Pada 13 MAC 2010 yang lepas, saya telah menghadiri Konvensyen Kewangan & Perbankan Islam 2010 bertempat di Dewan Seminar Masjid Shah Alam. Ia dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Antara tokoh yang hadir bagi membentangkan beberapa tajuk dan isu berkaitan adalah:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Professor Bala Shanmugam Pada awal pembentangan, beliau telah memulakannya dengan sejarah beberapa agama yang telah cuba menerapkan nilai agama mereka ke dalam sistem kewangan masyarakat. Agama Kristian, Yahudi dan lain-lain agama telah gagal memasukkan nilai agama kepada sistem kewangan. Mereka telah gagal walaupun telah mencuba beberapa kali. Malah percubaan dan usaha tersebut sentiasa mendapat tentangan yang hebat dari kalangan masyarakat mereka. Telah nyata bagi mereka bahawa agama dan sistem kewangan tidak boleh digandingkan. Ia mesti diasingkan. Namun menurut Professor Bala, Islam tidak menerima nasib yang sama seperti agama-agama lain yang cuba memasukkan nilai agama ke dalam sistem kewangan. Islam telah dilihat berjaya dalam perkara ini. Nilai-nilai Islam telah berjaya dimasukkan ke dalam sistem kewangan dan kini ia digelar Sistem Kewangan Islami. Malah, ia telah berjaya menambat hati pelanggan-pelanggan yang bukan Islam, di samping sokongan dari ummat Islam sendiri.
Jika diamati satu per satu ciri-ciri yang disenaraikan di atas, maka dapatlah kita katakan bahawa sistem kewangan Islami jauh lebih baik dari sistem kewangan konvensional. Dalam pembentangan tersebut, beliau telah mengatakan bahawa faktor agama bukanlah sebab untuk masyarakat memilih sesuatu sistem kewangan. Ia lebih kepada ciri-ciri dan kelebihan sistem tersebut. Menurut beliau, ramai non-muslim telah memilih sistem kewangan Islami berbanding Muslim sendiri. Di Maybank, dilaporkan sebanyak 70% pelanggan cina adalah pelanggan kepada sistem perbankan Islami bank tersebut. Ini memberi isyarat bahawa sistem kewangan Islami mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dari sistem kewangan konvensional, sehinggakan non-muslim lebih tertarik untuk menjadi pelanggan kepada sistem kewangan Islami. Beliau telah juga menjalankan kajiselidik (survey) terhadap faktor penentu dan keutamaan bagi seseorang memilih institusi kewangan. Dari situ, beliau meringkaskan bahawa: - Religiosity is not the most important criteria for financial selection - Rate of return is most important criteria for both Muslims and non-Muslims. - But religiosity is higher up the scale of priorities when it comes to Muslim investors Berdasarkan statistik tadi, ini menunjukkan bahawa sistem kewangan Islami mempunyai sebab yang kukuh untuk dipilih oleh orang bukan Islam. Mereka bukan masuk ke sistem kewangan Islami disebabkan oleh faktor agama, sebaliknya disebabkan oleh pelbagai faktor penarik. Justeru, bagi kita Muslim, kita mempunyai lebih banyak sebab untuk memilih sistem kewangan Islami. Bukan sahaja kerana keuntungan, yang paling penting ialah ia tuntutan agama. Di akhir pembentangan, beliau menyatakan tiada sebab kenapa masyarakat tidak memilih sistem kewangan Islami. Telah terbukti dari segi kelebihannya dan disebabkan itulah sistem kewangan Islami telah berjaya mengharungi segala onak dan badai. Akhir sekali beliau menyimpulkan: - Any venture must be economically viable if it is to sustain - Islamic Finance has passed this test Pembentangan beliau telah membuka mata dan hati kesemua peserta yang hadir tentang kedudukan sistem kewangan Islami menurut persepsi non-muslim. Apatah lagi ia telah dilakukan kajian secara spesifik oleh seorang yang dipercayai dan dihormati akan ilmunya dalam bidang kewangan bukan sahaja di peringkat negara, malah antarabangsa. Bagi saya, perkongsian Professor Bala tidaklah menambah keyakinan saya untuk terus menyokong sistem kewangan Islami. Kerana saya dan ramai peserta yang hadir pada hari tersebut sememangnya sentiasa menyokong sistem kewangan Islami sejak ia belum diwujudkan lagi. Lantaran takut dengan RIBA, maka sistem kewangan Islami sememangnya menjadi dahan untuk kami bertaut agar tidak jatuh ke dalam gaung DOSA BESAR RIBA Tahniah buat beliau yang telah berjaya membawa tajuk yang diberikan oleh penganjur dengan baik sekali. Jauh di hati kecil saya, saya mendoakan agar beliau diberikan ALLAH akan hidayah dan taufiq dan sempat untuk memeluk ISLAM, amin… Nah, apa lagi mahu dibuktikan wahai Muslim? Jika murka ALLAH terhadap manusia yang menyertai sistem RIBA tidak kalian peduli. Jika sentimen menyokong sistem yang membantu ummat Islam (melalui zakat) tidak kalian endahkan. Jika sistem kewangan Islami yang diperakui kelebihannnya oleh masyarakat non-muslim, malah pakar kewangan non-muslim tidak menarik hati kalian. Apa lagi? Apa lagi sebab yang kalian mahu agar segera tinggalkan sistem kewangan konvensional dan sertai sistem kewangan Islami? Buat Muslim yang telah berhijrah dan memilih sistem kewangan Islami samada Perbankan Islami, Pembiayaan Islami, Takaful, ar-Rahnu, pelaburan Islami atau lain-lain instrumen kewangan; saya ucapkan tahniah. Semoga ALLAH subhanahu wata’ala mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan kalian sekeluarga. Bagi Muslim yang sihat imannya, cukup hanya dengan amaran ALLAH tentang larangan terlibat dengan RIBA, nescaya dia akan tinggalkan sistem kewangan konvensional, dan masuk ke dalam sistem kewangan Islami. Semoga ALLAH memelihara kita semua dari dosa dan memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin… WAllahu Ta’ala A’lam. "Zarimi Ab.Rahman" | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dosa Besar Riba
-
Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?
Adakah pernyataan itu terdengar terlalu sinis? Malangnya, bukti menyokongnya. Kita ingin berfikir bahawa ahli politik mengambil berat tentang apa…
-
Belasungkawa Salleh Abas: Kembalinya seorang guru
AWAL pagi ini, saya terima berita kematian bekas ketua hakim negara Mohamed Salleh Abas. Al-Fatihah. Almarhum bukanlah kenalan atau orang yang…
-
Pemergian tokoh perundangan ulung diratapi
Malaysia kehilangan seorang tokoh perundangan ulung yang amat dihormati, bekas Ketua Hakim Negara Dr Mohamed Salleh Abas yang dijemput Ilahi hari…
- Post a new comment
- 0 comments
- Post a new comment
- 0 comments