Suhaimi Sahat (22 .04.64 - 30.09.14).
Moga dicucuri rahmat dan di letakkan bersama orang yang soleh.
إنّا لله وإنّا إليه راجعون - الفاتح

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan dalam perjalanan menghala ke Kluang.
Menurutnya, mangsa dilanggar treler dari arah Machap ke Yong Peng di persimpangan lampu isyarat Ayer Hitam.
“Orang ramai yang melalui jalan terbabit cuba membantu mangsa yang parah ketika itu, bagaimanapun gagal kerana mangsa dipercayai mengalami hentakan yang kuat di kepala dan badan,” katanya.
Din berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa untuk disempurnakan.
“Siasatan kejadian kemalangan itu masih lagi diteruskan terutamanya bagi mengesan punca kemalangan berlaku.
“Sehubungan itu, saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurut Din, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan mematuhi undang-undang ditetapkan bagi mengelak menjadi mangsa kemalangan terutama sehingga mengorbankan nyawa.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor myMetro Setempat 02/10/2014