kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

R&D syok sendiri

KUALA LUMPUR: Kurang dua peratus daripada 27,449 hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) di 15 universiti awam di negara ini berjaya dikomersialkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu.

Ini bererti hanya 494 hasil penyelidikan berjaya diterjemahkan dalam bentuk produk atau perkhidmatan untuk dimanfaatkan pengguna selepas berbilion ringgit dilaburkan dalam bentuk geran penyelidikan sama ada oleh kerajaan atau pelbagai agensi dalam dan luar.

Malah, kebanyakan penyelidikan yang berjaya dikomersialkan itu dihasilkan empat universiti penyelidikan dengan 1.5 peratus daripadanya adalah daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Keempat-empat universiti itu berjaya mengkomersialkan 421 daripada lebih 20,000 hasil penyelidikannya dalam tempoh itu, berbanding hanya 73 daripada 7,449 hasil penyelidikan 11 universiti lain.   Berita Harian Rencana 14 Oktober 2014
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments