kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

ORANG KUAT LPM DIGANTUNG TUGAS

Vientiane: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh, digantung tugas dalam tempoh siasatan berikutan insiden kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu semalam, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM.

"Dalam Kes ini, Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kira-kira setengah juta pelajar yang menduduki UPSR seluruh Malaysia terpaksa menduduki semula peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris.

"Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, perbuatan tidak amanah dan khianat ini membuatkan anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini. Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.

"Bagi pihak Kementerian Pendidikan, siasatan rapi yang menyeluruh sudah pun dimulakan demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN (ASED) Ke-8, di sini, semalam. Magendran Rajagopal Berita Harian semasa SABTU, 13 SEPTEMBER 2014 @ 5:19 AM

Tags: assessment, lpm, pentaksiran, upsr
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments