Alor Setar : Pelawak veteran yang terkenal dengan lakonan dalam filem Anak Mami, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada 2 petang ini.
Menurut seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.
Allahyarham yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang itu mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur dan pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. - Bernama myMetro Mutakhir 13/08/2014