kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ubah barang terpakai jadi wang

TIDAK semua barang yang sudah tidak digunakan patut berakhir sebagai sampah kerana ia berupaya diubah menjadi barang terpakai yang bernilai.

Apatah lagi jika barang-barang tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri, sudah pasti mampu mencecah nilai ratus dan ribuan ringgit.

"Sebab itu, jika ada tin-tin susu, biskut dan sebagainya, janganlah terus dibuang. Simpan dahulu, mungkin dalam lima hingga 10 tahun kemudian, nilainya naik dan pasti akan ada orang membelinya," ujar Nurliza Alias, 48.

Beliau yang merupakan pengusaha kedai menjual barang-barang lama dan terpakai, Ipoh Loken di Anggerik Mall, Shah Alam menambah, nilai pada barang tersebut sukar hendak dijelaskan kerana ia bergantung kepada kehendak individu yang sudah pastinya berbeza.


TERDAPAT barang-barang di kedai Kak Liza ini usianya melebihi lebih 100 tahun.

"Sebab itu, kebanyakan pelanggan saya, sambil membelek-belek barang lama seperti lampu gasolin, radio, beg dan kasut roda, mereka akan bercerita tentang kisah silam membesar bersama barang-barang tersebut," tambahnya lagi.

Beliau berkata, kebanyakan barang dijual milik sendiri dan ada di antaranya menjangkau usia 80 tahun peninggalan arwah nenek dahulu.

"Siapa sangka barang tidak diperlukan ini seperti pinggan mangkuk, beg-beg kotak, radio lama serta raket badminton boleh dijual sehingga RM650," katanya yang memulakan perniagaan itu di Ipoh, Perak sebelum berpindah ke Shah Alam.

Katanya, sebelum ada kemudahan internet, kebanyakan pelanggan terdiri daripada orang tempatan.

"Sejak wujud medium-medium seperti media sosial, blog dan sebagainya, saya mula menjual serta membeli barang secara online. Justeru, bilangan pelanggan semakin bertambah dan daripada pelbagai latar belakang termasuk dari Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat," ujarnya.

Sepanjang mengusahakan kedai barangan terpakai itu, Nurliza berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan dan tidak kurang juga yang mencemuh perniagaan diusahakannya.

"Ada yang datang mempersoalkan sama ada barang seperti ini mempunyai pembeli dan ada juga yang tidak mahu membeli kerana khuatir barang-barang lama ini mempunyai ‘penjaga’ atau saka dan bimbang ia akan ikut pulang ke rumah bila dibeli," katanya. Utusan/Rencana/20140816

Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments