?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Kronisme boleh melumpuhkan institusi

Tulisan Prof Madya Dr Saodah Abd Rahman mengenai “Hindari kronisme dalam kepimpinan” (UM, 31 Mac, 2017) perlu diberi perhatian lagi walaupun kerap disuarakan.

Realiti dalam dunia masa kini adalah perebutan kuasa, jawatan dan kedudukan antara mereka yang berkhidmat atau bertugas ditempat kerja lebih menjurus kepada kepentingan peribadi daripada melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang berwibawa.

Mereka  yang dilantik atau dipilih menerajui kepimpinan dalam sesesuatu organisasi bertanggungjawab memastikan rakan sekerja gembira dan produktif dalam melaksanakan tugas dan kerja yang diberikan.

Saya berpendapat bukan ‘kronisme’ sahaja yang menjejaskan keharmonian ditempat kerja, amalan ‘favoritism’, nepotisme dan patronage juga perlu diberi perhatian yang serius.

Matlamat ‘membahagiakan’ suasana ditempat kerja tidak akan tercapai jika amalan ‘pilih kasih’ (favoritism), kelebihan atau berat sebelah kepada rakan (kronisme) ,  mengutamakan kaum kerabat atau keluarga (nepotisme) dan kelebihan naungan politik (patronage) tidak di banteras.

Pilih kasih biasanya berlaku apabila pihak pengurusan  organisasi memihak kepada seseorang bukan kerana dia melakukan pekerjaan dengan baik  tetapi atas sebab-sebab perhubungan di luar prestasi kerja.

Sebagai contoh, pihak pengurusan menawarkan tugasan atau kerja kepada mereka yang tidak layak tetapi mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak pengurusan. Ini turut membabitkan penganugerahan cemerlang kepada mereka yang baru saja berkhidmat berbanding mereka yang telah lama menyumbang tenaga.

Sering kali, pilih kasih berlaku apabila mereka yang dipilih merupakan kakitangan yang mengangguk dan merupakan ‘yes man’  dalam apa sahaja yang tugasan yang diberikan.

Satu lagi bentuk pilih kasih ialah nepotisme. Perkataan ‘nepostisme’ dikatakan berasal dari bahasa Itali iaitu “nipote’ yang bermaksud ‘ahli keluarga”.

Ia juga membawa maksud memberi keutamaan kepada ahli keluarga.

Dalam urusan kerja, ahli keluarga diberi peluang  keutamaan untuk mendapat jawatan dan kedudukan, peluang kenaikan pangkat  semata-mata kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga.

Sama ada pilih kasih atau nepotisme berlaku di tempat kerja, kesannya adalah ia membawa kepada beberapa keputusan negatif, seperti:

Melemahkan semangat kakitangan kerana mereka tahu ketidak adilan berlaku. Ia melemahkan semangat dan moral organisasi kerana dengan berlakunya pilih kasih di tempat kerja, ia membawa maksud bahawa tidak kira apa yang anda lakukan, usaha anda tidak akan diberi ganjaran kerana anda bukanlah salah seorang yang disukai oleh pihak pengurusan.

Timbul rasa tidak puas hati dan kebencian terhadap pihak pengurusan dan individu terbabit kerana para kakitangan merasakan ketidak adilan berlaku kerana pihak pengurusan telah memihak kepada individu yang tidak layak dan kerana individu tersebut juga  telah turut mengambil kesempatan terhadap situasi terbabit.

Apabila rasa tidak puas hati dan kebencian mencapai suatu tahap tertentu, organisasi mungkin berisiko kehilangan beberapa pekerja berpotensi cemerlang yang tentunya tidak akan menyumbang secara positif kerana tahu bahawa usaha mereka tidak dihargai.

Pastinya sesuatu potensi dikatakan terabai. Apabila pihak pengurusan dengan sengaja memberi muka dan kelebihan kepada individu tertentu pastinya organisasi akan kehilangan bakat dan kemahiran yang lain untuk diketengahkan. Ini membawa kepada melantik seseorang yang tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih daripada seseorang yang bersedia dan mampu untuk mengambil cabaran.

Perkembangan dan pertumbuhan organisasi juga terbantut. Apabila semangat berpasukan menurun, kemarahan yang semakin meningkat, dan potensi sesorang tidak diberi perhatian, tindakan pihak organisai yang tidak adil akan menjejaskan prestasi  organisasi secara keseluruhan dengan membantut perkembangan dan  pertumbuhan prestasi kakitangan.  Kakitangan yang berpotensi baik dan hebat akan mendiamkan diri atau beralih kepada tugasan yang lain.

Implikasi undang-undang juga mungkin tidak kurang pentingnya, amalan pilih kasih boleh membawa kepada tindakan undang-undang jika seseorang pekerja merasakan bahawa dia telah didiskriminasi atau dipaksa untuk bekerja dalam persekitaran yang tidak mesra atau seolah bermusuhan.

Bagi mengelak dari rasa ketidakpuasan hati dan berlaku adil, eloknya pihak pengurusan:

Menerapkan dan merangsang profesionalisme terutama kepada pihak pengurusan sendiri. Amalan pilih kasih adalah satu perlakuan yang tidak profesional. Langkah pertama untuk mengelakkannya  adalah untuk merangsang dan menggalakkan profesionalisme dalam organisasi anda.

Pihak pengurusan perlu cermin diri dan tidak mengamalkan pilih kasih dengan mewujudkan persekitaran yang profesional yang aktif dengan tidak menggalakkan sebarang  jenis perlakuan yang tidak adil. Walaupun sukar tetapi itulah hakikatnya.

Mendidik dan memberi latihan terutama kepada pihak pengurusan dan kakitangan adalah satu lagi cara untuk membantu mengelakkan pilih kasih dalam tempat kerja anda.

Menawarkan sesi latihan mengenai  ‘amalan pilih kasih’, mengapa ia memudaratkan, dan apa yang pekerja perlu lakukan jika ianya berlaku ditempat kerja mungkin membantu. Jika semua kakitangan  jelas mengenai apa yang dimaksudkan dan tatacara membuat laporan dan aduan yang jujur, telus dan ikhlas, mereka akan lebih cenderung untuk melaporkan jika mereka melihatnya berlaku.

Namun, yang pasti saluran aduan sedia ada tidak menunjukkan keadaan yang sebenar. Siapa yang membuat aduan, orang itu pula yang diambil tindakan.

Adalah penting untuk kakitangan tahu bahawa mereka mempunyai tempat dan saluran  khusus maupun terbuka untuk melaporkan amalan pilih kasih secara rahsia dan sulit. Amalan pilih kasih  adalah tidak menyenangkan dan adalah berbahaya.

Jika anda mendapati bahawa amalan pilih kasih sedang berlaku dalam organisasi anda, perkara yang paling penting adalah untuk memastikan ia tidak berterusan.

Ia mungkin sesuatu situasi yang dipandang sebelah mata, tetapi jika dibiarkan berterusan ia akan menimbulkan dan menjadi kerosakan yang rumit untuk diabaikan.

Jika ada tahu salah seorang daripada anda ada membuat laporan atau aduan mengenai amalan pilih kasih, jangan abaikannya.

Kumpulkan dan sediakan  fakta dan bawalah kemuka pengadilan.


Azizi Ahmad Segambut Luar Kuala Lumpur Utusan Malaysia Forum 05  Mei 2017

 

Tags:

Posts from This Journal by “writing” Tag

  • Get creative with STEM education

    I read with interest on ‘Ministry: STEM transformation plan to be completed soon. ‘(6 July 2017) The article also stated that ‘a…

  • Bullying bosses belittle staff

    THERE is a lot of discussion about bullying, therefore, we should also highlight workplace bullying. In education, workplace bullying centres around…

  • Teaching, learning tool

    Tutorial is an important teaching-learning tool. It helps learners enhance their intellectual, communication and social skills. In higher…

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow