kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat

AWANG amat bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan muridnya supaya mereka dapat bercakap bahasa itu dengan lancar.

Sebenarnya, bagi Awang, itulah antara cabaran SJKC. Sebagai institusi pendidikan asas bagi kebanyakan generasi muda Cina, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara kita.

Mesej yang sama wajar diterima pakai oleh sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Kita mahu melihat seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, sejarah, kedudukan ekonomi, geografi dan sebagainya bersama-sama mendaulatkan bahasa kebangsaan itu. Asas bagi usaha mendaulatkan bahasa tersebut perlulah dimulakan dengan penguasaan yang baik serta pengamalannya.

Bertutur dan menggunakan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk interaksi seperti bersemuka atau menerusi medium tertentu adalah menjadi tuntutan bagi kita yang mengaku warga Malaysia. Ia perlu diberi keutamaan kerana itu semua akan melambangkan perpaduan sesama kita.

Pada masa ini, walaupun sesetengah daripada kita lahir dan membesar di negara sendiri, tahap kefasihan dan kesanggupan menggunakan bahasa kebangsaan mungkin boleh dipersoalkan. Kita pasti tidak mahu melihat golongan pendatang yang bekerja di negara kita, walaupun baru menjejak kaki, jauh lebih fasih dan lebih berkeyakinan menggunakan bahasa kebangsaan berbanding sesetengah daripada kita.

Awang amat percaya keupayaan menguasai dan menggunakan secara tertib bahasa kebangsaan sama sekali tidak akan melunturkan kecintaan seseorang kepada bahasa ibundanya. Malah, Awang juga amat percaya keupayaan tersebut menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi dengan semua orang di semua peringkat di negara kita.

AWANG - Bahasa Jiwa Bangsa. Utusan/Rencana/20141014

Tags: bahasa
Subscribe

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Elak bermain politik (politicking)

    Terdapat penyelidikan/kajian baru tentang mengenal pasti ciri keperibadian utama ahli politik yang berjaya Untuk berjaya dalam politik, individu…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments