kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

UPSR ~ Dua Lagi Kertas Bocor

Peperiksaan semula Matematik, bahasa Tamil bagi jamin kredibiliti UPSR - KP


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menegaskan, peperiksaan kertas Matematik dan bahasa Tamil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam sidang medianya di sini, sebentar tadi, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata ia bagi menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR itu sendiri.

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang media di Kementerian Pendidikan, Putrajaya. Kementerian Pendidikan menegaskan, peperiksaan kertas Matematik dan bahasa Tamil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu dilaksanakan semula pada 9 Oktober bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Mohamad. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Berita Harian Semasa ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014 @ 5:01 PM


UPSR Bocor: KP Pelajaran mohon maaf kepada calon, ibu bapa

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof memohon maaf kepada murid-murid ibu bapa dan guru yang terbabit dalam insiden kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.

"Saya telah pun mengarahkan semua guru besar dan guru-guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid memerlukan," katanya pada sidang media mengenai peperiksaaan semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil di sini sebentar tadi.

Dr Khair berkata, beliau telahpun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September lalu.

Berita Harian Semasa ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014 @ 5:15 PM

Tags: accountability, assessment, integriti, pentaksiran, upsr
Subscribe

  • Pentaksiran: Pengajaran Berasaskan Data

    Perlu pentaksiran, pemerhatian prestasi murid selepas kembali belajar bersemuka (10/03/2021) kepada hampir lima juta pelajar di 10,223 sekolah…

  • Kejujuran dan Integriti Untuk Pemimpin

    Apabila anda melakukan sesuatu dengan penuh kejujuran, telus dan komitmen, input mencerminkan hasilnya. “ Kita selalu belajar tentang…

  • Pentaksiran Makluman Prestasi

    Perlu pentaksiran, pemerhatian prestasi murid selepas kembali belajar bersemuka (10/03/2021) kepada hampir lima juta pelajar di 10, 223…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments