Dalam coretan yang lalu, saya tidak sengaja telah membuat dua kesilapan. Dalam perenggan empat coretan itu, saya menyebut Khrushchev membuat ucapan sulit di depan Kongres Parti Komunis Kesatuan Soviet pada bulan Julai 1957. Tarikh sebetulnya ialah bulan Februari, 1956. Di perenggan lima pula, saya menyebut Mao Tse-tung mengulangi kejahatan dan kezaliman Stalin tiga puluh tahun selepas kematian Stalin. Sebetulnya, Stalin mati pada bulan Mac, 1953, bermakna Mao telah memulakan Revolusi Kebudayaan itu (1966), tiga belas tahun selepas kematian Stalin. Fakta-fakta ini telah disebut dalam coretan saya di Mingguan Malaysia keluaran 27 April 2014.
Meneruskan kisah tentang Kang Sheng, semasa lima tahun berada di Moscow dari tahun 1932 hingga November 1937, Kang Sheng telah terbabit dalam gerakan-gerakan gelap membantu Stalin menghapuskan banyak anggota Parti Komunis China yang berada di Moscow. Menurut Harrison Salisbury dalam bukunya The New Emperors : Mao and Deng; "By the time he (Kang-Sheng) went to Moscow in 1932, Stalin was planning to take over the Chinese Communist Party and oust any Trotskyite (Stalin's enemy) support from its (CCP's) international and security divisions. Nothing is more misty than how Kang spent his time in Moscow. Chinese associates caught glimpses of him at Kuntsevo dacha (Russian country cottage), which Stalin put at the disposal of high-level Chinese visitors. Kang lent the Russians a hand in purging the Chinese Party of alleged Trotskyites and (he) helped Soviet security specialists in purging some other foreign communist parties." (halaman 219/220).
Dikatakan, Kang Sheng memainkan peranan penting dalam penangkapan dan penahanan Li Lisan, Setiausaha Parti Komunis China waktu itu, semasa Li Lisan dan isterinya melawat Moscow. Li dan isterinya hanya dibebaskan setelah campur tangan Chow En-lai 20 bulan kemudian. Penulis Jung Halliday dalam buku mereka merumuskan; "In Russia, Kang had supervised the purges of hundreds of Chinese, many of whom were tortured, executed, or worked to death in the (Russian) gulag. He had been Wang Ming's deputy on the CCP delegation to the Comintern, and had followed him closely." (halaman 224).
Wang dan Kang pulang ke China pada penghujung 1937, tetapi Kang cepat mengubah pendirian dan menyokong Mao apabila dia melihat Mao lebih berpengaruh daripada Wang. Walaupun dia tahu Wang Ming ialah pilihan Moscow untuk mengetuai PKC.
Tidak berapa lama selepas negara komunis China ditubuhkan, Mao Tse-tung menghantar Kang Sheng ke Shandong, provinsi kelahirannya, untuk mentadbir wilayah itu seketika. Dia kembali ke Beijing pada 1958, juga atas kehendak Mao dan diberi semula jawatan lamanya iaitu ketua bahagian keselamatan dan perisikan Parti Komunis China. Jika diikuti coretan-coretan saya yang terdahulu, ternyata menjelang penghujung tahun 1950-an - sepuluh tahun selepas Mao berkuasa - dasar-dasar keras Mao yang menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat China semakin mendapat tentangan sebilangan besar pemimpin parti.
Hubungan Mao Tse-tung (kiri) dengan Kang Sheng dilaporkan cukup akrab. |
Malah, hampir kesemua rakan seperjuangan Mao, yang turut sama meredah Long March sejauh 8,000 batu dengan 1,001 macam bencana dan keazaban itu, telah merasakan mereka semakin diketepikan Mao. Nama-nama mereka yang terbabit dalam Long March itu ada tercatat pada gambar yang menghiasi coretan saya di dalam Mingguan Malaysia bertarikh 29 Jun 2014. Gambar itu diambil di Yan'an pada tahun 1938, dua tahun selepas Parti Komunis China menamatkan Long March di provinsi Shaanxi dan mula membina pangkalan baru di daerah Yan'an. Dalam gambar itu, hanya dua orang yang tidak menyertai Long March, Kang Sheng dan Wang Ming, kerana mereka berada di Moscow.
Mao memanggil Kang Sheng kembali ke Beijing kerana mulai tahun 1958 Mao mahu memulakan dasar Great Leap Forward. Mao semacam tahu Kang Sheng boleh membawa kesan 'Yezhovshchina' ke China dengan latar belakang pengalaman 'Moscownya' selama lima tahun itu.
Bagi Kang Sheng, kepulangannya ke Beijing memang seperti sirih pulang ke gagang. Baik Mao Tse-tung mahupun Kang Sheng tahu, tanpa langkah-langkah keras, dasar Great Leap Forward (1958-1962) - yang kemudiannya disusuli Revolusi Kebudayaan (1966-1976) - tidak akan mencapai kejayaan. Seperti kata Jung-Halliday, "A model was created between March and June 1947 by Mao's terror expert, Kang Sheng. Cadres in all other Red areas were instructed to copy his methods. The fact that the land reform was entrusted to a man (Kang Sheng) who was an expert, not in agrarian reform, but in terror (and who knew nothing about land issues), makes clear the nature of the programme. After the first rally, he berated the local cadres and activists for being 'far too polite'. 'There must be abuse,' he said. 'Educate the peasants to .. have no mercy .. There will be deaths. But, let's not be afraid of deaths." (halaman 328).
Menurut Jung-Halliday lagi, pada penghujung tahun-tahun 1940-an itu, Mao sering 'turun padang' melihat sendiri siksaan-siksaan yang ditimpakan ke atas rakyat China, "Mao saw violent scenes with his own eyes. His bodyguards described him going, in disguise, to watch a rally in the village where he was staying in late 1947, Yangjaagou, where dreadful things happened. Afterwards, he talked to the guards about the various forms of torture and the fact that children had been severely beaten up. The upshot was, as reports to Mao made clear: 'Everyone is terrified.' Mao had achieved his goal." (halaman 329)
Walaupun Kang Sheng tahu dia berada dalam kedudukan 'selesa' di mata Mao kerana latar belakang pengalamannya, dia memperkukuhkan lagi kedudukannya. Sebaik-baik kembali ke Beijing, Kang Sheng mengumpan Mao dengan perempuan-perempuan muda untuk memenuhi nafsunya. Cara ini memang lumrah diamalkan oleh perisikan Soviet - seks sebagai umpan untuk 'memikat' orang yang hendak ditawan. Kata Harrison Salisbury, "They (the young girls) now attended the Chairman in couplets, triplets, or even greater numbers. 'His bed was filled with young girls', an old Pary member snapped." (halaman 221)
Dr. Li Zhishi, doktor peribadi Mao (1954-1976), dalam bukunya 'The Private Life of Chairman Mao', ada menyebut, doktor-doktor di Hospital Beijing yang pernah merawat Kang Sheng dalam tahun 1949 ada memberitahunya (Dr. Li Zhishi) bahawa Kang Sheng menghidap penyakit schizophrenia. Dr. Li Zhishi tidak faham kenapa akhirnya Kang Sheng telah diberhentikan menerima rawatan.
Dr. Li Zhishi juga berkata, dia mendapat tahu Kang Shenglah yang telah memperakukan kepada parti agar Jiang Qing diterima menjadi ahli parti, dan Kang Sheng juga yang telah mengaturkan Jiang Qing pergi ke Yan'an yang berkesudahan dengan perkahwinan Jiang Qing dengan Mao. Kata Dr. Li, "Kang Sheng and Jiang Qing were both from Shandong province, and their close relationship went back long before the revolution of 1949." (halaman 397)
Dalam coretan minggu hadapan, saya akan menceritakan lain-lain penama yang turut terbabit dalam gerakan Revolusi Kebudayaan cetusan pemikiran Mao Tse-tung yang songsang dan gila itu. Abdul Rahim Noor Utusan/Rencana/20140817