kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Dr. Zuhdi tidak khianat

MEMBACA sebuah akhbar 30 Julai 2014 membuatkan saya terpanggil untuk membincangkan perihal khianat.

Dalam akhbar pada hari itu terdapat tajuk di muka surat empat berbunyi PKR anggap Dr. Zuhdi khianati perjuangan PR'. Di bawah tajuk tersebut pula Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menganggap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki sebagai mengkhianati perjuangan PKR dan DAP kerana pendapat yang dibuatnya dalam aplikasi WhatsApp.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 783, 'khianat' didefinisikan sebagai 1. Perbuatan jahat yang (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kepada negeri, bangsa, dll). 2. Yang (bertujuan) menganiaya atau mencelakakan dan sebagainya orang lain, yang belot kepada negara.

Bertolak daripada definisi yang dikemukakan oleh Kamus Dewan edisi keempat itu, saya berpendapat 'khianat' sebenarnya memiliki berbagai-bagai tafsiran dan hukum berdasarkan situasi.

Malah dalam politik 'khianat' sebenarnya sudah menjadi satu permainan yang lumrah.

Sebab itulah pada suatu ketika dulu Tun Dr. Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa adalah baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada kawan yang tidak dikenali.

Pada hemat saya Tun sebenarnya ingin menjelaskan makna 'khianat'. Keadaan ini berbeza dengan kenyataan seorang ahli politik yang menyatakan adalah lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berbaik-baik dengan UMNO. Kenyataan ini amat berbeza sekali ibarat langit dengan bumi.

Jika dalam istilah 'tipu' pun ada istilah 'tipu sunat' dan dalam bab khianat pun sebenarnya pada hemat saya ada khianat halal, ada khianat sunat, ada khianat makruh dan tentu saja ada khianat haram.

Saya teringat satu drama yang pernah saya tonton satu ketika dulu, di mana dalam cerita tersebut sekumpulan perompak sudah merancang untuk merompak sebuah bank dan kerana insaf salah seorang anggota perompak itu telah membocorkan rahsia kepada pihak polis dan akhirnya rompakan itu telah dapat digagalkan dan perompak-perompak tersebut telah dapat ditumpaskan.

Menurut ketua perompak, anggota yang membocor rahsia tersebut telah 'khianat' terhadap kumpulan tersebut, tetapi pada hemat saya si pembocor rahsia sebenarnya telah memilih jalan yang betul dan khianat dia itu saya kategorikan sebagai 'khianat sunat' dan halal, kerana mengikut situasi tindakan dia itu telah menyelamatkan satu malapetaka.

Berbalik kepada kenyataan Rafizi, Dr. Zuhdi sebenar boleh bertanya balik kepada saudara Rafizi adakah beliau dan kumpulannya tidak pernah khianat sebelum ini? Mereka sebenarnya telah mengkhianati perjuangan UMNO yang pernah mereka anggotai dulu.

Dalam hal yang dipertikaikan oleh Rafizi itu pada saya Dr. Zuhdi tidak khianat, sebagai Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas pada saya Dr. Zuhdi telah memainkan peranan yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik dan telah mengemukakan dapatan kajiannya dalam kumpulan WhatApp berkenaan, yang khianat dalam hal ini ialah makhluk yang membocorkan isi kandungan WhatApp tersebut.   AHMAD SALLEH BIN H. AHMAD Ipoh, Perak. Utusan/Forum/20140814

Tags: politik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments