?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Peranan besar ibubapa lahirkan jaguh sukan

Menjadi jaguh dunia dalam mana-mana permainan atau sukan kini menjadi perbualan harian.

Atlit yang sempurna sifat hanya mampu meraih perak sementara atlit ‘kurang upaya’yang mendapat ‘emas’.

Walaupun dikatakan tidak sama pencapaian namun untuk mendapat ‘emas’ dalam sebarang kejohanan peringkat tertinggi, tidak boleh ditolak dan dinafikan.

Mereka turut mewakili negara, mengibar bendera yang sama, mengharumkan nama negara dimata dunia, menewaskan ahli sukan profesional dari sudut pencapaian.

Penglibatan dan pengaruh ibubapa dalam memberi sokongan turut memberi  kesan dalam pencapaian mereka.

Kajian juga menunjukkan pentingnya penglibatan dan pendedahan awal serta sokongan ibubapa keatas anak mereka terutama membeli dan menyediakan peralatan sukan dan menemani anak mereka ke pertandingan.

Bukti juga menunjukkan ibubapa yang bersukan akan membenarkan anak mereka untuk mengambil bahagian dalam sukan dan anak-anak yang ibubapa mereka  pernah meraih kejayaan akan turut mengulangi kejayaan.

Atlit juga mengakui bahawa sokongan keluarga dan kedudukan tempat latihan turut menyumbang  kepada sesuatu kejayaan.

Kebanyakkan ibubapa tidak memberi sokongan atau tidak mampu menyediakan sokongan  membina kerana tidak berminat atau kurang pengetahuan tentang sukan dan permainan.

Ada juga ibubapa yang keterlaluan dan fanatik terhadap karier sukan anak mereka. Ibubapa yang mendesak akan mengalakkan anak mereka untuk memberi tumpuan terhadap satu jenis sukan sejak dari awal lagi.

Jika diuruskan dengan baik, kemahiran awal adalah sesuatu yang baik; ibubapa yang mendesak akan memberikan tekanan kepada anak mereka untuk memenangi kejohanan , meletakkan harapan yang tidak realistik dan boleh menjadi terlebih kritikal seperti yang berlaku keatas Tiger Woods dan Williams bersaudara.

Penyelidik juga menyarankan agar anak-anak untuk mencuba dahulu jenis-jenis sukan sebelum memilih sukan yang diminati bagi mengelak ‘tekanan’. Sebagai contoh, Andy Murray memilih tenis selepas bolasepak dan Usain Bolt memilih olahraga selepas kriket.

Sebaik sahaja atlit membina kejayaan, keluarga biasanya terpaksa mengorbankan emosi, kewangan dan masa serta tenaga.

Kajian mendedahkan bahawa sembilan dari 10 ibubapa mengakui bahawa ‘kewangan’ merupakan faktor utama dalam pemilihan jenis sukan untuk anak mereka. Bolasepak merupakan sukan yang paling mampu di biayai.

Ada juga ibubapa yang mengorbankan dan ‘menggadaikan’ harta untuk membiayai perbelanjaan.

Samada disedari atau tidak, tindakan ibubapa sedemikian membina iklim motivasi buat anak dengan  memberi keutamaan kepada pencapaian atau hasil yang bermakna.

Kemenangan merupakan ciri  utama dalam sukan tetapi kajian menunjukkan bahawa tumpuan pada perkembangan peribadi adalah lebih berkesan. Ibubapa perlu memberi tumpuan kepada proses perkembangan, seperti usaha dan sikap bukannya keputusan.

Ahli psikologi telah mendapati bahawa pada umumnya kanak-kanak yang ibu bapa yang terlalu memberi tekanan akan  menyebabkan kekecewaan, kebimbangan dan kecenderungan untuk bersara dari bermain.

Kanak-kanak yang ibubapa menggalakkan mereka untuk memberi tumpuan kepada usaha mereka sendiri menunjukkan lebih kesejahteraan dan kemampuan diri  sendiri.

Ibubapa yang yang menjana persekitaran yang positif dengan menekankan bahawa kejayaan bukanlah kepada gelaran dunia atau Olimpik tetapi, "siapa anda dan semangat anda”.

Ibubapa juga harus memberi  pandangan tentang usaha, sikap dan menyediakan sokongan moral.  Anak-anak mahu diterima sebagai “‘mereka yang seadanya”.

Kajian juga menunjukkan kualiti penglibatan adalah lebih penting dari kuantiti.

Biarlah menjadi tugas jurulatih untuk menawarkan nasihat teknikal dan ibu bapa membantu menyediakan dan membantu membekalkan, urusan perjalanan, kewangan dan sokongan emosi.

Tags:

Posts from This Journal by “sukan” Tag

Comments

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow