?

Log in

Previous Entry | Next Entry

Dalam cubaan menjadikan ‘pendidikan STEM’ menjadi kenyataan pastinya melibatkan banyak perkara yang perlu ditambah dan digandakan terutama dalam perkara kewangan, personal terlatih dan mahir mengendalikan program termasuk kurikulum yang perlu dirombak dan dikaji semula.

STEM juga melibatkan subjek Science, Technology, Engineering dan Mathematics. Negara kita mungkin baru dalam memulakan program asas namun kini STEM sudah menjadi STEAM iaitu Science, Technology, Engineering, Arts dan Mathematics. Kita ketinggalan lagi sebenarnya.



Bagi negara-negara yang telah memulakannya, jelas diperlukan penambahbaikan terutama ‘kurikulum’ dalam pendidikan sains dan matematik; menyediakan latihan kemahiran kepada pendidik sedia ada dan memastikan peningkatan bakal pendidik dalam program STEM dan STEAM.

Dari sudut pembiayaan kewangan yang akan melibatkan jutaan ringgit adalah tidak mustahil memandangkan kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang tentunya akan memperuntukkan sumber yang diperlukan bagi menjayakan inisiatif agenda transformasi pendidikan yang amat penting bagi mana-mana negara di dunia ini.
Pastinya sokongan dani kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan tentunya akan mempercepatkan hasrat murni ini.

Dalam hasrat untuk menjayakan program murni ini, badan pentaksiran juga perlu telus dalam berkongsi makluman keputusan pentaksiran berasaskan sekolah dan berpusat terutama pelaporan pentaksiran kemahiran berfikir secara kritikal dan pengunaan penyelesaian masalah aras tinggi dalam keadaan sebenar dan suasana simulasi makmal dan bengkel.

Hasil kajian dari negara yang telah menjalankan program menunjukkan pada kadar hanya ‘memuaskan’.

Jika kita berhasrat dan menjangkakan STEM atau STEAM dapat meningkatkan pembelajaran murid, kurikulum mestilah pada tahap relevan dan sesuai ; pengajaran menitik beratkan dan menekankan kreativiti dan penyelesaian masalah dunia yang sebenar dengan maksud sebagaimana ahli matematik dan saintis bekerja.

Jadi bagaimanakah kita hendak melakukannya? Pakar kurikulum dan ahli akademik perlulah menyediakan aktiviti yang meningkatkan penglibatan murid, memberi tumpuan kepada isu semasa, meningkatkan motivasi, dan yang paling penting adalah ‘membina kreativiti’.

Objektif utama sains dan sastera (arts) adalah penemuan. Saintis dan sasterawan akan secara kreatif mengusahakan menghasilkan produk.

Mengintegrasikan kemahiran dan aktiviti  berkaitan sastera kepada program STEM adalah satu cara yang berkesan meningkatkan minat dan pencapaian murid.  Namun dengan kekangan menghabiskan silibus dan masa yang terhad  serta para pengajar (yang belum pasti tahap kemahiran mereka) pastinya masa pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

Dengan kekangan bajet kewangan dan pentaksiran berkepentingan tinggi terutama dalam pembacaan dan matematik, mungkin kesan pelaksanaan tidak akan menyebelahi pelaksana.

Budaya pembelajaran murid kita masih lagi menekankan pemikiran konvergen, dimana murid akan cuba mendapatkan atau mengumpulkan fakta, data dan prosedur yang relevan untuk mendapatkan jawapan yang mutlak.  Ini adalah merupakan sejenis pemikiran yang diukur dalam pentaksiran berpusat yang memudahkan penggredan dan memastikan ketekalan kebolehpercayaan pentaksiran.

Dalam pemikiran divergen, murid akan cuba menghasilkan beberapa buah fikiran mengenai pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah, yang biasanya diterjemahkan dengan memecahkan jawapan ke berapa komponen dan mencari wawasan baru ke dalam masalah yang diperlukan jawapannya.

Tumpuan kepada pemikiran konvergen boleh memadamkan kreativiti dalam murid kita. Kajian menunjukkan bahawa secara konsisten mengukuhkan laluan neural dengan aktiviti pemikiran konvergen (menumpu)  boleh mengehadkan laluan yang menyokong pemikiran kreatif dan berbeza.

Pihak pembuat dasar  harus faham bahawasanya  penekanan yang berlebihan terhadap pentaksiran berkepentingan tinggi akan menjejaskan tumpuan para pendidik terutama  masa dan sokongan yang mereka perlukan untuk menjadikan STEM atau STEAM menjadi realiti. Namun jika pembuat dasar dan pentadbir  betul-betul bersedia dalam menyediakan prasarana yang dinyatakan tentunya para pendidik akan yakin, percaya dan berupaya untuk melaksanakan, menjalankan dan menjayakan  pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, kreatif, dan berjaya untuk murid amnya.

Posts from This Journal by “writing” Tag

  • Get creative with STEM education

    I read with interest on ‘Ministry: STEM transformation plan to be completed soon. ‘(6 July 2017) The article also stated that ‘a…

  • Bullying bosses belittle staff

    THERE is a lot of discussion about bullying, therefore, we should also highlight workplace bullying. In education, workplace bullying centres around…

  • Teaching, learning tool

    Tutorial is an important teaching-learning tool. It helps learners enhance their intellectual, communication and social skills. In higher…

Comments

Latest Month

July 2017
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow