kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kita tak peduli lagi bahasa kebangsaan!

Baharu seminggu kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57. Minggu hadapan sambutan Hari Malaysia Ke-51 pula disambut.


Kalau kita peka, bagaimana pula dengan program Bulan Bahasa Kebangsaan. Bulan apa ia diadakan. Apa tujuannya dan berapa lama tempoh pelaksanaannya.

Barangkali banyak yang tidak tahu pun bahawa kita sudah masuk Bulan Bahasa Kebangsaan. Biasanya ia dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun. Tapi kini ia berlangsung selama tiga bulan - September, Oktober dan November.

Kalau diselak sejarah, program ini bermula sejak dekad 1960-an dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan kini Bulan Bahasa Kebangsaan.

Kempen yang dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah melalui perubahan daripada segi nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Sejak 2009, kempen ini beralih ke nama Bulan Bahasa Kebangsaan - daripada program satu bulan ditambah menjadi tiga bulan.

Apakah kesan ketara daripada program Bulan Bahasa Kebangsaan ini? Apakah kesan ketara daripada program melibatkan seluruh negara ini?

Fokus utama program ini adalah untuk kempen cintai bahasa Melayu. Tujuan utama pelaksanaan program ini pula adalah untuk mendidik masyarakat berbilang kaum di Malaysia supaya menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan ini dalam pelbagai aspek urusan harian supaya bahasa Melayu maju sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Selepas hampir enam dekad program Bulan Bahasa ini dijalankan, apakah kita dapat memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri sebagai bangsa Malaysia dengan satu bahasa, satu bangsa dan satu negara?

Bolehkah kita bermegah dengan tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekarang?

Benarkah bahasa kebangsaan berjaya mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum? Bagaimana kedudukan dan peranan bahasa kebangsaan sekarang sebagai tonggak pembinaan negara bangsa?

Kesan Program

Apakah kita sudah menilai semula kesan program yang mengisi Bulan Bahasa Kebangsaan ini? Bagaimana dan sejauh mana pengaruh persidangan dan seminar bahasa Melayu kepada masyarakat umum?

Apakah hasil program perkampungan bahasa dan sastera dan program lain yang dijalankan selama ini mampu mencapai sasaran yang diharapkan? Pada saya ia mencapai sasaran kepada golongan yang terlibat secara langsung sahaja dan jumlah peratusannya pun kecil.

Lihatlah setiap tahun bagaimana sambutan masyarakat umum terhadap program Bulan Bahasa Kebangsaan. Adakah sambutannya meriah seperti orang berduyun-duyun menyaksikan persembahan hiburan percuma dan berbayar.

Barangkali kita selalu hendak menyalahkan sikap rakyat yang tidak menyokong kempen cintai bahasa kebangsaan, sedangkan ada segelintir pemimpin Melayu sendiri tidak bersungguh-sungguh menyemarakkan dan memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka.

Selepas perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berjaya dicapai, orang bahasa bagaikan membisu tentang kedudukan bahasa kebangsaan yang semakin hilang tempat dalam banyak urusan kerajaan dan swasta.

Tidak siapa peduli lagi tentang kesalahan bahasa pada iklan, kain rentang dan keterangan barangan. Surat rasmi jabatan kerajaan adakala ditulis dalam bahasa Inggeris, dan banyak lagi masalah lain yang 'menghina' bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bolehkah saya kata - tahap bahasa kebangsaan tidak jauh takuknya semasa negara ini merdeka dibandingkan dengan sekarang. Memang ada kemajuan tetapi hanya dalam sistem pendidikan, luar daripada bidang itu - bagaimana?

Fikir dan cari di mana kedudukan bahasa kebangsaan dalam mengiringi pembangunan negara ini.

Tak payah saya gariskan, buat sakit hati sahaja. Kalau kita peduli tentang bahasa kebangsaan, kita kena tegas menguatkuasakannya. Cara berlembut dan mendidik sampai bila pun tak akan menjadi.   Azman Anuar azman_selasih@yahoo.com Utusan/Rencana/20140907

Tags: melayu
Subscribe

  • Reflection of current leaders

    The dramas played by the policy-maker of our country has now becoming absurdly ridiculous. Of late, Malaysians are in need of someone or…

  • March 2020 is not Ides of March

    History had made a mark in Malaysia as in March 2020, the country’s eighth prime minister took over as prime minister in order to “save…

  • Reflection of our current leaders

    I refer to ' Time to reflect on what is important' dated 3 Mar 2020. The dramas played by the policy-maker of our country has now becoming…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments