kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Matematik, B. Tamil juga bocor

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Selepas kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bocor, kini Lembaga Peperiksaan mengesan dua lagi mata pelajaran yang turut mengalami perkara sama iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.

Perkara itu didedahkan oleh pegawai kanan lembaga terbabit yang membuat laporan polis berhubung kebocoran itu di sebuah balai polis di Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, pihak Lembaga Peperiksaan khuatir kedua-dua kertas peperiksaan tersebut turut bocor dan meminta pihak polis membuat siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md, Isa ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu dan memberitahu, pihaknya akan membuat siasatan rapi berdasarkan laporan polis yang diterima.

"Kami terima laporan yang dibuat di Putrajaya itu dan setakat ini, perkara itu adalah maklumat terbaharu yang diberikan untuk melengkapkan siasatan.

"Siasatan berhubung perkara ini turut dilaksanakan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya, di sini hari ini.

Tajuddin seterusnya berkata, siasatan terhadap kemungkinan berlaku kebocoran kertas peperiksaan UPSR Matematik dan Bahasa Tamil itu akan diletakkan di bawah tanggungjawab pasukan siasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini.

"Perkara ini serius kerana bukan satu atau dua sahaja kertas peperiksaan bocor sebaliknya ada lagi yang dikesan mengalami perkara sama," katanya dan memberitahu, polis masih mengumpul maklumat bagi mendakwa individu bertanggungjawab dalam kes itu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kertas siasatan bagi kes kebocoran peperiksaan UPSR telah hampir siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa seminggu lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis menjangkakan ada lagi tangkapan dan mereka turut menunggu laporan dari forensik.

"Kami telah merakamkan sebanyak 30 percakapan iaitu lapan pegawai Lembaga Peperiksaan, iaitu masing-masing seorang dari kementerian, jurutera dan wartawan serta 19 guru.

"Daripada 14 tangkapan itu, 11 diberi jaminan polis manakala tiga lagi masih direman hingga esok," katanya.

Pada 10 September lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan peperiksaan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 UPSR yang sepatutnya diduduki pada Khamis lalu ditunda berikutan berlaku kebocoran kertas peperiksaan tersebut.

Keesokan harinya, peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 yang telah diduduki pelajar pula dibatalkan ekoran masalah sama.

Keadaan itu memaksa Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. ILAH HAFIZ AZIZ pengarang@utusan.com.my Utusan/Dalam_Negeri/20140922

Tags: assessment, pentaksiran, upsr
Subscribe

  • Raja, rakyat dan perlembagaan

    TIDAK berapa lama dulu seorang diplomat Thai memberitahu bahawa saya tidak perlu menunjukkan pembesar dan pemimpin Thai berinsut di lantai ketika…

  • Bersatu bina negara bangsa

    BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya juga, beta dan Raja Permaisuri berpeluang meraikan warga guru di Istana Iskandariah, sempena…

  • 1Malaysia manifestasi Rukun Negara

    Tahniah Malaysia! Satu lagi tahun berjaya kita lalui. Tahun lalu boleh dikatakan agak sukar dan mencabar, tetapi tidak kurang juga kejutan dan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments