?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Ramai yang masih menyalahertikan antara rendah hati dan rendah diri. Kedua-dua hal ini bersikap merendah dan tidak menunjukkan sikap sombong dan egois, tetapi perbezaannya adalah pada persepsi yang ada di fikiran dan juga sikap yang ditunjukkan.

Merendah diri adalah sikap negatif diri sendiri dan meremehkan kemampuan sendiri.

Merendahkan diri (tawadhu’) adalah sifat yang sangat terpuji di hadapan Allah dan juga di hadapan seluruh makhluk-Nya. Setiap orang mencintai sifat ini sebagaimana Allah dan Rasul-Nya mencintainya. Sifat terpuji ini mencakup dan mengandung banyak sifat terpuji lainnya.



Rendah hati adalah sikap yang paling manis bila diterapkan dalam kehidupan. Sikap ini menunjukan peribadi yang baik, ramah, dan jauh dari kesombongan.

Rendah hati adalah sikap tidak terlalu menonjolkan diri, tahu kekurangan diri dan lebih menghargai orang lain.

Tetapi sayangnya di zaman sekarang ini jarang sekali orang yang memiliki kerendahan hati. Lalu, apa yang harus kita lakukan agar kita dapat bersikap rendah hati?

Jika anda berkerja di kampus yang dipenuhi oleh ilmuwan, anda akan mendapati ramai dari mereka yang intelek adalah dari kalangan yang mempunyai misi untuk terus belajar, berkeinginan untuk lebih tahu dari mengejar kedudukan dan jawatan,

Individu yang merendah diri biasanya dikritik dengan kenyataan yang tidak menggalakkan. Individu yang merendah pula dikaitkan dengan pasif, jinak atau goyah, namun adakah ini benar ?

Mereka yang  rendah hati sebenarnya  dan mampu berusaha untuk diri sendiri dan mampu membantu mereka yang memerlukan, dan mereka tidak terdorong untuk bermegah, dan bertindaklah lebih dari bercakap. Merendah diri bukanlah untuk berfikir akan kekurangan diri sendiri, tetapi untuk memikirkan apa yang kurang dari diri.

Mereka yang biasanya dalam golongan rendah diri dan rendah hati akan sedar akan keadaan semasa, mengekalkan silaturrahim, memudahkan membuat keputusan,  tidak mementingkan diri sendiri, mendengar, berhati-hati, bersedia, memiliki kelebihan fikiran.

Memahami sesuatu keadaan adalah fungsi kecerdasan emosi kerana kita tahu siapa diri kita, kumpulan,  dan setiap tindakan dinamik sosial di dalamnya. Oleh itu, mereka yang peka dan  sedar akan sesuatu keadaan akan cuba untuk menyerap (iaitu belajar) lebih lanjut mengenai sesuatu keadaan.

Kajian mendapati mereka yang merendah diri  akan sentiasa membantu rakan yang memerlukan pertolongan berbanding mereka  yang bersifat sombong dan angkuh.  Ia akan mengekalkan hubungan personal dan menguatkan ikatan profesional .

Kajian juga menunjukkan , organisasi  yang  mempunyai ketua Jabatan yang merendah diri akan dapat mengekal kan jumlah tenaga kerja.

Mereka yang merendah diri seringkali akan mendahulukan keperluan orang lain, apabila berhadapan dengan keputusan yang sukar, biasanya mereka akan menghormati tatacara moral dan etika yang mempengaruhi keputusan berdasarkan persetujuan bersama. Mereka memudahkan sesuatu keputusan yang sukar.

Mereka yang merendah diri tahu akan harga diri, dan berasakan tidak perlu untuk menonjolkan kebolehan, kemahiran dan kelayakan mereka. Mereka tahu orang tidak akan peduli tentang apa yang mereka tahu sehinggalah mereka tahu betapa mereka diutamakan dengan sebaiknya.

Mereka yang rendah hati suka belajar dan mencari ilmu kerana mereka sedar bahawa mereka tidak mempunyai semua jawapan. Mereka memperolehi dari pengalaman orang lain dan mengidamkan lebih banyak peluang untuk belajar.

Kerendahan hati adalah kunci sebenar kepada kejayaan. Mereka yang telah berjaya akan kehilangan arah pada suatu ketika dan sering lupa apabila mereka sudah berjaya.

Merendah diri akan menghentikan keangkuhan dan kealpaan dalam diri. Orang yang rendah hati berkongsi kejayaan dan kekayaan, sentiasa fokus dan dahagakan kejayaan. - Rick Pitino

Latest Month

December 2017
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow