kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sekolah vernakular setaraf dengan institusi Raja/Melayu?

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini semacam ada trend apabila pihak tertentu membuat aduan polis mendakwa ada pihak memberi kenyataan menghasut dan sensitif. Jadi pihak polis pun terpaksa bertindak melayan aduan tersebut.


Saya lihat aduan itu ada dua maksud. Pertama, untuk mengingatkan pihak yang membuat kenyataan itu supaya jangan menghasut orang awam. Kedua, hasrat pihak yang membuat aduan itu supaya orang yang membuat kenyataan sensitif itu supaya diam dan jangan buat bising-bising sebab nanti 'polis tahan.'

Tetapi bagaimana pula pihak yang membuat kenyataan yang berbentuk mempersoalkan sesuatu isu. Adakah patut ia dibiarkan sebagai kenyataan tanpa menjawab. Atau biarkan sahaja kenyataan mengelirukan itu tanpa apa-apa penjelasan supaya dibetulkan?

Ambil contoh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong kepada The Star (Selasa, 7 Oktober 2014) tentang isu sekolah vernakular. Memang benar dalam kenyataannya bahawa Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2013-2015, turut merangkumi perancangan untuk sekolah vernakular termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Sebagai Timbalan Presiden MCA dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, menjadi tugas Ka Siong untuk mempertahankan dan memberi alasan dalam mengekalkan sistem pendidikan Cina di Malaysia.

Sebenarnya kaum Cina sungguh bertuah hidup di Malaysia kerana tidak ada di mana-mana negara di dunia kecuali tanah besar China mempunyai sistem sekolah berpengantar bahasa Cina. Bahkan Singapura yang penduduk majoriti Cina pun sudah lama menutup sekolah jenis itu.

Dalam kenyataan Ka Siong kepada The Star, beliau menggunakan alasan bahawa berdekad-dekad rakyat Malaysia memilih untuk menghantar anak mereka ke SJKC. Katanya lagi kira-kira 15 peratus murid di SJKC ialah bukan Cina. Jadi MCA akan mempertahankan SJKC. Baiklah, itu hak kaum Cina tanpa mengira fahaman politik untuk mempertahankannya.

Penjelasan itu sebagai maklum balas beliau terhadap cadangan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad supaya Perhimpunan Agung UMNO pada November depan membahaskan sama ada SJKC perlu diteruskan atau dimansuhkan kerana dilihat telah diperalatkan oleh parti pembangkang dalam menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

Namun dalam kenyataan pemimpin MCA itu yang tidak sedap dibaca apabila beliau menyamakan sekolah vernakular dengan institusi Raja-raja dan hak-hak orang Melayu.

Katanya: "Just as Malay rights and the Royal institution have to be respected, we have to respect the existence of vernacular schools as well."

Adakah sekolah vernakular (termasuk SJKC) sama tarafnya dengan kedudukan institusi Raja dan hak istimewa Melayu dalam Perlembagaan? Adakah cara hormat kewujudan institusi raja sama dengan kewujudan sekolah vernakular?

Nampaknya kekeliruan ini tak boleh dibiarkan, takut ia diterima sebagai betul.

Perlembagaan Persekutuan

Raja, termaktub dalam Perlembagaan diwujudkan berasas undang-undang. Sepuluh peratus atau 19 daripada 183 Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Perkara-Perkara berkaitan Raja. Berpandukan Perlembagaan, adalah jelas dan nyata, Raja Berperlembagaan di Malaysia berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur negara bangsa.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, secara undang-undang menganggotai tiga cabang kerajaan yang terdiri daripada Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Parlimen mengandungi tiga komponen, terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Jadi kalau mahu minta disamakan cara menghormati kewujudan sekolah vernakular dengan institusi Raja-raja dan hak orang Melayu - rasanya tak kena tempatnya. Harap perbezaan taraf ini dapat difahami oleh Ka Siong.

Beliau turut mendakwa kewujudan sekolah vernakular juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau saya salah, mohon dibetulkan. Apa yang saya faham tentang penggubalan Perlembagaan Persekutuan sejak 57 tahun lalu itu ialah pengorbanan Raja-raja Melayu dan orang Melayu yang memberi peluang kepada kewujudan sekolah vernakular di negara ini sehingga kini.

Dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia membenarkan pengajaran bahasa-bahasa selain Bahasa Kebangsaan untuk lain-lain komuniti di Malaysia. Tetapi kebebasan ini nyata terbatas kepada pembelajaran khusus bahasa tersebut sahaja dan bukan untuk ia dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran lain dalam sistem persekolahan di negara ini.

Hakikatnya sekarang, sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar untuk kebanyakan subjek. Hal inilah kalau boleh, mereka mahu mempertahankannya dan dikekalkan sampai bila-bila.

Elok rasanya pihak MCA dan parti berteraskan kaum Cina membuat kaji selidik latar belakang pendidikan dari sekolah mana pihak-pihak tertentu yang berani mempertikai kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang diperuntukan dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bekas pelajar pendidikan sekolah mana yang semakin berani membangkitkan isi-isu sensitif seperti mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Kita semua tahu sekolah vernakular etnik Cina dan India di negara ini tidak akan dimansuhkan. Sebab saya dapat rasakan UMNO dan Barisan Nasional belum ada 'keberanian' untuk melakukan tindakan menutup sekolah jenis itu secara paksaan. Sebab kalau dipaksakan juga, maka akan wujud gelombang lebih besar ke arah ketidakstabilan politik dan sosial dalam negara. Azman Anuar Utusan/Rencana/20141012

Tags: sekolah
Subscribe

  • Kerja Kontrak atau Tetap

    Isu terkini di Malaysia selain politik, Covid-19 dan wabak yang semakin berleluasa adalah kakitangan ‘kontrak’ bergelar ‘pegawai…

  • Kerajaan Swasta

    Apabila kita berfikir tentang pemerintahan kerajaan , apa yang muncul di kepala kita? Bagi kebanyak orang, gambar Agong, PM, bangunan parlimen ,…

  • Angkuh dari wajah

    Selagi kita terus tersilap mengenai keyakinan untuk kecekapan, kita akan berakhir dengan terlalu ramai bertemu dengan mereka yang tidak cekap yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments