kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Jabatan Pendaftaran rekod nama terpanjang negara

PUTRAJAYA 1 Okt. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan nama 'Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam' sebagai nama terpanjang di Malaysia.

Selain Itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling berkata, pihaknya turut merekodkan penggunakan nama 'Ahmad' merupakan nama popular di negara ini dengan sebanyak 63,049 orang dengan diikuti 'Alex' sebanyak 16,992 orang dan 'Ravi' mencatat 10,866 orang.

"Selain itu, saya juga kongsikan bahawa nama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar adalah satu-satunya nama yang terdapat di negara ini.

"Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita tahu, tetapi maklumat menarik seperti saya sebutkan tadi terdapat hanya dalam rekod JPN," katanya ketika berucap dalam majlis Hari Pendaftaran Negara dan Sambutan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Wan Junaidi itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu, JPN akan sentiasa memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bergerak seiring dengan arus perubahan.

Katanya, JPN berjanji untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk melakukan kerjasama dengan pelbagai agensi awam dan swasta selaras Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Kita akan terus bergerak ke hadapan selaras dengan pelan transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Pelan Transformasi dan Strategik Kementerian Dalam Negeri serta Pelan Strategik JPN 2015-2020.

"JPN telah mengalami pelbagai perubahan sejak 60 tahun lalu termasuk proses evolusi dan penambahbaikan kad pengenalan bermula kad kertas atau kad beras kepada kad bercip yang kini dikenali sebagai MyKad," katanya. Utusan/Dalam_Negeri/20141002

Tags: jpn
Subscribe

  • Education is a learning curve

    TERTIARY level students, especially those in their final year, are a step away from graduation and have one foot in the working world. I must admit…

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments