kepada mereka.

Kerap juga disarankan dan dimaklumkan supaya tidak menjadikan sekolah sebagai bahan uji kaji dan menjadikan pendidikan sebagai produk perniagaan kepada mana-mana pihak untuk mengaut keuntungan seperti yang telah berlaku dalam isu 1Bestarinet atau PPSMI dan lain-lain program intelektual pegawai-pegawai kementerian.

Hasrat untuk menglibatkan ibubapa dan PIBG juga  turut tidak kesampaian kerana pemikiran dan mentaliti yang agak ketinggalan.

Berita-Harian-logo-Vector-720x340.jpgAzizi Ahmad, Segambut Luar, Kuala lumpur 18 Nov 2016

Posts from This Journal by “pbs” Tag

Latest Month

November 2017
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow