kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sejarah lama berulang di Selangor

Dalam sejarah politik negara, sudah tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berdepan krisis yang hampir sama senarionya dengan keadaan dihadapi Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Peristiwa hampir empat dekad lalu di Kelantan dan Selangor, kini berulang apabila Khalid dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam. Sudah dua kali politik Selangor berdepan keadaan hampir sama, tetapi watak dan parti berbeza.


Pada tahun 1976, Menteri Besar ke-8 Selangor, Datuk Harun Idris dipecat daripada UMNO kerana enggan meletak jawatan dalam parti itu berikutan beberapa tuduhan rasuah. Ini disusuli undi tidak percaya terhadap Harun dengan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolaknya.
Sudah dua kali politik Selangor berdepan keadaan hampir sama, tetapi watak dan parti berbeza”

Pada tahun 1977 di Kelantan pula, PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya, Datuk Mohammed Nasir dan beliau akhirnya tumbang. Pada November tahun yang sama, darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkir PAS daripada BN. Mohammad Nasir menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) selepas dipecat daripada PAS.

Pada 16 Jun tahun 1966, Ketua Menteri pertama Sarawak, Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dipecat apabila Gabenor (kini dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri) menerima surat hilang keyakinan dan memintanya meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. Ningkan enggan berbuat demikian dengan menyatakan bahawa ia bukan undi tidak percaya dalam DUN. Beliau dipecat oleh gabenor, tetapi kemudiannya dikembalikan jawatan ketua menteri oleh Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun 1966.

Dalam penghakimannya, hakim memutuskan bahawa gabenor hanya boleh memecat ketua menteri apabila dua syarat dipenuhi, iaitu ketua menteri hilang keyakinan dalam DUN dan ketua menteri enggan meletak jawatan dan gagal untuk menasihat bagi pembubaran DUN.

Ningkan cuba berusaha untuk membubar DUN sebaik memegang semula jawatan ketua menteri bagi mendapat mandat baharu daripada rakyat, tetapi Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk mengisytihar darurat di Sarawak kerana berlaku ketidaktenteraman. Kerajaan juga meminda Perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada gabenor memanggil sidang DUN. Undi tidak percaya diluluskan pada 23 September tahun 1966 dan ini membuka laluan kepada penyingkiran Ningkan bagi kali kedua.

Semua itu sudah jadi sejarah, tetapi sejarah berulang, bagaikan lagu History Repeating, nyanyian artis Britain, Shirley Bassey. Sejarah silam perlu dijadikan pengajaran supaya ia tidak berulang, namun, dunia politik kadangkala buta sejarah kerana kepentingan diri atau parti.   Berita Harian Rencana 2014/08/11 - 02:38:39 AM Kadir Dikoh
Tags: khazanah, mas
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Manusia Tanpa Kemanusiaan

    Manusia dan kemanusiaan harusnya seiring. Kata orang lama di tempat saya , manusia tanpa kemanusiaan umpama haiwan atau binatang. Sejak kecil…

  • Latah Wilayah atau Negeri

    Adalah saya merujuk kepada artikel ‘ Ada apa dengan istilah ‘wilayah’,’negeri’? ’ bertarikh…

  • Jujur kepada diri sendiri dalam hidup

    Kejujuran atau bersikap jujur adalah suatu perkara yang paling penting. Sentiasalah bersikap jujur dengan diri anda tanpa ragu-ragu mengenai…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments