kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kreatif dan inovatif bantu masyarakat

PEMIKIR dan Profesor Ekonomi terkemuka dunia, C.K Prahalad (1941-2010) sering mengungkapkan terhadap pentingnya menyusun strategi yang kreatif dan inovatif dalam membantu masyarakat terbanyak.

Coimbatore Krishnarao Prahalad




was the Paul and Ruth McCracken Distinguished University Professor of Corporate Strategy at the Stephen M. Ross School of Business in the University of Michigan.
Born: August 8, 1941, Coimbatore, India
Died: April 16, 2010, San Diego, California,
United States

Istilah kumpulan terbanyak dalam kerangka pramid "dari buku terkenalnya The Fortune At The Bottom Of The Pyramid (2004) mendorong universiti seperti Universiti Sains Malaysia (USM) menjadikannya sebagai satu usaha untuk membantu kumpulan ini terutamanya dalam Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX).

Idea-idea besar ini seperti yang kita ingati terhadap usaha Tokoh Akademik Profesor Diraja Ungku A. Aziz dalam membantu masyarakat negara ini mengerjakan haji sehingga tertubuhnya Tabung Haji adalah di antara sumbangan para pemikir kita untuk masyarakat dan rakyat.

Bukan setakat itu, universiti-universiti kini bergabung kepakaran yang ada dalam melakukan penyelidikan haji yang berupaya untuk meningkatkan pelbagai aspek kesihatan dan pengendalian haji menggunakan teknologi-teknologi yang ada untuk faedah bukan sahaja jemaah haji di Malaysia malah di dunia sejak hampir 10 tahun lalu.

Malah hari ini kepakaran yang ada di universiti juga berusaha untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi mudah alih di dalam peranti telefon bimbit dan tablet dalam urusan-urusan keagamaan termasuk mengerjakan haji dan umrah mahu pun pembahagian harta pusaka melalui e-faraid, malah juga menjadikan peranti telefon bimbit dalam kerja sawah dan nelayan di laut.

Kepakaran universiti juga banyak menghasilkan penemuan dan penghasilan kit demam kepialu, untut dan pelbagai penyakit berbahaya lain yang banyak dimanfaatkan dalam kalangan negara-negara miskin.

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

















  is a Malaysian economist. He is the former Vice-Chancellor of the University of Malaya from 1968 to 1988 and he was awarded the title of Professor Diraja in 1978.  Born: January 28, 1922 (age 92), London, United Kingdom

Hal-hal seperti ini jarang diperkatakan kerana tumpuan sudut pandang kebanyakan pihak lebih kepada sejauh mana universiti kita dapat berada dalam ranking terbaik dunia dan memastikan siswazah kita mendapat pekerjaan atau pun soal-soal seperti penglibatan ahli akademik dan pelajar dalam politik.

Universiti-universiti kita berjaya mendapat pengiktirafan yang baik dalam reputasi akademik, reputasi majikan dan penerbitan yang sebenarnya begitu penting untuk membolehkannya menjalinkan kerjasama dengan pelbagai universiti terkemuka lain di dunia.

Hal ini jarang pula disedari dalam membuat penilaian terhadap sumbangan universiti kita. Namun yang lebih utama tentunya bagaimana universiti kita dapat menyumbang dalam pembangunan masyarakat dan negara melalui usaha kreatif dan inovatif kepakaran yang kita ada.

Yang utama tentunya kebebasan untuk universiti menerokai setiap peluang yang ada untuk masyarakat yang tidak pernah disekat atau diganggu gugat.

Malah kini, universiti-universiti kita menyediakan peluang pembelajaran yang jauh lebih besar kepada kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), menerima masuk melalui kemasukan khas anak-anak Orang Asli atau mereka yang hidup miskin, menyediakan bantuan-bantuan dana untuk mereka belajar dengan pelbagai cara apatah lagi usaha-usaha lain yang dibuat secara berterusan.

Pada masa ini juga terdapat program khas universiti yang dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi untuk menyediakan para pelajar lebih awal lagi untuk memasuki universiti misalnya program persediaan yang dibuat di Maktab-maktab Rendah Sains Mara yang pada akhirnya berhasrat untuk melahirkan generasi berilmu untuk masyarakat dan negara.

Begitu juga dengan sumbangan universiti dalam usaha pengkomersialan produk dan hasil penyelidikan juga seharusnya tertumpu bukan sahaja kepada menjana sebanyak mungkin pendapatan dalam nilai ekonomi, tetapi juga bagaimana dapat menghasilkan produk-produk yang dapat memasuki pasaran untuk membantu kumpulan terbanyak ini dengan teknologi-teknologi yang terkini dan bagaimana kita berupaya memanfaatkan kreativiti dan inovasi dalam menurunkan kos perubatan dan ke­si­ha­tan, menggalakkan masyarakat kita hidup lebih bahagia dan sejahtera dan menghasilkan teknologi-teknologi yang dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan kos dan produktiviti dalam pelbagai urusannya.

Apatah lagi dalam meningkatkan daya saing dan kualiti hidup masyarakat dalam menghadapi pelbagai cabaran masa hadapan secara lestari.

Tumpuan dan fokus universiti tentu sahaja perlu berlegar di sekitar usaha memanfaatkan kreativiti, inovasi dan teknologi untuk menghasilkan peluang baharu dan mengurangkan pergantungan kepada luar serta memastikan kepentingan masyarakat dan rakyat akan sentiasa terpelihara.

Menarik sebanyak mungkin kepakaran luar dan menjadikan pe­lajar negara ini sebagai tempat pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian tentunya dibuat dengan hasrat yang sangat murni namun perlu selari dengan objektif sebenar penubuhan universiti awam untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat .

Tenaga akademik dan kepakaran yang ada perlu didorong bekerja bersama-sama menjayakan hasrat ini dengan sokongan dan ekosfera ilmu yang ada termasuk kebebasan dalam erti kata sebenar menjana dan memanfaatkan ilmu untuk masyarakat, mengekalkan kedamaian dan kemakmuran yang dinikmati serta kesejahteraan yang dikongsi bersama-sama.

Alangkah baiknya jika ranking yang dibuat oleh mana-mana pihak juga berasaskan kepada sumbangan dan kedudukan universiti dalam membantu masyarakat, negara dan dunia dalam kalangan the bottom of the pyramid seperti kata Prahalad demi untuk membantu manusia sejagat dengan kreatif dan inovatif.?   MOHAMAD ABDULLAH ialah Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.   Utusan/Rencana/20141006

Tags: innovative, kreativiti
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments