kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Usaha mentransformasi budaya Cina

Jiang Qing, isteri keempat Mao Tse-tung, lahir pada tahun 1914 di Tsucheng, provinsi Shaudong. Dia lebih terkenal dengan nama Lan Ping semasa menjalani hidup sebagai penyanyi dan pelakon di Shanghai sebelum menyertai Parti Komunis China (PKC) yang berpangkalan di Yen’an, provinsi Shaanxi. Menurut Jung-Halliday, “Jiang Qing was the daughter of a concubine to an alcoholic inn-owner. Her mother let her grow up willful, even allowing her to unbind her feet, after the bones had been broken when she was six. Jiang Qing was tough and, in the frequent fights between her parents, she would help her mother by clinging her father’s legs and biting his arms (halaman 205)."


Semasa umurnya enam tahun juga, bapanya telah meninggalkan ibunya dan ini dikatakan telah menyebabkan ibunya terpaksa menyambung kerja sebagai pelacur untuk menyara hidup mereka. Dikatakan juga, disebabkan kesusahan hidup Jiang Qing semasa kanak-kanak itu, dia membenci adat resam Cina yang lebih mementingkan kedudukan lelaki, sementara kedudukan kaum wanita tidak sebegitu dihargai. Alam kanak-kanaknya juga telah banyak mengajar Jiang Qing erti survival dalam hidup.

Patut juga disebut, pada zaman remajanya, kaum perempuan di China dilarang terlibat dalam kegiatan awam. Walaupun wanita ditegah berkecimpung dalam politik, mereka boleh bergiat dalam bidang kebudayaan. Budaya Cina semasa itu memang dalam keadaan menapai (ferment) - orang Cina memang menganggap budaya mereka ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan perkembangan budaya masyarakat Barat.

Jiang Qing masuk sekolah di kampungnya untuk seketika sahaja. Rakan-rakan sekolah memandang rendah terhadap Jiang Qing kerana latar belakang keluarganya yang miskin. Dia sering berkelahi dengan mereka. Kata Jung-Halliday, “Her fellow pupils recalled her as a bully, and she was expelled from school at the age of twelve after she spat at a teacher. She ran away from home at fourteen to join a travelling opera troupe, fetching up in Shanghai, where she made her name as an actress (halaman 205)."

Di Shanghai, Jiang Qing mula bergiat dalam politik kiri selain menyara hidup dalam bidang lakonan. Kemudian, kerana merasakan kerjaya lakonannya tidak berkembang dengan cepat, dia berpindah ke Beijing apabila dia telah ditangkap pihak Kuomintang kerana disyaki bergiat dalam gerakan komunis. Dia telah dipenjarakan selama lapan bulan. Selepas dibebaskan, Jiang Qing kembali ke Shanghai dan meneruskan kerjaya lakonannya tetapi filem-filemnya menyuntik fahaman komunis. Kehidupan peribadinya semakin menjadi perhatian umum. Dia juga semakin mendapat perhatian perisikan Kuomintang.

Berikutan berlakunya pertempuran antara tentera China dan Jepun pada Julai 1937 di sebuah tempat tidak jauh dari pusat bandar Beijing yang dinamakan Peristiwa Jambatan Marco Polo - ramai ahli sejarah berpendapat peristiwa itu dicetuskan sendiri oleh Jepun - Jepun berjaya menguasai sepenuhnya dua bandar utama di utara China iaitu Beijing dan Tianjin. Beberapa minggu kemudian, peperangan merebak ke selatan China, sampai ke Shanghai. Jiang Qing berpindah dari Shanghai menuju ke bandar Xi’an dalam provinsi Shaanxi. Dari situ dia menuju ke Yan’an yang terletak di utara Xi’an. Kata Jiang Qing, “Dia mahu ikut serta revolusi komunis dan membantu peperangan menentang pencerobohan Jepun."

Simpati

Tidak berapa lama setibanya di Yan’an, Jiang Qing sudah mula rapat dengan Mao Tse-tung. Ini tidak disenangi pemimpin-pemimpin komunis di Yan’an bukan hanya kerana Mao pada masa itu masih mempunyai isteri (yang ketiga) bernama Gui-yuan (yang telah turut bersama-sama Mao mengharungi Long March) tetapi juga kerana latar belakang peribadi Jiang Qing di Shanghai. Simpati terhadap Gui-yuan meluap-luap dalam kalangan isteri pemimpin-pemimpin komunis itu. Kata Jung-Halliday, “If cosmopolitan Shanghai found her difficult to stomach, puritanical Yan’an positively gagged. On top of that, there was also tremendous sympathy for the woman she (Jiang Qing) supplanted. One of Gui-yuan’s former Long March companions recalled: ‘The students in my college were all upset. Some wrote to Mao openly, some wrote secretly…..I wrote three letters. They went roughly like this: Chairman Mao, we hope you don’t marry Jiang Qing. She (Gui-yuan) is in very poor health, and you have had five or six children together…..Jiang Qing’s reputation is pretty bad (halaman 205)."

Kata Jung-Halliday lagi : “Nominal Party chief, Lo Fu, wrote to Mao with his own objection and those of many others. When Mao received the letter, he tore it up on the spot and announced to the messenger: ‘I will get married tomorrow. Everyone else can mind their own business.’ Next day, he gave a ‘wedding’ banquet to two dozens of Yen’an’s elite to which Lo Fu was not invited (halaman 206)."

Dikatakan, sebelum Mao mengahwini Jiang Qing - pada November 1938 - Mao telah mencapai kompromi dengan lain-lain pemimpin parti di Yan’an sebelum parti mengizinkan dia menceraikan Gui-yuan dan ‘menikahi’ Jiang Qing. Kompromi itu menetapkan, Jiang Qing tidak boleh mengambil bahagian dalam politik selama 30 tahun. Jiang Qing mematuhi sekatan itu dan memusatkan peranannya sebagai hostess kepada Mao apabila menerima kunjungan pembesar-pembesar luar negara setelah Mao menjadi Ketua Negara China.

Jiang Qing bukan sahaja menjadi Wanita Pertama China, dia banyak membabitkan diri dalam kegiatan perfileman menerusi pelantikannya - atas kehendak Mao Tse-tung juga - sebagai pengarah filem-filem keluaran Central Propaganda Department, sebuah badan di bawah kuasa Parti Komunis China. Jiang Qing juga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa penaja (steering committe) di bawah Kementerian Kebudayaan China bagi industri perfileman. Mao semacam telah merancang peranan yang bakal dimainkan Jiang Qing dalam bidang ini pada skala yang lebih besar pada masa hadapan.

Jiang Qing juga seperti tidak mahu menghampakan harapan Mao itu. Sebagai contoh, pada tahun 1950, sebuah filem bikinan pihak awam, berjudul The Life of Wu Xun, tentang cerita seorang pengemis pada kurun ke-19 yang mendermakan wangnya untuk membiayai persekolahan orang miskin. Jiang Qing membantah filem itu yang dianggapnya sarat dengan counter-revolutionary ideas. Ini membuatkan orang awam yang suka dengan filem itu, menjadi bingung.

Sementara itu, pada awal 1962, Mao Tse-tung, yang semakin merasakan kepimpinannya tercabar di peringkat parti dan dasar-dasarnya yang banyak gagal, mula merancang langkah-langkah untuk bertindak balas. Tujuannya adalah untuk memperkukuh kedudukannya dalam parti dan melenyapkan musuh-musuh politiknya. Ini telah saya ceritakan dalam coretan-coretan lalu. Jiang Qinglah salah seorang penting yang digembleng Mao. Dia seperti pucuk dicita, ulam mendatang.

Langkah sulung Jiang Qing ialah menyeru agar ada transformasi (istilah bahasa Cina yang digunakan Jiang Qing) dalam semua kegiatan kebudayaan seperti pertunjukan teater, drama atau sandiwara. Dia sendiri mengambil inisiatif tegas untuk mentransformasi opera Cina pada tahun 1963 yang berkesudahan terhasilnya apa yang dibilang Eight Model Revolutionary Operas di Opera Beijing.

Pendek kata, dengan inisiatif itu - serta lain-lain inisiatif lagi yang bakal diperkenalkan Jiang Qing - Parti Komunis China menjadi penentu apakah sesebuah drama, muzik, tarian atau apa pun karya seni boleh diluluskan untuk tontonan rakyat China. Kesan langsungnya, menjelang bermulanya Revolusi Kebudayaan itu (1966 - 1976), Jiang Qing, dengan sokongan padu Mao Tse-tung, menjadi pemegang kuasa mutlak untuk menapis karya-karya seni di China.

Pada tahap awal Jiang Qing memulakan langkah transformasi itu, dikatakan dia selalu mengulangi kata-kata Mao Tse-tung tentang seni yang pernah diucapkan Mao pada tahun 1942 dalam satu forum di Yen’an Forum on Literature and Art - “In the world today, all culture, all literature and art belong to definite classes and are geared to definite political lines. There is in fact no such thing as art for art’s sake, or art that stands above classes, or art that is detached from or independent of politics."

Besar kepala

Pergolakan dalam bidang seni yang berlaku di China sekitar tahun 1960-an itu sebenarnya sedang berlaku juga di Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI), semasa pemerintahan Soekarno, adalah parti komunis ketiga terbesar di dunia selepas Kesatuan Soviet dan China dengan jumlah ahli menghampiri empat juta orang. PKI memegang teguh prinsip Mao tentang seni. Penyekutuan Soekarno dengan PKI telah menyebabkan pada tahun-tahun 1960-an orang komunis di Indonesia cukup ‘besar kepala’ sampai mereka boleh memaksa Soekarno menutup akhbar-akhbar yang dianggap bertentangan dengan konsep seni itu. Beberapa orang wartawan atau penulis juga ditangkap dan ditahan atas alasan sama. Mereka termasuk Hamka dan Mokhtar Lubis. Badan-badan kebudayaan seperti Lembaga Kebudayaan Nasional (LKN untuk parti PNI) dan Lembaga Seni Budaya Muslim Indonesia (LESBUMI untuk pihak Nahdatul Ulama) menerima nasib yang sama. Sebaliknya, lembaga-lembaga yang dipelopori Parti Komunis Indonesia seperti LEKRA (Lembaga Kebudayaan Rakyat) dan LEKRI (Lembaga Kebudayaan Rakyat Indonesia) di bawah SOKSI (Serikat Organisasi Karyawan Sosialis Indonesia) tidak dikritik oleh Soekarno.

Pendek kata, Mao Tse-tung dan Soekarno semacam tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan. Soal apakah 'seni untuk seni' atau 'seni untuk masyarakat' telah menjadi topik perbahasan ‘hangat’ semasa saya di kampus Universiti Malaya pada pertengahan 1960-an. Ada sesetengah rakan saya, yang condong ke kiri suhu politiknya, berkeras mahukan 'seni untuk masyarakat'. Ini termasuk satu atau dua orang pensyarah yang nyata ‘kiri’ inteleknya. Sedangkan, saya pula semasa itu, terus terkial-kial bagaimana hendak menentukannya.

(Kiri) Gambar Jiang Qing menjadi gadis muka depan majalah filem di Shanghai. (Kanan) Mao Tse-tung dan Jiang Qing pada tahun 1946.

Mampukah kepimpinan Pas menyingkirkan kelompok seperti itu yang dianggap hanya memakai kopiah dan menyarung baju Pas tetapi hati lebih PKR daripada PKR dan lebih DAP daripada DAP?

Budaya Cina semasa itu memang dalam keadaan menapai (ferment) - orang Cina memang menganggap budaya mereka ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan perkembangan budaya masyarakat Barat. Abdul Rahim Noor Utusan/Rencana/20140824

Tags: budaya, cina
Subscribe

  • Pakar Pakau

    Saya sedang membaca beberapa berita sensasi di portal media apabila satu mesej WhatsApp diterima bersama satu lampiran fail disertakan. Mesej…

  • Bersuaralah

    Pada saat permintaan komunikasi yang telus di tempat kerja berada pada tahap premium, ramai yang masih tidak bersuara dan memberi pandangan yang…

  • Falsafah politik adalah ideologi?

    Ahli politik tak lagi cenderung soal falsafah, ideologi - Musa Hitam (7/3/2021) menjadi tajuk salah satu berita. Ahli falsafah politik…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments