?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Tidak ketinggalan dan kerap juga kita membaca di akhbar dan media, ‘jika kita menang, pujian melambung melepasi langit, jika gagal, membisu tidak terkata’.

Tidak terlepas hasrat kita menjuarai Olimpik, Piala Dunia atau apa saja jenis acara yang dipertandingkan dan akhirnya kenyataan terakhir adalah sebagai pemanas badan, memberi pendedahan dan menimba pengalaman dan akhir sekali “kita akan bersedia di Sukan SEA.”

Dan kini, sukan SEA akan hadir tidak lama lagi, tidak pula kedengaran semangat dan kata-kata kita akan ‘libas semua acara yang dipertandingkan kerana dengan sokongan padu penyokong tempatan pastinya pasukan kita akan membuat pasukan lain menggigit gigi mereka sendiri.”

Yang pasti ‘Sukaneka Setiakawan’ memang benar di tulis sebelum ini. Memang kontinjen pasukan negara menghayati ‘semangat kesukanan dan perpaduan’ yang dihasratkan dalam penganjuran sukan sejak dari Sukan SEAP sehinggalah ke Sukan SEA.

Menetapkan sasaran dan  matlamat memang memberikan sesuatu untuk kita berusaha dan meningkatkan keyakinan diri jika kita berjaya memperolehinya.

Hakikatnya, kita akan dipersalahkan jika gagal mendapatkan sasaran yang telah dinyatakan.

Yang jelas dan pasti, kita akan memberi, mencipta alasan demi alasan kerana ia adalah mudah dinyatakan dari cara untuk mengatasi kegagalan demi kegagalan. Bermula dengan tidak cukup masa untuk persediaan, kecederaan pemain dan atlit, tiada pelepasan dari majikan, tidak cukup sokongan kewangan dan moral; apa saja yang alasan yang diberikan, ianya tetap akan melumpuhkan mana-mana kontinjen.

Secara peribadinya sesiapa saja akan berasa takut, cemas, tidak menentu atau gusar. Ia akan kelihatan lebih mudah dan lebih selamat daripada cuba  melakukan sesuatu atau pun cuba menangani isu yang disuarakan dan perlu dikawal.

Tahap kerisauan dan takut gagal akan meningkat lebih daripada apa yang kita fikir kita boleh lakukan dalam mencapai kejayaan.  Takut pada kegagalan telah membunuh begitu banyak impian sebelum kita berpeluang untuk memulakannya.

Kita mungkin sudah terbiasa dengan kegagalan demi kegagalan dan sering membenarkan ini untuk menghalang kita daripada mengatasi cabaran atau menetapkan matlamat untuk diri kita sendiri. Lagi pun apabila pasukan kita kalah, kita tetap akan beraksi di lain kejohanan.

Ketakutan merampas keyakinan diri kita dan membolehkan kita memberi alasan mengapa kita tidak dapat melakukan sesuatu atau menjadikannya kenyataan.

Atasilah kerisauan dan ketakutan dan berhenti meremehkan diri; kita tahu kemampuan kita lebih dari apa yang kita fikirkan.

Pasukan atau atlit kita tidak cukup kuat atau bagus  "MENGAPA"?  Apakah matlamat dan sasaran tidak bermakna kepada mereka? Jadi mengapa membuat sasaran dan  menetapkannya?

Kita sering mengejar sesuatu kerana orang lain mengharapkan kita.

Apabila kita menetapkan matlamat untuk sebab yang salah dan mengejar perkara yang kita tidak boleh capai; elok sahaja tidak perlu untuk meneruskannya, memberi komitmen untuk mencapainya yang akhirnya membuang banyak masa, tenaga dan wang yang dapat dibelanjakan untuk mengejar sesuatu yang lebih berupaya dicapai.
 
Tidak mungkin kita tidak menetapkan keutamaan.  Mana-mana pasukan maupun atlit sudah tentunya bersedia, mengambil bahagian dalam banyak kejohanan, pendedahan dan pengalaman sudah diperolehi, namun tidakkah ianya mencukupi.

Jika alasan tidak cukup masa diberikan, sekurang-kurangnya jadikan pendedahan dan pengalaman yang diperolehi sesuatu yang cukup penting dan bernilai kepada karier sukan yang dipertandingkan.

Tidak dinafikan apabila kita terlalu memberi perhatian, tenaga dan tumpuan untuk memenangi semua kejuaraan, kita gagal mengenali kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang paling memberi kejayaan dan yang paling sesuai untuk kita.

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa yang kita benar hebat, bersemangat dan paling didorong untuk melakukan dan memberi tumpuan dan menyempurnakan perkara itu. Kita tidak boleh berjaya atau menang kesemuanya dan kita tentu tidak boleh menjuarai segalanya.

Kita juga gemar, mengembar-gemburkan dan mengsensasikan kenyataan. Semakin kita bercakap tentang perkara yang kita mahu lakukan dan gagal melakukannya, semakin banyak kita akan dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan.

Apabila kita terus gagal dalam memenuhi matlamat dan sasaran yang kita tetapkan, kita menjadi tidak bermoral dan kadang kehilangan keyakinan dan kepercayaan diri dan akhirnya gagal mencapai matlamat sama sekali.

Kita harus dan perlu belajar kurang  bercakap dan menumpukan usaha dan  tenaga untuk melakukan sesuatu daripada membicarakannya. Biarkan hasil keputusan menunjukkan kejayaan dan banyak bertindak dari bercakap lebih dari sepatutnya.

Memang benar sesuatu yang bernilai dihajati bukanlah  mudah. Sesetengah matlamat dan sasaran memerlukan keringat yang tiada akhirnya.

Kita hidup dalam era yang mendahagai kejayaan dan kepuasan.  Tiada kejayaan hadir dalam sekelip mata. Perlukah dipersoalkan ketekunan, dedikasi dan disiplin yang diperlukan dalam memenuhi matlamat atau mengubah sasaran kita. Kita  perlu bersedia untuk menghadapinya.

Posts from This Journal by “sukan” Tag

Latest Month

September 2017
S M T W T F S
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow