kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kewujudan SJKC tidak menghalang perpaduan nasional

Sesungguhnya tiada kewajarannya cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim baru-baru ini bahawa kerajaan tidak perlu membina lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu dengan andaian bahawa kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.


Bagi penulis mungkin beliau masih kurang jelas tentang relevannya SJKC atau tidak melihat banyak lagi faktor lain yang boleh menyumbang kepada perpaduan nasional.

Kita wajar akui bahawa memang pendidikan pada peringkat rendah mampu membawa kepada hubungan dan perpaduan kaum yang lebih akrab, namun demikian pada hakikatnya masih banyak faktor lain yang boleh menyumbang ke arah itu.

Di sini penulis ingin menegaskan bahawa perpaduan antara kaum itu boleh wujud atas sikap dan cara didikan ibu bapa. Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak yang mampu menggerakkan perpaduan nasional.

Dalam hal ini, semua ibu bapa adalah wajar memainkan peranan dan menjadi pendorong kepada anak-anak supaya saling menghormati orang lain tidak mengira bangsa.

Mereka juga sepatunya menggalakkan anak-anak untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat seperti bergotong royong, sukaneka, permainan rakyat, program rumah terbuka dan sebagainya yang boleh membuka ruang kepada pergaulan antara masyarakat berbilang kaum yang lebih sihat.

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti ini, anak-anak muda secara tidak langsung dapat saling bergaul, menghormati dan mengenali hati budi dan budaya masyarakat yang berbilang bangsa itu.

Dalam hal ini juga, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan agensi berkaitan perlu memainkan peranan aktif untuk mewujudkan aktiviti yang boleh menghidupkan perpaduan yang jitu dalam masyarakat.

Seterusnya, bagi penulis yang dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan, penulis melihat bahawa perpaduan antara kaum adalah cukup baik dan harmoni. Masyarakat Cina tidak menghadapi masalah untuk bercampur dengan rakan-rakan mereka daripada bangsa lain.

Di sini apa yang jauh lebih penting adalah sikap dan keinginan kita untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa. Kita wajar berpijak di bumi nyata, di mana kita wajar akur untuk terus hidup dengan harmoni di bumi Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa.

Budaya mementingkan diri dan kaum masing-masing perlu dikikis dan dielak sama sekali.

Di samping itu, penulis turut bersyukur kerana dapat mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik sungguhpun penulis merupakan salah seorang lepasan SJKC.

Jadi dakwaan sesetengah pihak kononnya lepasan SJKC tidak dapat menguasai serta bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik adalah langsung tidak benar dan tidak berasas.

Di SJKC selain daripada mempelajari bahasa ibunda penulis berpeluang mempelajari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ini adalah salah satu keunikan tentang sistem pendidikan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

Maka kepada para pemimpin politik yang budiman, apabila timbul sesuatu isu yang dilihat sebagai penghalang kepada perpaduan nasional janganlah sesekali kita hanya menuding jari dengan menyalahkan sistem pendidikan di SJKC.

Sebaliknya, kita patut menghargai perbezaan dalam sistem pendidikan negara yang mana ia dianggap sebagai aset berharga untuk Malaysia.

Bagi penulis, pihak kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan boleh bersama-sama berganding bahu dalam mewujudkan suasana serta menganjurkan program-program kemasyarakatan yang dapat menghidupkan semangat 1Malaysia, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar di seluruh negara, bukan menyalahkan sistem pendidikan sedia ada semata-mata.

Sim Chee Cheong  ialah salah seorang daripada Perwakilan Pergerakan Pemuda MCA Pusat dan juga graduan Sains Politik institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Utusan/Rencana/20140815

Tags: sekolah
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Kerja Kontrak atau Tetap

    Isu terkini di Malaysia selain politik, Covid-19 dan wabak yang semakin berleluasa adalah kakitangan ‘kontrak’ bergelar ‘pegawai…

  • Kerajaan Swasta

    Apabila kita berfikir tentang pemerintahan kerajaan , apa yang muncul di kepala kita? Bagi kebanyak orang, gambar Agong, PM, bangunan parlimen ,…

  • Angkuh dari wajah

    Selagi kita terus tersilap mengenai keyakinan untuk kecekapan, kita akan berakhir dengan terlalu ramai bertemu dengan mereka yang tidak cekap yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments