Menurut Jung-Halliday lagi, "Instead, Mao promoted Wang Hong-wen, the former Rebel leader in Shanghai, one of the products of the Cultural Revolution. Wang was a faceless good-looking 37-year-old, who had been a security man in a textile factory before the purge (Cultural Revolution). He was clever, and, like a lot of Rebel leaders, had a certain flair for inspiring gang allegiance. Mao, brought him to Peking and began to train him up, and a year later, in August 1973, made him his no. 3, after Chou (En-lai) (halaman 636-637)."
Mao memulihkan kedudukan Deng Xiao-peng dan melantiknya sebagai naib perdana menteri dengan tugasnya khususnya untuk menyambut kunjungan pembesar-pembesar dari luar negara. Menurut Jung-Halliday, "Mao felt he had to have a standby, even when he was promoting the Protege (Wang Hong-wen) (halaman 637)."
Jung-Halliday mempunyai cerita menarik tentang 'anak muda' dari Shanghai ini yang mahu dibentuk Mao untuk menggantikan Chou En-lai dan kelak mungkin pengganti Mao Tse-tung juga. Kata Jung-Halliday, "But, the Protege (Wang Hong-wen) was not up to filling Chou's shoes, especially when it came to dealing with foreigners. (halaman 637)."
Daripada kupasan tersebut, nyatalah Mao memilih Wang Hong-wen menganggotai Gang of Four bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan kumpulan itu yang nama rasminya Central Cultural Revolutions Small Group. Ia juga langkah halus Mao untuk memperkukuhkan kedudukannya sendiri dalam parti. Dia mahu menentukan dirinya tidak dicabar atau digulingkan oleh pemimpin kanan parti yang seangkatan dengannya. Sangat jelas juga, Revolusi Kebudayaan di China yang digerakkan Mao itu mempunyai dua muslihat utama iaitu menghapuskan musuh politiknya dan sesudah itu, untuk menentukan supaya penggantinya adalah 'muka baharu', yakni bukan dalam kalangan 'orang-orang lama' yang telah bersama-sama berjuang dengannya dalam parti.
Ada seorang lagi penama yang banyak terbabit dalam gerakan-gerakan Gang of Four semasa Revolusi Kebudayaan. Dia ialah Chen Bo-da. Chen lahir pada tahun 1904 di Huian, provinsi Fujian daripada keluarga petani. Pada 1925, Chen memasuki Shanghai Labour University dan PKC dua tahun selepas itu. Pada tahun 1927 juga, Chen dipilih oleh parti untuk mengikuti pengajian di Sun Yat-sen University, Moscow selama empat tahun. Sekembalinya ke China, dia menyekutukan dirinya dengan Mao Tse-tung di pangkalan PKC di Yan'an. Kesetiaannya kepada Mao tidak pernah putus sejak tarikh itu sehinggalah dia menerima hukuman penjara selama 18 tahun pada 1981 (selepas kematian Mao) kerana terlibat secara mendalam dengan kumpulan Gang of Four semasa Revolusi Kebudayaan melanda China.
Chen Bo-da memang mudah menjadi 'orang pilihan' Mao untuk Revolusi Kebudayaan. Dia seorang komunis 'luar dan dalam'. Sebaik-baik sahaja 'mengabdikan' diri di pangkalan parti di Yan'an, Chen menjadi pensyarah di Sekolah Pusat Parti di Yan'an. Di situlah dia menyerlahkan kepakarannya dalam bidang teori fahaman komunis. Dia mempercayai sepenuhnya bahawa teori dialectical materialism (yang telah saya kupas dalam coretan sebelum ini) oleh Marx adalah satu tahap kejayaan kebudayaan (cultural achievement) yang paling hebat dalam sejarah kehidupan manusia. Mao sangat tertarik dengan kebolehan Chen, bukan sahaja kerana ilmu di dadanya, malah kerana gaya penyampaian dalam syarahannya memberi kesan mendalam kepada orang yang mendengarnya. Mao segera melantik Chen sebagai pembantu khasnya semasa di Yan'an. Chen tidak menghampakan kepercayaan Mao terhadapnya. Pada tahun 1937, Chen membukukan, buat julung kalinya, himpunan pemikiran dan ajaran-ajaran Mao. Pada tahun 1945 pula, dia menghasilkan penulisan sejarah PKC.
Selepas kejayaan parti komunis pada tahun 1949, kedudukan Chen Bo-da di sisi Mao Tse-tung semakin kukuh. Dia bukan saja menjadi setiausaha peribadi Mao, malah selalu terbabit dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi negara. Ini, khususnya, dari sudut pendirian atau tapisan parti. Pada tahun 1958, dia dilantik Mao menjadi Pengarang Utama jurnal parti 'Hongqi' (The Red Flag). Boleh dikatakan, sejak tertubuhnya negara komunis China pada 1949, Chen Bo-da, orang yang paling kerap digembleng Mao untuk menulis teks-teks ucapannya.
Dr. Li Zhisui, dalam bukunya, memberi keterangan sangat jelas tentang peranan Chen. Kata Dr. Li, "The Office of Political Secretaries was responsible for keeping the top leadership informed of issues, and for writing reports and documents. In 1949, the Office of Political Secretaries was headed by Chen Bo-da, who was also Mao's chief political secretary. Mao had several other political secretaries as well - his wife, Jiang Qing, Hu Qiao-mu and Tian Jia-ying .. (halaman 49)."
Menurut Dr. Li lagi, pada satu ketika selepas persidangan parti komunis di Wuhan, provinsi Hebei pada Julai-Disember 1959, pemimpin-pemimpin parti yang hadir mengadakan majlis makan malam meraikan kejayaan persidangan itu. Di dalam ucapan-ucapan mereka, semuanya memuji Mao Tse-tung. Kata Dr. Li, seorang pemimpin komunis, Wang Ren-zhong, mengisytiharkan, " Only under the brilliant leadership of the Chairman can such a red sun rise in the east.' Chou En-lai rose to add to the flattery, 'Comrade Chen Bo-da has said that one day under a truly communist society equals twenty years in a non-communist one.' (halaman 282)."
Dengan terbarisnya penama-penama yang telah saya kisahkan setakat ini - Lin Biau, Kang Sheng, Gang of Four dan Chen Bo-da - Mao Tse-tung tampak telah bersedia untuk mencuci masyarakat Cina yang berselaput dengan 'kekotoran-kekotoran' yang, menurut pemikiran Mao Tse-tung yang karut dan gila itu, disebabkan 'kedegilan' masyarakat Cina di China mengamalkan cara hidup bersendikan tamadun Cina yang sudah berjalan beribu tahun lamanya itu.
Beginilah cetusan kesimpulan penulis Jung-Halliday dalam buku mereka tentang gelagat Mao Tse-tung ketika itu, "At the end of May 1966, Mao set up a new office, the Cultural Revolution Small Group to help the Purge. Madame Mao (Jiang Qing) headed it for him, with Mao's former secretary, Chen Bo-da, its nominal director, and purge expert Kang Sheng its 'adviser'. This office, in addition to Lin Biao and Chou En-lai, formed Mao's latest inner circle. Under the new cabal, the cult of Mao was escalated to fever pitch. Mao's face dominated the front page of People's Daily, which also ran a column of his quotations every day (halaman 534)."
Pada minggu hadapan, saya akan mengisahkan lebih mendalam apakah strategi atau putar-belit politik Lin Biau apabila dia ikut sama menggerakkan Revolusi Kebudayaan itu. Jangan sesekali anda fikirkan Lin Biau ibarat melukut di tepi gantang dalam kancah rebutan kuasa dalam kalangan para pemimpin kanan Parti Komunis China ketika itu. ABDUL RAHIM NOOR Utusan/Rencana/20140907