kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula

PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.

"Ia (set kertas peperiksaan) adalah soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.

"Jawatankuasa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil," katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor. Tarikh baharu ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.



Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.

Petang tadi, Lembaga Peperiksaan mengumumkan ujian kertas Bahasa Inggeris itu akan turut diadakan pada 30 September.

Mengulas lanjut, Idris berkata panel jawatankuasa bebas itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

"Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa," katanya. Berita Harian Semasa KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2014 @ 2:00 PM

Tags: assessment, english, science, upsr
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments