kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Akta baharu lindungi hak penjamin

Usaha kerajaan menggubal akta baharu menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bertujuan melindungi penjamin tentunya melegakan pihak yang terbabit kerana akhirnya ada bentuk pembelaan untuk mereka yang banyak menjadi mangsa. Kita juga sangat mengalu-alukannya kerana ia dilihat jalan penyelesaian kepada banyaknya kes penjamin khususnya penjamin sosial diisytiharkan muflis gara-gara peminjam tidak melunaskan pinjaman.

Perkara ini berlaku kerana kelemahan yang wujud pada akta sedia ada yang memberi ruang kepada pemiutang untuk lebih memberikan tumpuan kepada penjamin daripada peminjam. Penjamin sosial ini merujuk kepada penjamin bagi pinjaman yang bukan untuk tujuan komersial seperti pendidikan, kenderaan serta perumahan. Sejak tahun 2007 hingga Jun lalu, seramai 6,898 penjamin sosial ini diisytiharkan muflis.



SAADIAH yang diisytihar muflis kerana menjadi penjamin pinjaman kenderaan anaknya. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, kerajaan tidak mahu pemiutang (bank) mengambil jalan mudah dengan mengejar penjamin apabila berlakunya kemungkiran dalam pembayaran balik pinjaman. Justeru, di bawah akta baharu itu nanti syarat bagi petisyen muflis ke atas penjamin akan diperketatkan serta diperluaskan dan bank tidak boleh mengambil tindakan ke atas penjamin sebelum tindakan terlebih dahulu diambil terhadap peminjam.

Berdasarkan itu, akta baharu berkenaan akan menjadikan peminjam benar-benar ipertanggungjawabkan terhadap sikap culas mereka dalam membayar balik pinjaman. Dalam banyak kes ketika ini, penjamin kita lihat lebih susah hati pabila hutang tidak dilunaskan oleh peminjam kerana bimbang diisytiharkan muflis.

Justeru,kita yakin dengan akta baharu ini, ia bukan sahaja menjadi penyelamat kepada penjamin, tetapi memberikan amaran kepada peminjam bahawa setiap sen yang dipinjam perlulah dibayar. Berita Harian Online Kolumnis 26/09/2014

Tags: akta, muflis
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments