kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Cabaran sebagai Perdana Menteri

Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seseorang pemimpin negara. Hal ini disebabkan amat sukar untuk memuaskan hati setiap pihak dan individu di seluruh negara.

Apa yang dilakukan akan berhadapan dengan penentangan oleh pihak dan individu tertentu dan jika tidak dilakukan juga akan menerima nasib yang sama.

Cabaran politik pada zaman sekarang semakin mencabar dengan kebangkitan dan fenomena politik di seluruh dunia yang melihat trend penentangan terhadap sesebuah kerajaan sebagai popular, tidak kira sama ada kerajaan tersebut baik mahupun tidak.

Dalam zaman generasi Y dan Internet yang semakin berkembang, cabaran politik kini sukar untuk dibezakan antara benar dengan palsu atau baik dengan buruk. Hal ini disebabkan hanya dalam sekelip mata sahaja segala kebaikan akan diputar menjadi kejahatan dan segala kepalsuan akan mampu diputarkan sebagai kebenaran.

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berhadapan dengan pelbagai serangan secara dalaman dan luaran. Namun begitu, berapa ramai dalam kalangan kita yang benar-benar memahami setiap serangan tersebut dengan tepat dan mendalam?

Prestasi Najib adalah lebih lemah daripada kepimpinan sebelumnya?

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diketuai beliau, UMNO berjaya meraih 88 kerusi Parlimen daripada 120 kerusi dipertandingkan. Angka ini menunjukkan UMNO mendapat lebih sembilan daripada 79 kerusi yang dimenangi pada PRU-12. Keadaan ini bermakna terdapat penambahan kerusi sebanyak 11.4 peratus. Untuk kerusi DUN pula UMNO menang 244 DUN lebih lima kerusi berbanding 239 DUN yang dimenangi pada PRU-12.

Oleh itu, kajian mendapati peningkatan pengundi sebanyak 30 peratus terhadap parti UMNO yang diketuai oleh Najib. Prestasi dalam siri rentetan pilihan raya yang terkini juga menunjukkan fakta yang amat memberangsangkan.

Sokongan terhadap PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingan menunjukkan penurunan sokongan sebanyak 33 peratus (%), DAP pula berhadapan dengan penurunan sokongan sebanyak 27.3% peratus dalam PRK Parlimen Teluk Intan dan Pas pula mendapat penurunan sokongan sebanyak 13.18 % di Pengkalan Kubor. Kesemua statistik dan fakta pilihan raya ini wujud dalam zaman kepimpinan Najib.

Statistik sebegini bukan lagi sesuatu yang mudah untuk diperoleh dalam zaman politik yang semakin sukar dan mencabar. Kita tidak boleh sesekali mengukur kejayaan seseorang pemimpin dengan statistik kemenangan majoriti 2/3 atau mutlak seperti zaman sebelum kebangkitan Gen Y dan Internet.

Kita perlu faham cabaran, strategi dan calon ketika Rashid Sidek bermain badminton pada zamannya adalah berbeza dengan zaman Lee Chong Wei, apatah lagi memiliki pencabar seperti Lin Dan.

Oleh itu zaman politik sekarang juga sudah berbeza dengan zaman politik pada zaman dahulu. Sejarah dunia juga menunjukkan pada awal zaman ketamadunan manusia, petani dilihat sebagai golongan yang kaya dan berpengaruh tetapi pada zaman sekarang jutawan-jutawan Internet juga telah terbukti lebih kaya daripada jutawan minyak.

Oleh itu dalam menghadapi cabaran politik baharu maka sudah tentu cara dan pendekatan juga perlu berubah mengikut zaman dan tidak boleh bersikap degil umpama dinasour di zaman silam yang akhirnya menjadi punca kepupusan mereka sendiri. Penulis ialah Presiden Malaysian Youth Right Movement.   Utusan/Rencana/20141012

Tags: pemimpin
Subscribe

  • Pengajaran tsunami dan banjir

    UMAT Islam percaya bahawa Allah SWT berkuasa berbuat sesuatu sekehendak-Nya. Tetapi, tidak ada manusia yang tahu mengapa Allah melakukan sesuatu…

  • Ops pasca banjir 
bangunkan semula Kelantan

    RUMAH tinggal tapak. Hanya anak tangga yang kelihatan. Tidak ada harta benda yang mampu diselamatkan. Pilunya hati pemilik yang kehilangan rumah…

  • Jangan hanya pandai mengkritik

    Badai banjir yang menghem­pas beberapa negeri di Pantai Timur sejak dua minggu lalu ternyata menghumban mangsa-mangsa terlibat ke lembah…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments