?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Guna media sosial di pejabat tidak salah

Saudara Pengarang,

Tulisan MICHELLE ONG, Pengurus Fortinet Malaysia tentang ‘Jangan sekat penggunaan media sosial di pejabat’  8 Mac 2017 perlu diberi perhatian.

Tidak dinafikan peningkatan penggunaan sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain rangkaian sosial media ketika hari bekerja dan masa waktu pejabat bukanlah sesuatu laporan yang dicipta atau direka.

Bukan semua penggunaan sosial media adalah tentang urusan peribadi tetapi adalah mengenai kaitan dengan urusan pekerjaan.

Kajian oleh Pew Research Center, mendapati 34 peratus dari kakitangan berbuat demikian bagi ‘merihatkan minda’ dan 27 peratus  lagi menghubungi keluarga dan rakan sekerja.



Baki peratusan yang dicatatkan adalah merupakan urusan dan tugas dipejabat.  Kajian juga mendapati, 24 peratus yang menggunakan media sosial disebabkan ‘terpaksa’ menyokong perhubungan profesional, dan 20 peratus penggunaan adalah bertujuan mendapatkan maklumat dengan cepat bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja.

Secara keseluruhan,34 peratus dari kakitangan yang bertugas menggunakan media sosial bagi tujuan berkaitan dengan tugas kerja.

Lain-lain alasan yang popular diberikan tentang penggunaan media sosial ditempat kerja adalah: untuk mengenali lebih dekat tentang rakan sekerja, membina hubungan personal sesame rakan sekerja, dan mendapatkan maklumbalas dari organisasi luar berkaitan tugasan kerja.

Namun,penggunaan media sosial untuk mengenali lebih lanjut tentang rakan sekerja bukanlah sesuatu yang positif.  Kajian mendapati, 16 peratus dari kakitangan yang mendapatkan maklumat melalui media sosial mendapati pandangan profesional mengenai rakan yang dihasratkan adalah tidak memuaskan. Hanya 14 peratus mendapati makluman yang ingin diketahui meningkatkan persepsi terhadap rakan yang dimaksudkan.

Facebook merupakan media sosial popular yang digunakan bagi tujuan berkaitan kerja (19%), LinkedIn (14%) dan Twitter (3%). DI Malaysia, rasanya WhatsApp menjadi keutamaan, walaupun isu ini pernah dibangkitkan sehingga di Parlimen (terutama bagi perkhidmatan awam), memandangkan kakaitangan awam seharusnya menggunak media Outlook IGOVUC.

Walaupun didapati ada kakitangan yang tidak mahu dan bersetuju denggan penggunaan media sosial dalam urusan kerja pejabat kerana adalah jelas bahawasanya media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter , WhatsApp dan lain-lain adalah ‘medial sosial’ BUKAN ‘media kerja’.

Bagi kakitangan awam, arahan telah dikeluarkan bahawasanya semua urusan berkaitan penggunaan media adalah dengan menggunakan 1GOVUC dan juga Portal-Portal Kerajaan Malaysia  untuk urusan berkaitan kerja dan perkhidmatan, namun masih ada kakitangan awam yang kononnya ‘terlebih maju’ mengesa penggunan ‘media sosial’ dalam urusan perkhidmatan kerja.

Dapatan juga mendapati bahawasanya , untuk penggunaan media sosial kebanyakkannya menggunakan akaun persendirian (pengguna membayar perkhidmatan ke Telekom, Celcom, Digi, Maxis dan lain-lain) dan bukannya dibayar oleh pihak pejabat, maka tidak harus pengguna dipaksa rela untuk bersetuju dengan penggunaan media sosial untuk urusan kerja. Untuk ‘bersosial’ memang saya sendiri pun setuju.

Ramai juga mendapati penggunaan media sosial  untuk tujuan tugasan kerja dipejabat mengganggu dan menghilangkan tumpuan mereka.

Dalam hal ini, produktiviti bukan diukur melalui masa kakitangan menghabiskan masa berhubung dengan aktiviti bukan tugasan kerja. Ia adalah mengukur hasil kerja (output).

Walaupun dikatakan penggunaan media sosial boleh meningkatkan produktiviti kakitangan bertugas, namun jika kakitangan asyik dengan melayari YouTube atau ber’chatting’ di WhatsApp tanpa kesudahan, adakah tugasan kerja mereka siap dan selesai, menetapi masa dan mencapai tahap kualiti yang dihasratkan?

Dimana sahaja anda bekerja, pasti akan ada kakitangan anda yang ‘membuang masa’. Sejak sebelum komputer diperkenalkan atau digunakan memang tidak dinafikan perkara ini berlaku. Permasalahan ini adalah isu pengurusan, bukan isu teknologi.

Pentadbir hendaklah bijak mengurus dan mentadbir permasalahan ini kecuali mereka yang benar-benar tahu dan mahir menggunakan media sosial dalam peningkatan produktiviti.

Perlu diingatkan juga, isu mengenai produktiviti juga telah dibangkitkan ketika penggunaan telefon dan e-mel adalah popular.


um_20161214_113320_1_p.jpg
Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 15 March 2017

Posts from This Journal by “media” Tag

Latest Month

October 2017
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow