kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perangi rasuah dalam agensi kerajaan

SYABAS kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya mengesan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam amalan rasuah.

Akibat amalan itu kerajaan dan rakyat menanggung rugi berbilion ringgit akibat sikap tidak bertanggungjawab dan rasa tamak segelintir kakitangan kerajaan yang terbabit dengan gejala itu.

Kehidupan mewah perasuah dan simpanan yang banyak dalam akaun bank masing-masing yang tidak masuk akal sama sekali itu akhirnya memakan diri sendiri seperti kata pepatah Melayu 'sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tidak berguna' atau bila sudah tertangkap baru hendak sedar dan menyesal di hadapan hakim tetapi sudah terlambat dan itu juga dengan pepatah 'sudah terantuk baru tengadah'.

Inilah akibatnya kalau nafsu serakah telah menguasai diri maka terjerumus dengan gejala rasuah yang akibatnya meringkuk dalam penjara dengan penuh kekesalan dan terpaksa menanggung malu seluruh keluarga dan gelaplah masa hadapan sehingga ke akhir hayat.

Akhirnya semua harta dirampas dan di dahi seolah-olah tertera cop sebagai perasuah.

Oleh yang demikian sesiapa yang masih ada iman dan masih waras fikiran cepat-cepatlah insaf dan buangkan semua bentuk tabiat yang tidak sihat ini.

Adalah tidak berbaloi apatah lagi bila tidak semena-mena sedang khayal dengan kekayaan dan kemewahan hasil rasuah ini tiba-tiba kena cekup oleh SPRM dan pada masa itu baru tahu langit tinggi rendah tetapi semuanya sudah terlambat dan tidak guna menyesali diri lagi sebab puncanya adalah diri sendiri.

Siapa yang tidak mahukan kesenangan dan kemewahan melimpah? Semua orang mahu tetapi untuk itu carilah sumber pendapatan yang halal dan bukannya cara yang terlarang oleh agama dan dikeji oleh masyarakat sekeliling.

Dalam masa yang sama mereka yang melakukan perbuatan rasuah ini adalah juga dianggap sebagai pengkhianat negara yang perlu dikenakan hukuman seberat-beratnya kerana dengan perbuatan terkutuk itu mampu merosakkan negara dan tidak secara langsung membuatkan rakyat menjadi derita.

Adalah menjadi harapan setiap warganegara Malaysia yang mahukan negara ini makmur dan aman sentosa supaya SPRM membersihkan semua gejala rasuah terutama sekali melibatkan agensi kerajaan kerana penyakit yang paling ditakuti oleh rakyat selain daripada penyakit denggi ialah 'penyakit rasuah'.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL  Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Utusan/Forum/20140923

Tags: corruption, rasuah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments