?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Atlet profesional mesti serlah kejujuran

Acara sukan tontonan adalah sangat popular di serata dunia. Di Asia, yang paling popular adalah bola sepak sementara di Amerika, besbol dan ‘american football’ adalah yang paling popular.

Tenis dan bola keranjang adalah sukan yang mempunyai tarikan di seluruh dunia.

Peminat sanggup membayar wang yang banyak untuk melihat sukan yang berkualiti tinggi.




Oleh itu, akibat populariti pembangunan sukan yang dimaksudkan maka lahirlah sekumpulan atlet yang dikenali sebagai ahli sukan profesional.

Mereka dibayar untuk bermain dalam satu pasukan atau permainan dan bayaran yang diterima adalah sangat tinggi

Sukan profesional adalah satu perniagaan yang sangat besar, dan ahli sukan boleh menuntut gaji yang tinggi bergantung kepada kebolehan dan tahap populariti mereka.

Ahli sukan profesional yang terbaik di dunia dilaporkan menerima bayaran jutaan ringgit.

Sungguh pun terdapat kritikan bahawa ahli sukan profesional lebih berminat terhadap perolehan pendapatan kewangan daripada prestatsi permainan,  namun itu adalah hak dan tugas mereka yang bermain dalam satu pasukan sukan.

Untuk menjadi ahli sukan profesional, ia memerlukan bakat semulajadi terbaik yang sedia ada.

Sukan adalah permainan di mana anda tidak boleh memalsukan keupayaan anda.

Anda mesti mempunyai bakat semula jadi, dan biasanya mereka yang sangat berbakat dalam bidang mereka suka apa yang mereka lakukan.

Seseorang ahli sukan  perlu mempunyai semangat dan mencintai sesuatu sukan yang diceburi jika tidak ia jelas kelihatan pada persembahannya.

Sukan profesional adalah permainan yang ditontoni ramai..

Apabila seseorang ahli sukan tidak melaksanakan dan bermain dengan baik, kegagalannya dilihat oleh beribu-ribu, malah berjuta-juta penonton samada di stadium atau televisyen penonton seperti dalam kes bola sepak Piala Dunia dan bola keranjang di Amerika Syarikat.

Penonton, pembaca hinggalah kepada penulis sukan akhbar akan membincangkan prestasi mereka yang gagal maupun yang lemah.

Oleh itu setiap kali seorang ahli sukan profesional tidak menunjukkan minat dalam permainan, kerjayanya akan berada dalam keadaan bahaya.

Kita juga perlu ingat bahawa ahli sukan profesional mempunyai kerjaya yang singkat kerana ia adalah berdasarkan kepada kekuatan fizikal, ketahanan diri dan ketangkasan.

Sesorang ahli sukan akan mencapai kemuncak kerjaya mereka ketika berusia 20-an, dan kerjayanya berakhir pada  masa mereka berusia kira-kira 35 tahun,

Ketika mereka berada diprestasi kemuncak,  ramai daripada mereka cuba untuk membuat wang sebanyak mana yang mereka boleh.

Sesetengahnya membuat wang tambahan dengan muncul dalam dalam iklan atau mempromosikan barang dagangan yang mengandungi nama mereka.

Populariti dan keupayaan untuk membuat wang dengan cara ini bergantung kepada reputasi mereka sebagai seorang ahli sukan.

Jika mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam permainan,  ia akan menghakis populariti mereka dan memberi kesan kepada penjualan produk.

Oleh kerana bakat mereka di tuntut dan di tagihi, maka ahli sukan profesional dibayar dengan lumayan, namun pendapatan mereka adalah berkait rapat dengan keupayaan mereka untuk bermain dan menjuarai permainan.

Mereka juga tahu bahawa mereka harus bermain dengan baik dari mementingkan upahan wang kerana jika mereka gagal dalam prestasi mereka sebagai ahli sukan profesional, kerjaya mereka juga akan berakhir.

Berita-Harian-logo-Vector-720x340.jpg
Azizi Ahmad Berita Harian Ahad Sukan Zon Penyokong E-Mel Pembaca 7 Mei 2017

Posts from This Journal by “profesionalisme” Tag

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow